Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, July 23, 2011

perkongsian rasa..

            Hampir seminggu tidak mencoret sesuatu di atas layar warQah™ , se olah berkurun lamanya tidak bertemu dengan para pengkarya cetusan Qaryah; dari lubuk Qalbu sahabat semua~
Untuk seminggu dua ni, saya bertanggungjawab untuk mendampingi khalifah² muda di sebuah asrama sekolah yang terletak tinggi D’puncak bukit. Bertindak sebagai tutor bagi subject math, bukanlah bermaksud saya hanya memfokuskan kepada subject tersebut se(mata. Bagi saya selagi mana saya mampu untuk membantu mereka, saya akan cuba ^_^

KESULITAN!?
Ya.. kesulitan itu tetap wujud, namun alhamduliLlah semuanya dapat diselesaikan dengan cara terbaik. (1) Tempat Tinggal : Oleh kerana rumah abang ipar di Semenyih sedang menjalani proses renovasi, maka saya terpaksa menumpang di asrama ini bagi meneruskan sesi pengajaran secara khusus buat adik² junior yang amat memerlukan perhatian di sini. (2) Ukhuwah fiLlah : Dalam membentuk sebuah jaringan ukhuwah yang baru, saya berusaha untuk mengenali setiap seorang dari diri mereka. Dan alhamduliLlah sehingga ke saat saya menulis ayat ini, saya telah mengenali sebahagian besar dari jumlah 61 yang di per kirakan oleh mereka kepada saya.

TERKILAN!?
                Sikap segelintir bekas pelajar asrama yang se olah menidakkan tanggungjawab yang pernah di ikrarkan satu masa lalu; memang sedikit mengguris hati... Tidak dinafikan bahawa masing² sedang gigih mendaki ke tempat yang lebih tinggi. Tetapi bukanlah itu menjadi satu alasan kukuh, bahawa mereka (hari ini) yang berada di tempat sahabat² pernah ada suatu masa lalu; tidak punya niat dan impian yang sama. Namun Segala-galanya tetap terubat dengan kehadiran sebilangan kecil generasi pengasas asrama. alhamduliLlah, terima kasih sahabat~ semoga usaha dari beban tenaga, masa dan kesabaran sahabat² semua di balas Allah dengan selayaknya.

Jika ingin melihat dunia masa depan,
lihatlah pada anak² muda hari ini..!”

10 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: July 23, 2011 at 11:04 AM said...

wah seronok la rizqan (^-^)
baguslah cuti rizqan terisi dengan aktiviti2 macam ni :)

perindu_خلافة says:
at: July 23, 2011 at 11:29 AM said...

Norlyana Nasrin ^_^ anugerah terindah; sebab masih diberi kepercayaan untuk menggalas tugas seberat ni~

lebih indah lg tatkala melihat senyuman sang khalifah muda, bila dapat menjawab soalan yang sebelum ini mereka anggap sukar,
subhanALlah.. o,;")_

Nuryn Weida says:
at: July 23, 2011 at 11:33 AM said...

kalau kita ikhlas dgn tugas kita, insyaALLAH pulangan yang akan kita dapat setimpal dgn apa yang kita lakukan. Dimana-mana pun akan ada dugaan yang datang. So, be strong and teruskan perjuangan membantu adik2 tu ok.. All the best =)

By the way quotes yg rizqan letak pasal anak muda tu is one of my favourites =)

perindu_خلافة says:
at: July 23, 2011 at 12:10 PM said...

insyaALlah.. rizQan usahakn yang terbaik, doa dipermudahkan urusan rizQan k~

yeke aien, quotes tu memg best, sebab tu rizQan sentiasa pesan kat diri sendiri, "Bentukkan masa depan, dengan apa yang kamu ada hari ini!"
n adik² tu adalah sebahagian dari apa yg rizQan ada hari ini ^_^

Nuryn Weida says:
at: July 23, 2011 at 12:13 PM said...

insyaALLAH akan sentiasa didoakan =)

Agree dgn rizqan. untuk masa depan, kita perlu bermula hari ni.x perlu tangguh2.. =)

perindu_خلافة says:
at: July 23, 2011 at 1:08 PM said...

ok ty ^_^

Norlyana Nasrin says:
at: July 23, 2011 at 7:42 PM said...

huhu tau2 perasaan puas bila dapat jawab soalan hehe macam menang seribu je hehehe

so skang rizqan dah balik rumah ke still kat situ?

perindu_خلافة says:
at: July 24, 2011 at 12:47 AM said...

yup.. benda yg buat kita hebat, kalau kita dapat buat; mesti rasa semangat kn ^_^

rizQan baru je sampai rumah, insyaALlah esok akan kesana balik, seminggu rizQan tinggal kt sana jadi tutor sepenuh masa lg, =)

Norlyana Nasrin says:
at: July 24, 2011 at 1:26 AM said...

hehhe betul2...
oh yeke? ok Cikgu Rizqan selamat mengajar (^-^) hehehe

perindu_خلافة says:
at: July 24, 2011 at 8:40 AM said...

lyana; act bukan cikgu rizQan.. tp abg rizQan, hurm~ biarpun pendekatan berbeza, tp niat asalnya sama~ malah rizQan rasa impak lagi besar bila seorang abg mengajar adik dr seorang guru mengajar murid, ^_^