النظافة 2.0 |
Atas sebab-sebab yang tidak dapat di jelaskan dengan logik akal, satu dari perkataan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka telah diisytiharkan haram di Malaysia. Lebih memeritkan lagi, perkataan Inggeris nya juga seakan turut sama diheret ke dalam kancah haram versi Malaysia ini. Di ulang sekali lagi; HARAM VERSI Malaysia.
Sebarang lambang, perkataan mahu apa jua sekalipun yang merujuk kepada penganjuran satu perhimpunan yang bakal dijadualkan pada 9 Julai 2011 ini adalah HARAM dan boleh ditahan oleh pihak berkuasa; sekali lagi penconteng warQah menegaskan HARAM ini hanya valid di Malaysia sahaja.
Penconteng warQah dapat merasakan; bahawa Perhimpunan Haram *(versi Malaysia) ini akan menjadi lebih bermakna. Seandainya pihak keselamatan yang terdiri dari pelbagai unit dan division dapat menegur dengan hikmah buat para peserta perhimpunan النظافة 2.0 yang tidak menutup ‘aurat, berkelakuan tidak sopan dan membahayakan keselamatan awam.
Penconteng warQah ingin mengajak para pemegang LenSa untuk bersama-sama mendapatkan shot terbaik anda ketika hari kejadian. Moga kehadiran anda semua ke sana dapatlah sekurang-kurangnya menjadi faktor kepada penjagaan tingkah laku mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan haram ini*. Memandangkan sifat manusia itu fitrahnya; akan menjaga tingkah laku mereka apabila mereka rasa diperhatikan. Daripada kumpulan gambar dan video yang diambil itu juga, dapatlah diteliti berapa banyak 'kerosakan' yang berlaku disekitar kawasan tumpuan. click sebelum (+) click selepas~~
Mungkin ada yang kurang menyenangi kehadiran anda (para pemegang LenSa) di sana, kerana wujud pihak yang amat membenci LenSa kamera merakam wajah dan aksi mereka. Lebih-lebih lagi gambar tersebut merakamkan sesuatu yang tidak sepatutnya ditunjuk pada dunia akan datang. Inilah sejarah kita, jika tiada yang merekodkannya hari ini. Mana mungkin ada ‘ibrah yang boleh diambil oleh generasi Khalifah selepas kita.
P/s: masih ingat mengenai ‘LenSa Tuhan’ di atas warQah daUn papYrus; biarpun tidak diminta untuk dirakamkan... suatu hari nanti ia tetap akan dipersembahkan buat tontonan semua, akhir kalam~
Semoga ALlah mem BERSIH kan hati setiap orang mukmin itu sesuai dengan fitrah agama-Nya ^_^ ameen...
Semoga ALlah mem BERSIH kan hati setiap orang mukmin itu sesuai dengan fitrah agama-Nya ^_^ ameen...
1 التعليقات:
at: July 2, 2011 at 3:30 PM said...
agree (^-^)
Post a Comment