Kalian tahu tak? Penconteng warQah lebih gemar mengambil gambar candid daripada mengambil sekeping gambar bernilai sebuah hipokrit, hurm sahabat² jangan salah sangka ye~ maksud hipokrit dekat sini adalah lakonan dihadapan camera. Oleh sebab itu lah, melalui lenSa warQah.. saya cuba menterjemahkan maksud sebenar sebuah kehidupan.
Sejujurnya untuk mendapatkan sekeping gambar realiti kehidupan bukanlah suatu perkara yang mudah, adakalanya.. air mata boleh menitis kepiluan~ kerna kehidupan sebenar itu amat sukar dijangka, lebih² lagi bila manusia hidup tidak mengenal Tuhan... T_T
Mungkin 5 keping gambar yang bakal penconteng warQah tunjukkan ini tidak memberi sebarang makna buat kalian. Namun inilah yang berjaya dirakamkan oleh lenSa warQah, realiti sebuah kehidupan ^_^. Inilah gelagat sebenar kita bila kita tidak terasa diperhatikan; ketawa kegembiraan, tangisan kesedihan, dan jutaan lagi eksperesi wajah yang ikhlas datang dari Qalbu insan.
Zaid + Ikram + Azima + Aiena + Suhailah + Zaidah + Aisyah |
Azam + Misyu + Sayf + Faizal + Irzan + Fitri |
Azam + Amir + K-oi + Hakim |
majlis pertunangan Hisham dan Nor Rizqan Aizni |
Ezuwan + Abu + Badr + Sayf |
Analoginya mudah, manusia akan cuba mengawal perbuatannya dihadapan lensa camera. Begitulah sifat manusia bila terasa diperhatikan. anDai dapat disemai perasaan takut kepada Tuhan, menyedari dengan yaqin yang LenSa Tuhan itu lebih HeBaT dan CaNggiH. Pasti dan pasti dunia ini jauh dari kebinasaan, kerna tiada manusia yang berani melakukan perkara² fasad. Oleh sebab itulah pentingnya sebuah ihsan dalam diri setiap insan!!
p/s: aksi dalam ke(5)² keping gambar diatas bukanlah dirancang oleh sesiapa, kerna mereka juga tidak pernah tahu bahwa LenSa warQah sedang melakukan kerja. Mahukan gambar natural sebuah kehidupan; snap sahaja tanpa memanggil mereka melihat LenSa.
Entry ini dibuat pada 6:34 PM [16 Mei 2011]
Autoupdate untuk warQah daUn papYrus
4 التعليقات:
at: May 19, 2011 at 3:13 PM said...
ya ALLAH..analoginya serius terkesan.kerdilnya rasa. agree dgn kata2 rizqan.. Bila depan lensa kamera kita sentiasa nak pose yg tercantik dan terbaik, tapi kenapa kita ni susah sangat nak bagi yang dihadapan lensa ALLAH..MasyaALLAH.
Mungkinkah kerana kebaikan itu telah terselindung oleh keburukan yg kita lakukan? Dan mungkinkah juga keburukan yang kita lakukan tu nampak "cantik" untuk ditayangkan? Nauzubillah..
at: May 20, 2011 at 10:52 PM said...
manusia sering sangat terlupa.. macam biasa yg rizQan kata~ andai kata rizQan ada lakukan kesilapan, feel free untuk menegur yek.. katakan je "Lensa Tuhan sedang memerhati gerak-geri anda...!" ^_^
at: May 21, 2011 at 6:12 PM said...
for me candid adalah cara untuk mendapatkan kehidupan yang sebenar...
bila tgk balik gamba yang dicandid kita pasti akan tersenyum sendiri, sebab kita dapat rasa perkara yang berlaku...candid bagi alid adalah salah satu cara untuk kita lebih mensyukuri nikmat dan peluang yang telah diberikan oleh Allah pada kita..
dan alid bersyukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus menyelusuri kehidupan dan merakamkannya...
apa yang alid pegang dalam taking a picture is:
"i'm not a photographer who taking a picture but i capture and save the memories because memories the only thing that don't change..."
at: May 22, 2011 at 5:31 PM said...
alid --> betul.. bersyukur tu sememangnya perlu dalam setiap keadaan ^_^
n rizQan suka dgn statement bukan capture picture tu, atas beberapa sebab tertentu yg rizQan susah nk explain O.o
Post a Comment