Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, May 20, 2011

ALlah sentiasa menyayangi kita...


Pada setiap petang Jumaat, selepas Solat Jumaat... usai melayani para Jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang baru berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya merancang untuk keluar bagi mengedarkan. Bagaimanapun pada petang tersebut hujan turun dengan sangat lebat sehingga menjadikan keadaan diluar rumah amat sejuk.

Budak lelaki  itu memakai baju sejuk dan kemudian menyarungkan baju hujannya, “OK ayah, saya sudah bersedia!”.

Ayahnya berkata, “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab, “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku² tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas, “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak!”.

Dengan muka kehairanan, budak itu bertanya pada ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak akan masuk ke neraka jika hari hujan?

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini...

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya ter[agak]² seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan ber[hati]²”.

Kemudian, budak itu telah keluar meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan dari satu lorong ke satu lorong di sekitar bandar. Dia mengedarkan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dilaluinya di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Apabila sampai dipintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut. Tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya dia mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahwa ALlah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menciptakan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan tua itu berkata , “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu”.

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “Ada sesiapa yang ingun bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk Muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada dikalangan jamaah yang berkumpul disini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak pernah terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar² keseorang di dunia ini”.

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerna sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya lilitkan di sekeliling leher saya.

Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar² keseorangan, patah hati. Saya hampir² hendak tiba² loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapu bunyi loceng semakin kuat dan ber[tubi]². Kemudia orang yang menekan suis loceng itu mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak lelaki yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba² hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahwa ALlah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila ‘malaikat kecil’ itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan takbir... الله أكبر... Gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi kebarisan hadapan di mana ‘malaikat kecil’ itu sedang duduk.

Sumber cerita ini: Internet

entry ini ditulis pada 10:17 AM (17 Mei 2011)
autoupdate untuk warQah daUn papYrus,

3 التعليقات:

{she-who-must-not-be-named} says:
at: May 20, 2011 at 3:58 PM said...

seronok baca buku ni..satu perasaaan muncul .

Norlyana Nasrin says:
at: May 20, 2011 at 10:21 PM said...

terbaik...

perindu_خلافة says:
at: May 20, 2011 at 10:55 PM said...

^_^ biar dari manapun sumber cerita ni, penconteng warQah rasa terpanggil untuk share kan dgn kalian,

p/s: enjoy n ambil iktibar :D