Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, May 29, 2011

23 May 2011 – 27 May 2011

           Minggu lalu aku ditempatkan di Makmal Dadah Jabatan Patologi Hospital Kajang. Sampel yang diuji adalah urine manusia, jadi faham² sajalah bau makmal tersebut ye. alhamduliLlah sikit pun tak luntur semangat aku untuk menuntut ilmu kat situ. Yang membuat diri aku lebih bersemangat adalah kerana Kajang merupakan salah satu dari 3 buah hospital yang mengendalikan makmal dadah untuk negeri Selangor. 2 yang lain adalah Hospital Banting dan Hospital Klang. Kedudukan Kajang yang terletak di tengah² negeri Selangor dan lebih hampir dengan WP KL juga WP Putrajaya menjadikan ia pusat tumpuan penghantaran sampel dari Jabatan Narkotik PDRM, AADK, PENJARA KAJANG, klinik kesihatan terdekat dan juga orang perseorangan.
Ujian yang dijalankan disini mempunyai dua peringkat iaitu screening test dan confirmation test. Itu pun selepas saringan peringkat awal oleh jabatan² terlibat sebelum sampel tersebut dihantar ke makmal. Screening test adalah ujian yang dijalankan dengan 2 cara, bagi medical check-up; cukup sekadar menggunakan satu strips khas yang dicelup kedalam urin bagi mengesan kehadiran opiates ataupun tetrahydrocannabinol (THC). Namun bagi kes yang melibatkan polis, ujian saringan atau screening test ini perlu dianalisis menggunakan mesin berkomputer yang lengkap. [malangnya selama seminggu di makmal tersebut saya masih tidak berpeluang untuk melihat bagaimana ujian ini dijalankan kerana terlalu banyak sampel yang masuk]. Jadi biarpun minggu hadapan saya akan berada di Outsource unit itu tak bermaksud saya tak boleh meninjau makmal dadah bagi menyambung pengajian yang terlepas. Huhu...
                Bagi ujian pengesahan atau confirmation test, ianya akan dijalankan sebaik sahaja ujian saringan mengesahkan kehadiran salah satu atau kedua² jenis dadah yang dimaksudkan (opi/THC). Ujian ini menggunakan thin layer chromatography test bagi mengesahkan secara benar kehadiran dadah di dalam sampel urin. Kedua jenis dadah memerlukan perjalanan ujian yang sedikit berbeza kerana tindak balas bagi setiap jenis dadah muncul dalam pemerhatian adalah berbeza. Total masa digunakan untuk satu² ujian pengesahan memerlukan 6-7jam bekerja. Di dalam keluarga Opiates terbahagi ia kepada beberapa mother group; iaitu morphine, codein dan heroin. Walaupun dalam ujian thin layer chromatography ini hanya 2 standard solution yang digunakan iaitu morphine dan codein. Namun kehadiran heroin masih juga dapat dikesan, kerana pembezaannya dengan structure morphine didalam urin adalah sama. Heroin berbeza ketika didalam tubuh manusia iaitu mempunyai hydroxyl group tambahan dari morphine.
                Biarlah apa pun jenis dadah yang diambil, penagih tidak akan pernah terlepas. Ini kerana senstivity setiap ujian yang dijalankan adalah tinggi. Buat perokok tegar, berhati²lah dengan setiap hisapan anda. Jika sekali anda terhisap rokok yang mengandungi ganja/marijuana/cannabis (THC). Anda telah pun termasuk dalam kalangan penagih bahan terlarang tersebut. Jalan terbaik adalah cuba jauhi segala benda² mengarut ni untuk kehidupan yang lebih sejahtera. Selesai update LI

3 التعليقات:

Shila says:
at: May 30, 2011 at 6:35 PM said...

bila nk share cerita kt outsource unit? :P

mcm nk marah tak dengan soalan tu? hahaha..

baru sehari kan..

bila abes LI??

perindu_خلافة says:
at: May 31, 2011 at 6:45 AM said...

hahaha.. bosan sangat, sbb outsource unit bukan tempat utk buat test, tp tempat laluan sample yg nak kena hantar ke hospital lain :(

hari ni sy nak bawak buku utk baca kat sana ^_^ LI sy habis 8 july nnt :D

Anonymous
at: October 6, 2011 at 1:56 AM said...

kat hospital kajang ad tak makmal sitologi.. senang tak nak dpt sampel?