Minggu kedua di unit Urinalysis/FBC tidak lah sepenat semasa berada di unit CRA minggu lepas. Kalau dulu hampir kesemua sampel akan aku pegang dan check, kali tak lagi oK.. lebih relax [dalam bahasa kampungnya boring gila!! O.o].
Bosan mungkin disebabkan tak rasa sesibuk berada kat barisan hadapan, berurusan dengan doctor dan pesakit yang kadang² banyak kerenah. Huhu~ sejujurnya memang mengajar aku erti kesabaran... STAT/Urgent perlukan 45 minit yek, sila tunggu sebab Jabatan Patologi HKJ ni perlu jalankan ratusan jenis ujian dalam satu² masa.
1st day, 1st test... ujian yang aku jalankan kat sini adalah UPT [urine pregnancy test]. Di mana prinsipnya mudah, apabila berlakunya persenyawaan sperm dan ovum di dalam tubuh wanita. Maka sejenis hormon bernama hCG [human chorionic gonadotrophin] akan dirembeskan. Apa yang perlu di kesan adalah kehadiran hormon ini sama ada wujud atau tidak didalam urin yang sedang diuji. Namun untuk 1st test ini, keputusannya adalah negatif =_=
Antara ujian² utama yang dijalankan di unit ini adalah FBC (full blood count), Urine FEME (full examination microscopic examination) dan ESR (erythrocyte sedimentation rate). Untuk hari kedua yang membosankan ni, aku meminta jasa baik seorang senior staff yang mesra dipanggil Kak Zah atau bagi aku, yeh dan nyet kami lebih senang memanggilnya ‘ibu’ untuk menjalankan phlebotomy bagi mengeluarkan sedikir darahku untuk dijalankan ujian FBC, LFT [liver function test], RP (renal profile). Dengan itu dapatlah aku menjalankan ujian keatas darahku sendiri, mengetahui sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini.
Luarannya sihat, yup keputusan FBC-ku berada ditahap normal. Namun ada sesuatu yang mengejutkan apabila keputusan LFT menyatakan bahwa aku mempunyai tahap kolesterol yang agak tinggi, berkadar langsung dengan keputusan itu pastinya albumin. Mungkin cara pemakanan aku sepanjang bermulanya LI ini menyimpulkan keputusan kenapa tahap kolesterol yang agak tinggi dalam darah. Makanya, perlulah aku mengelakkan diri untuk mengambil makanan secara semborono selepas dari ini.
oK kalau minggu lepas, semasa majlis pembukaan Makmal pertama Jabatan Kecemasan Hospital di Malaysia kami dapat makan free. Kali ini, pada jumaat kedua juga kami di Jabatan Patologi Hospital Kajang sekali lagi mengadakan jamuan perpisahan untuk Encik Mustaza selaku orang besar di Jabatan ini yang menamatkan alam pekerjaan beliau. Makan lagi, bestkan... baru 2 minggu kat sini, 2 kali jumaat makan best ^_^
Tengah berfikir adakah jumaat minggu ketiga ni akan ada makan² lagi.. hurm~ >_< minggu depan akan bertukar ke Biochem section.
p/s: Oh ye sebenarnya ada satu lagi ujian penting dibawah kendalian urinalysis/FBC section iaitu ABG-VBG [arterial-vein Blood Gas], namun disebabkan machine yang digunakan agak complicated jadi aku menolak untuk melakukannya sendiri seperti ujian² yang lain O.o
2 التعليقات:
at: May 15, 2011 at 8:41 PM said...
banyaknya perkataan tak penah baca.. heheh..al maklumlah bahasa hospital eak..
at: May 15, 2011 at 9:32 PM said...
aira --> hampir setiap test ditulis dalam shortform.. ambik masa jugak nak belajar satu²~ huhu,
p/s: maaf ye kawan² penulisan saya agak teruk kebelakangan ni, mgkn kerna dah terlalu lama x menulis.. saya baca balik pun boleh pening >_<
Post a Comment