Uncle Morgan
Dikala mata sang penconteng warQah ini memandang batang tubuh seorang lelaki tua yang amat dikenalinya, berbangsa India pada sesetengah anggapan manakala sesetengah yang lain mengatakan bahwa lelaki itu berbangsa Malaysia. Biarlah bangsa apa sekali pun, kerna perbezaan bangsa itu jika sering dilihat dan diperkatakan akan timbul pula perasaan berpuak-puak. Maka ambillah jalan terbaik, cari titik persamaan yang paling mudah.. penconteng warQah menganggap lelaki itu adalah salah seorang dari hamba ALlah.
Lelaki tua itu merupakan orang yang pernah berulang alik mengambil dan menghantar aku pulang dari sekolah; setiap hari. Rutin isnin hingga jumaat~ Sepaginya dijemput untuk menghadirkan diri ke Sekolah Kebangsaan Semenyih, dan sepetangnya pula dihantar pulang dari Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih. Kenangan itu tidak sedikit luntur dari ingatan, manakan tidak!! Kita tidak akan tahu dengan apa Uncle Morgan datang pada hari ini. Kebiasaannya pasti dengan bas, tapi kemungkinan untuk dia hadir dengan van atau teksi mercedesnya juga agak tinggi! Andai kata menaiki teksi, sahabat cuma perlu mambayangkan bagaimana muatan sekali gerak boleh mencapai 10-12 orang dalam satu-satu masa.
Lencana SK Semenyih Penconteng warQah gagal menjumpai softcopy Lencana SR Agama Pekan Semenyih |
Sekilas pandangan kepada lelaki tua itu, sudah cukup memutar ligat memori ini untuk kembali ke zaman sekolah rendah, keduanya punya memori indah baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. Terima Kasih abah, emak sebab sanggup mengeluar duit lebih, mengerah tenaga untuk menghantar anak²mu ke dua² jenis sekolah tersebut. Terima Kasih jugak buat semua cikgu dan ustaz/ustazah yang pernah mendidik dan mengajar diri ini.
0 التعليقات:
Post a Comment