Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru... Che' Gu ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

anDai tidak diberi kefahaman untuk aku mengenali aksara ini;
mana mungkin dapat kususunkan ia diatas warQah daUn papYrus,
membentuk kalimah seni dengan bait² inDah sebuah puisi,

semalam,
aksara romawi ini hanya kukenal wataknya,
dari ea (A) sehingga-lah ke zee (Z),
huruf ‘arab pula ku hafal bentuknya..
bermula aleph (أ) sehingga ya (ي),
Biar hanya seorang guru TASKA; namun peranannya cukup besar...
mana mungkin aku tahu bezanya harfi dan aksara romawi tanpa kehadiran mereka

hari ini,
aksara romawi dan harfi arab menyerlah diri,
warQah daUn papYrus menjadi saksi,
malah kalian juga memerhati,
bagaimana sebuah gabungan mantop ini...
mampu menunjuk sebuah kemarahan~
mampu menitip sebuah tangisan~

kita pun seperti aksara inilah,
jiwa kita berbeza sepertinya harfi,
aleph tidakkan pernah menjadi ba,
kerna setiap suatu dicipta berbeza..
agar kita cuba memerhati dan memahami,
Sekali lagi peranan guru memperkukuh bukti.. tanpa sebuah penghayatan,
Mana mungkin aku memahami hikmah perbezaan dalam penciptaan Tuhan.

Guru menurut pemahaman penconteng warQah punya maksud yang amat luas,
Bukan sekadar manusia yang mengajar dan mendidik,
Namun melangkaui logik pemikiran manusia,
Sedang pengalaman itu adalah guru juga..
Kehadirannya bagai sebuah roh yang bermakna tanpa perlu kepada kehadiran sebuah jasad,


Selamat Hari Guru
buat semua yang sudi mengajar diri saya.. untuk menjadi seorang manusia!

Dedikasi khusus buat guru yang terhampir bagi penconteng warQah:
emak dan abahnya [Zahara Manaf + Ramlan Ahmad]
juga kakak dan kedua adik perempuannya
[Nor Rizqan Aizni + Ummi Ikhlas + Siti Roslinda]

Dedikasi khusus buat para cikgu, ustaz(ah), warden, tutor dan pensyarah penconteng warQah:
TASKA Raudhah [1994]
SK Semenyih + SR Agama Pekan Semenyih [1995-2000]
SMK Engku Husain [2001-2005]
Pusat Asasi UIAM [2006-2008]
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [2008-sekarang]

Dedikasi khusus buat guru² rapat disekeliling pinggang penconteng warQah:
Kalangan sahabat²nya [sejak membuka mata sehinggalah ke saat ini]

Kalian adalah antara Anugerah Terindah yang diberi Illahi buat penconteng warQah..
Kehadiran kalian adalah umpama guru yang senantiasa membimbing penconteng warQah..

Teachers Plant Seeds That Grow Forever!
TERIMA KASIH
Ikhlas dari Qalbu Muhamad Rizqan Aizzaini

8 التعليقات:

ejatie
at: May 16, 2011 at 8:19 AM said...

oh happy teacher's day :))

Nuryn Weida says:
at: May 16, 2011 at 1:57 PM said...

HAPPY TEACHERS DAY RIZQAN!!

Btw, puisi rizqan tu starting nya macam Ain punye jugak.The word SEMALAM and HARI INI tu..hehe. Tapi,isi nya rizqan punye lagi heba le...nak kene berguru ni dgn rizqan..hehe

perindu_خلافة says:
at: May 16, 2011 at 3:34 PM said...

huhu.. rizQan bukan teacher lor~

semalam n hari ini tu dah macam trademark jugak, senang nk refer sesuatu yg da lepas dgn somethg yg tgh berlaku..

huhu mane ade hebat la, msg2 ada kelebihan sndiri, kalau gaya penulisan semua org sama, x perlu la ada blogger betul x? setiap org unik, n keunikan ni la yg membentuk dunia ^_^

Nuryn Weida says:
at: May 17, 2011 at 10:20 AM said...

everyone can be a teacher la...kdg2 kita x sedar pun kita ni adalah teacher..even kita xde degree..tp maybe pengalaman kita or hasil penulisan kita ni menjadi panduan untuk org lain.kira teacher la tu..eh yeke??haha

btw,yeah!thats right(refer to ayat keunikan bla bla bla tu)..and semoga terus hasilkan a good entry yeah..hee

perindu_خلافة says:
at: May 17, 2011 at 12:09 PM said...

oK kalo macam tu, kita kena sentiasa jadi contoh terbaik buat semua org, sbb kita dah jadi teacher kn ^_^

hurm.. berkenaan dgn entry, rizQan agak sibuk dgn practical training, jadi sepanjang sminggu rizQan akan buat autoupdate jah~ sbb xde internet access, nyway enjoy je la ye apa2 yg rizQan conteng kat atas warQah ni >_<

Nuryn Weida says:
at: May 19, 2011 at 10:33 AM said...

yeah..betul tu..mari berusaha untuk menjadi yg terbaik.. =)

xpe2..benda ni sampingan je kan.utamakan yang penting dulu.. then baru la update,btw,yg penting kualiti..bukan kuantiti.hee

perindu_خلافة says:
at: May 20, 2011 at 10:42 PM said...

insyaALlah.. memang sentiasa berusaha kearah yang terbaik ^_^

Quality yek, rizQan akan cuba baiki kelemahan dalam setiap penulisan akan dtg :P huhu

Pratigya says:
at: July 4, 2011 at 3:13 PM said...

diorg ni mmg macam tu. Suka sgt merayu sambil wat muka comel..sabo je la…