Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, May 8, 2011

3-6 May 2011


                Di antara 3 May 2011 sehingga 6 May 2011, bermulalah minggu pertama penconteng warQah berada dalam latihan industri beliau di Jabatan Patologi Hospital Kajang. Beruntung sungguh beliau kerana ditempatkan di Common Received Area unit (CRA). Di unit ini, beliau belajar bagaimana untuk berurusan secara terus dengan para doktor, pesakit dan pelawat yang hadir ke Jabatan Patologi atas pelbagai jenis urusan. Dapatlah di simpulkan bahwa unit ini adalah unit paling hadapan di Jabatan Patologi Hospital Kajang, di mana setiap sampel perlu melalui unit ini sebelum di hantar masuk ke makmal berkaitan untuk dijalankan ujian.
                Setiap sampel yang dihantar, perlu disah terima oleh Jabatan Patologi melalui kaunter hadapan sebelum setiap sampel tersebut dilabel dengan barcode mengikut jenis ujian yang bakal dijalankan. Manakala bagi ujian yang tidak dijalankan di Jabatan Patologi ini akan diasingkan kedalam kotak outsource yang disediakan. Tiga jenis ujian utama yang dilabel adalah Biochemistry, Haematology dan Urinalysis. Dalam proses melabel barcode juga, beliau di ajar supaya melakukan saringan melalui pemerhatian keatas setiap sampel dan perlulah berhati² dalam proses tersebut agar tidak berlaku kesilapan.
                Setiap borang penghantaran sampel yang telah dilabel dengan barcode akan di masukkan datanya kedalam komputer oleh staff yang bertugas, perisian OMEGA 2000 digunakan dalam proses demographic data ini. Proses ini amat penting kerana setiap mesin yang berada di dalam makmal Jabatan Patologi ini telah di sambungkan pada server utama, yang mana mesin berkenaan hanya akan memahami ujian yang perlu dijalankan setelah barcode sampel di scan masuk melalui perisian OMEGA 2000. Setelah proses demographic data selesai, sampel dan borang akan dihantar ke unit tertentu untuk dijalankan ujian...
                Di unit CRA ini, penconteng warQah banyak belajar mengenai penggunaan tiub² yang digunakan dalam setiap sampel yang dihantar. Atas sebab apa tiub itu digunakan, dan apakah tiub alternatif yang boleh digunakan selain dari tiub kebiasaan. Penyaringan sampel juga diajar agar tiada sampel rosak yang diterima seperti blood clotting untuk ujian ESR (eryhtrocyte sedimentation rate), FBC (full blood count), FBP (full blood picture), dan beberapa jenis ujian lain. Bagi setiap sampel yang perlu dijalankan ujian biokimia, sampel perlu di spinkan terlebih dahulu sebelum dihantar ke unit yang berkenaan. Dan perlulah proses penghantaran ini dijalankan secara berhati² agar sampel yang telah dispinkan tidak mengalami sebarang kerosakan. FBS (fasting blood sugar) test mestilah didahului bagi mana² ujian yang memerlukan pelbagai jenis ujian dalam satu² masa, RBS (random blood sugar), RP (Renal Profile), LFT (liver function test) dan beberapa test lain adalah contoh bagi ujian biokimia.
                Bagi sampel yang hadir bersama borang berwarna merah dari ED (emergency department), ICU (intensive care unit) dan SCN perlu diberi perhatian lebih yang mana setiap sampel perlu dijalankan ujian secepat mungkin. Tempoh paling lambat untuk keputusan ujian dikeluarkan bagi borang² merah ini adalah 45 minit...
                Rasanya ini sahaja yang dapat dikongsikan oleh penconteng warQah untuk minggu pertama ini. Minggu kedua iaitu dari 9-13 May 2011 pula; penconteng warQah akan bertukar ke unit Urinalysis/FBC (full blood count), di unit ini insyaALlah penconteng warQah akan diajar bagaimana melakukan setiap ujian yang melibatkan urin. ESR test, blood parasite test, FBC, dan beberapa ujian lain.


Faisal mengingatkan penconteng warQah mengenai
kata² Dr Tariqurrahman yang dilafazkan beliau pada tahun 2010

I teach u not to run a machine but to be a scientist!”

2 التعليقات:

{she-who-must-not-be-named} says:
at: May 8, 2011 at 10:25 PM said...

sellamat berpraktikal :))

perindu_خلافة says:
at: May 15, 2011 at 1:15 PM said...

yup.. selamat jugak utk awak ^_^ huhu