19 April 2011
Pagi yang nyaman, seawal jam 6.00 pagi lagi.. suara² sumbang telah kedengaran mengejutkan kami untuk bangun. Huhu.. tapi bila terdengar je azan yang dilaungkan oleh saudara Uwais al-Qarni, maka terus terbuntang mata masing². Merdu suara seindah rupa... weyh~
Maka persiapan untuk santapan pagi pun disiapkan sementara yang lain sibuk mengurus diri dan beg untuk perjalanan hari kedua ni ^_^
Perjalanan pada hari ke-2 ini menyasarkan puncak Gunung Chamah sebagai destinasi akhir; di mana kami akan bermalam disana. Setelah bersiap sedia, kami akhirnya bergerak meninggalkan kem Pak Kasim (berdekatan Pos Rekom) lebih kurang jam 8.40 pagi waktu pada camera ezuwan. Perjalanan melalui Kem Pakma, Kem Tengah dan Kem Tongkat Ali telah dibahagikan oleh Pak Kasim mengikut jarak waktu perjalanan lebih kurang 35 minit, 1 jam dan 1 jam 30 minit. Bagi perjalanan yang betul² mencabar adalah dari Kem Tengah ke Kem Tongkat Ali, di mana setiap peserta diuji dengan trek di tebing tinggi. Ini kerana sebarang kesilapan kecil mampu membuatkan peserta² tergelincir jatuh dari tebing berkenaan... woohoo, Orang yang paling banyak merungut terdengar di cuping telinga penconteng warQah adalah sahabat bilik beliau.
alhamduliLlah, kami akhirnya tiba di Kem Tongkat Ali dalam jam lebih kurang 12 tengahari dalam keadaan hujan yang agak lebat. Keadaan hujan membuatkan sesi makan tengahari kami dijalankan dengan ala kadar sahaja. Dan memandangkan ini adalah waterpoint terakhir kami sebelum tiba di puncak, maka penconteng warQah dan sebilangan kecil sahabat lain menguji tahap kesejukan air sungai ditempat tersebut. Berdasarkan bacaan suhu pada jam milik Uwais, kesejukan udara di sekitar Kem Tongkat Ali pada waktu itu adalah 20°C, manakala air sungainya pula mencecah suhu 17.9°C (penconteng warQah lebih sanggup mandi air sejuk dari tak mandi langsung!!)... huhu
Selepas makan tengahari dan solat jama’ taqdim, perjalanan diteruskan lagi dalam jam lebih kurang 2 petang. Perjalanan ini ternyata mengambil masa yang amat panjang, kerana sesi mendaki telah bermula dan tiada ruang lagi untuk berpatah balik... =_= (teringat pesan abah penconteng warQah: “Dulu ekspedisi berbasikal kalau x larat boleh naik bas kat belakang tapi kali ni kalau x larat macam mana sekalipun tetap kena berjalan jugak..!!”). Tapi sikit pun ayat tu x melemahkan semangat penconteng warQah sebab kalau abah dah lepas panjat Gunung Fuji takkanlah anak dia G7 pun x lepas kan, huhuhu ^_^ chaiyok²..
Mendaki dan mendaki dan mendaki lagi... jarum SOLVILet TITUS hampir menunjukkan tepat jam 3.15 minit petang. Suasana lembab disekeliling laluan membuatkan keadaan sudah tidak seperti berada bumi lagi, selain dari tempat yang dipijak kesemuanya berwarna hijau. Lumut² menghias indah di setiap ceruk kayu dan dahan yang terdapat disitu. Ditambah lagi liuk lentok periuk² kera yang saling bergantungan diantara pokok². Akhirnya terdengar suara orang duduk be(rehat)², maka terbitlah senyum riang dari bibir munggil penconteng warQah, sahabat sebiliknya dan saudara Ahmad Badruddin bin Othman. “...dah sampai ke?...” terdetik dalam hati masing² (“,)
“Tahniah, sekarang anda telah berada di Anak Chamah!!” kata Pak Kasim... erk x sampai lagi rupanya, “dari sini kena jalan dalam 3 jam lebih sikit sebelum sampai ke puncak”.. aiyoo~ kalau tadi dah mendaki, kali ni jalan dah turun naik pulak. Dan pendakian kali ni lebih mencabar sebab jalannya jauh lebih panjang. Tiada lagi tempat rehat oK, nak rehat sendiri² je lepas Kem Anak Chamah ni~ =_=
(3.45pm) Maka perjalanan diteruskan, pada mulanya penconteng warQah berada di belakang sekali bersama para swapper kerna firs-aid kit dibawah jagaan beliau. Namun atas nasihat saudara PM yang mengatakan abang² MBSA ada cukup barang maka saya di suruh untuk berjalan dihadapan. Bukan sebagai runner ok, maka penconteng warQah cuba shoot sampai kedepan untuk bertemu Pak Kasim. Alahai jauhnya~ jarak yang berjaya dikejar dari tempat paling belakang ke paling hadapan adalah 25 minit pulse lari anak penconteng warQah. Rupanya dari awal lagi para peserta yang bergerak slow telah ditinggalkan. Hurm.. 25 minit bukan jarak yang dekat yuk~ sekalipun ditinggalkan 5 minit ia dah dianggap terlalu jauh jika langkah kaki anda bersamaan dengan rate langkah kaki orang depan. Sebaik je bertemu dengan team Pak Kasim didepan kami snap sekeping gambar untuk tujuan rakaman waktu. Tadaa... ^__^
akim (+) rizqan (+) abang sam (+) ezuwan (+) pak kassim |
Selepas berjalan selama lebih kurang 20 minit bersama Pak Kasim, (kaki Pak Kasim kejang lepas tu muntah²), penconteng warQah berhenti untuk menunggu peserta yang terhampir memandangkan kedudukan mereka tidak jauh ketika ditinggalkan. Pak Kasim meneruskan perjalanan; untung jarak mereka diantara Pak Kasim hanya berkadar 7 minit. Namun disebabkan keletihan group yang terdiri daripada pudin, bad, Abu Hamid bin Masri dan Amalina Khazani ini bertindak mahu berehat dahulu. Maka kami berehat dan snap gambar sebelum menyambung semula perjalanan. Jam menunjukkan 5.25 minit petang waktu yang tertera pada Camera Sony Cyber-Shot 7.2 Megapixel; (mudahnya dirujuk sebagai LenSa warQah).
rizqan (+) pudin (+) abu (+) bad (+) amalina |
Dari tempat inilah, Pak Kasim memberitahu bahwa mengikut rate langkah dia. Puncak akan berjaya ditawan dalam 1 jam setengah lagi. Tapi penconteng warQah sedar masih ramai dibelakang yang telah tertinggal dalam jarak 1 jam ke 1 jam setengah berdasarkan pulse mereka dan kesukaran laluan trek yang semakin hampir ke puncak.
Berjalan dan berjalan, akhirnya penconteng warQah berhenti lagi... kali ini tidak perlu ditanya kenapa yuk!! Waktu hentian ini adalah jam 6.50 minit petang. Beberapa sahabat yang melintas dan dibiarkan pergi terlebih dahulu sehingga jam menunjukkan 7.20minit malam. Tatkala inilah cahya matahari sudah mula samar², dan kedengaran laungan azan yang sayup kedengaran. Dari mana dan suara siapa masih belum diketahui~ maka penconteng warQah mengatur semula langkahnya dengan berbekalkan touchlight h/phone nokia beliau diselitkan bersama topi milik pudin. Walaupun cahayanya tidak secerah headlamp biasa namun cukuplah sekadar mahu melihat trek.
Dari sinilah seorang demi seorang sahabat yang dijumpai penconteng warQah sedang berhenti rehat, afiq berseorangan; kemudian zaimi, pudin, awe berkumpulan... dan yang terakhir amalina bersama uwais. Kesemuanya berhenti dalam kegelapan malam tersebut. Perjalanan waktu malam tidaklah sesukar trek yang dilalui, kerana sepanjang trek untuk ke puncak keadaannya dipenuhi lumpur dan selut. Akhirnya dalam jam hampir 8.45malam, kami bertujuh tiba di puncak dengan keadaan selamat. Suasana dingin (15°C menurut suhu jam tangan uwais) memaksa setiap peserta memakai baju berlapis² bagi mengelakkan kesejukan. Dan ramai mengambil peluang makan malam secepat mungkin dan tidur awal bagi mempercepatkan proses pemanasan badan di dalam tent dan sleeping bag. Sedang dalam waktu critical ni jugaklah beberapa orang meninggalkan souvenior untuk pendaki Chamah selepas ini, moga subur pokok disana semakin bertambah... euwww =p
hahaha ^_^
p/s: Kumpulan terakhir tiba di puncak adalah pada jam 9.20 minit malam dalam keadaan kekurangan sumber cahaya. huhuhu.. kami belajar sesuatu malam tu~ maaf banyak penceritaan peribadi sebab tak nampak apa yang berlaku pada orang lain =_=
7 التعليقات:
at: May 1, 2011 at 12:22 AM said...
rizq, nice!! anyway typo here=sweeper. hehe
at: May 1, 2011 at 1:45 AM said...
hahaha.. thanx dila, sbenarnya cuba jugak study word tuh!! tp x jumpe >_<
at: May 1, 2011 at 5:35 AM said...
souvenir ye? hahaha btw menarik & sound tiring..ngehehe
at: May 1, 2011 at 11:53 AM said...
hebat Ina!! hahahah~
naek gunung penatnya!! naek bukit pun termengah2 ak~ hahaha
at: May 4, 2011 at 3:48 PM said...
ina first sis yg sampai ke??? mantap..hehehe
at: May 14, 2011 at 10:15 PM said...
rizqan.. x de sambungan ke?
at: May 15, 2011 at 1:14 PM said...
cus kena hold kejap yek mer~
Post a Comment