18 April 2011
Penconteng warQah tersedar dari lamunan mimpi yang enak tepat jam 5.55pagi waktu SOLVILet TITUS. Hujan lebat yang mengiringi perjalanan kami ternyata merunsingkan hati penconteng warQah dan juga beberapa peserta yang baru sahaja tersedar dari tidur. Manakan tidak hari pertama kami bakal diserikan dengan kelicinan trek hutan yang tidak dapat dibayangkan. Bila sahaja bebola mata ini dihalakan keluar melalui tetingkap Bas UIAM bernombor 04; terpampang sebuah papan tanda besar ‘HOTEL GM’ di sebelah kiri jalan. oK sekarang dah pun sampai ke Gua Musang~ tapi kita nak kemana ni?
Dalam pisat² saudara Program Manager CUS; Mohd Huzaimi bin Mohd Amin. Beliau meminta supaya abang driver mencari Masjid terlebih dahulu bagi menunaikan Solat fardhu Subuh sebelum bergerak ke IPD Gua Musang untuk urusan pendaftaran. Masjid Tengku Muhammad Faiz, Gua Musang menjadi pilihan; memandangkan ia adalah masjid terhampir dengan IPD Gua Musang. Itu pun selepas kami ber[pusing]² dalam bandar Gua Musang beberapa kali, sekejap ke stesyen keretapi sekejap ke mana entah. Akhirnya pudin dan Mohd Afiq bin Nawi mengambil keputusan untuk turun dari bas dan bertanya kepada orang tempatan mengenai kedudukan masjid dan Ibu Pejabat Polis berkenaan. Jumpa destinasi~
Usai solat subuh berjemaah, kami mengalas perut dengan bersarapan pagi di warong berhampiran dengan kompleks IPD Gua Musang, berjumpa dengan abang² katang dari KL (seperti yang diperkatakan oleh zaimi sebelumnya); 4 lelaki dan seorang perempuan. Ke‘tough’an badan mereka mencairkan hati dan melemahkan sedikit semangat kami namun dalam keadaan terkesima itu, kami cuba menunjukkan kemachoan masing² (huish tak nak kalah). Biaq besaq jiwa, Jangan besaq kepala!! Hehehe >_<
Tak lama selepas tu muncul la seorang lelaki separuh abad yang berjambang putih memperkenalkan dirinya sebagai Pak Kassim <-- yang ni adalah guide kami oK, daftar bersama ke Balai Polis.
Dalam jam lebih kurang 9.35am menurut waktu Noor Aliaa bt Yazid (selaku penulis report tegar), kami peserta dari UIAM bergerak menuju ke Kuala Betis dengan bas manakala 6 yang lain pula menaiki 4WD ke sana.
Sementara menunggu 4WD |
Dalam jam lebih kurang 10.35am, kami mula bergerak dengan 4WD yang kesemuanya berjumlah 3 ‘ketul’. Itu pun selepas selepas para committee yang komited menyelesaikan masalah pertambahan satu lagi 4WD. Perjalanan mengikut jalan balak ini diberitahu perlu mengambil masa selama 4 jam. Aiyoo =_=
Menaiki 4WD bagaikan sardine semestinya pengalaman pertama buat semua orang, tapi dalam keramaian tu ada seorang VIP yang duduk di atas kerusi empuk; saudara err~
Baru je lebih kurang 10 minit perjalanan, tiba² segalanya terhenti.. rupa²nya terdapat sebuah lori tangki minyak yang ‘stuck’ dipertengahan jalan. Haish... potong stim kan, kebetulan dengan tu juga dapatlah kami beramah mesra dengan abang staff dari UMK yang dalam usaha untuk masuk ke kawasan perkampungan orang asli untuk didokumentarikan. Menarik jugak usaha diorang ni~
Hah nilah lori yang stuck tu, abang tu sibuk juga merakamkan insiden tersebut bersama seorang reporter dihujung cameranya. |
Sesi bergambar mengambil tempat; selepas beberapa unit waktu berganjak kami diarahkan untuk berjalan kaki dan menunggu 4WD kami dihadapan lori tersebut.
Jam 11.19am waktu tertera pada camera SONY Cyber-shot 7.2megapixel, kami dapat menaiki semula 4WD seperti biasa. Perjalanan diteruskan dengan gembiranya kerana sesi bergambar mengambil tempat lagi dan lagi.. sementara penconteng warQah pulak menyimpan cameranya dalam usaha menjimatkan tenaga bateri ^__^. Tepat jam 11.59am menurut waktu pada camera milik ezuwan, 4WD kami memberikan laluan buat sebuah lori balak disebuah jambatan yang sempit.. TIBA², enjin mati.. gear stuck.. haish~ tersekat lagi lebih kurang 20 minit O.o
Sebaik sahaja enjin berjaya dihidupkan, perjalanan diteruskan... 4WD yang dinaiki oleh penconteng warQah, pudin, abu, zaimi, hadi, ezuwan dan awe ini diletakkan paling hadapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Truck ke-2 dipenuhi dengan DJ² radio, ^_^
Dalam jam lebih kurang 2.30 tengahari hujan turun dengan lebatnya dan... enjin truck paling hadapan mati lagi, adoiyai~ tapi takpe kelenguhan kaki ketika berjalan adalah lebih nikmat dari hentakan punggung pada lantai truck. Bayangkan 3-4 jam terhentak².. rasa dah takde punggung lagi dah~ >_<
Jam 3.00pm tepat truck berhenti, kerana tiada lagi laluan yang mampu dilalui oleh mereka.
Dalam masa lebih kurang 3o minit inilah, kami lunch.. di beri taklimat ringkas, dan melakukan sedikit aktiviti pemanasan badan. Warm-up oK jangan fikir bukan².. =_=
18 april 2011 (bhgn2) akan menyusul...
3 التعليقات:
at: April 29, 2011 at 11:59 AM said...
huhu menarik2...tak sabar menunggu part 2 hehe...
oh selamat berpraktikal mggu dpn
(^-^)
at: April 29, 2011 at 3:25 PM said...
pelbagai halangan~ hahaha.. cam best je korang g manjat2 ni ye~ haaha
at: May 1, 2011 at 12:47 AM said...
seronok nye dpt pluang nek gnung lame2 ni..
Post a Comment