Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, April 29, 2011

CUS 18 april 2011 bhgn 2


18 April 2011 (bhgn2)
3.35pm (lebih kurang); Maka bermulalah pengembaraan kami dengan berjalan kaki secara berjemaah  mengikut trek balak tersebut, yang paling tak boleh blahnya... trek ucapan selamat datang ini adalah berkecerunan dari 30°-50°. Ingat ye kawan² ini bukan trek hutan tapi trek balak yang sudah tidak digunakan lagi, panas terik mentari disajikan bersama merah tanah bumi. =_= tatkala sampai di checkpoint pertama, hati berbunga mekar melihatkan abang toba kelihatan kepenatan dan keletihan.. YES ^_^

Memandangkan penconteng warQah antara yang berjaya sampai awal ke checkpoint, maka sesi bergambar mengambil tempat lagi. IsTiMeWa untuk pembaca warQah daUn papYrus, aksi ini antara yang berjaya dirakamkan oleh LenSa warQah...

cuba teka yang mana satu pokcek?
Pasti ramai yang tidak tahu...!? Pada hari pendakian ke Puncak Gunung Chamah, Pak Kasim mengalami muntah² dan kekejangan kaki, mungkin gambar ini mampu menceritakan se(gala)²nya, “err...adakah Pak Kasim telah dipukul!?”

Kemudian perjalanan disambung untuk sampai ke waterpoint pertama kami, dimana telah disepakati bersama untuk kami solat dahulu di situ. Dalam jam lebih kurang 5.47pm; kami tiba di groundzero dan solat jama’ takhir di laksanakan secara berjemaah o,;”)_

mencuri masa untuk solat.. bukan mencuri dalam solat k!!
...perjalanan disambung sebelum malam menjelang...

alhamduliLlah, kami akhirnya tiba di Pos Rekom jam 7.18pm menurut waktu yang dirakamkan oleh camera milik ezuwan. Di mana kami cuma perlu berjalan lebih kurang 100-200m untuk sampai ke Kem Pak Kasim, yang mana telah diputuskan untuk kami bermalam dahulu di kem tersebut.

Info mengenai kem Pak Kasim; dibuka sendiri oleh Pak Kasim (+) mempunyai sumber air (+) tersorok.

p/s: Kebanyakan camera masih lagi tidak diaktifkan penggunaannya pada masa ini, kerana setiap pemilik camera mahukan camera mereka mempunyai hayat ketika tiba di puncak Chamah dan Ulu Sepat.

0 التعليقات: