Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, April 17, 2011

menipu.. kerna apa?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini saya rasa terpanggil untuk mengupas isu, sahabat menipu... sejujurnya bukan ingin meng’aibkan sesiapa, kerna tujuan penulisan ini dibuat adalah sebagai peringatan bersama. Terutama sekali untuk diri penconteng warQah sendiri. Selama ini juga apa sahaja hasil penulisan yang anda baca di atas lembaran warQah daUn papYrus adalah realiti kehidupan penulisnya. Baiklah, insyaALlah saya akan berusaha menjadikan perkongsian ini sebagai suatu yang bermanfaat dan i’tibar buat semua.
Sahabat yang dimaksudkan di atas ini boleh jadi juga saya yang bertindak sebagai sahabat kalian, jadi sila ambil perhatian ye!! Menipu, berbohong, berdusta adalah suku kata yang disusun dari aksara² kecil dengan tujuan dan maksud yang hampir sama; iaitu TIDAK MENYATAKAN KEBENARAN.
[sila bezakan perkataan² di atas dengan helah].
                Keburukan menipu ini mungkin tidak dapat dilihat kesannya pada yang menipu kecuali; bila seseorang cuba menipu pada orang yang telah mengetahui sesuatu kebenaran. Sila letakkan diri sahabat² pada pihak yang di tipu, sedang kebenaran telah pun jelas di dalam diri sahabat². Apakah pandangan sahabat² pada pihak yang menipu, pasti dan pasti memandang rendah padanya bukan!!
                Baiklah jika di atas tadi adalah keburukan bagi yang melaksanakan penipuan; apa pula tindakan kita sebagai pihak yang ditipu. Adakah layak bagi kita menghakimi perbuatan tersebut. TIDAK!! Kerna apa??
                Kerna kita juga manusia biasa, yang bisa melakukan kesilapan. Sesetengah orang berkata; penipuan adalah salah satu dari bahasa manusia. Jika tidak ketara pada tutur kata, pasti tampak bayangan dibadan mahupun muka. Penipuan boleh dikesan, bermakna jika seseorang menipu. Seseorang yang lain boleh mengenalpasti berlakunya penipuan. Persoalannya, bukan isu penipuan itu yang penting ye sahabat². TETAPI apa yang perlu diberi perhatiana adalah; dasar apakah yang menyebabkan seseorang itu sanggup MENIPU dalam tutur katanya. Hari ini adakah berlaku penipuan dalam gerak laku dan tutur kata kita, sama² muhabasah diri ^_^

4 التعليقات:

Nuryn Weida says:
at: April 18, 2011 at 11:55 AM said...

Penipuan itu sungguh menyakitkan. Thats why better be silent if kita x mampu nak berterus terang. Tapi, kita semua mmg x terlepas dri sifat menipu ni..

Unknown says:
at: April 19, 2011 at 9:00 AM said...

Sometimes orang tipu untuk melepaskan diri, sometime utk menyedapkan cite, tapi kalu aku la kena tipu depan2 dan aku tau yg sebenarnya..aku diam je...kang cakap kang, malu lak budak tu kantoi...hahha

نور فضيلا says:
at: April 21, 2011 at 12:12 AM said...

aku da slalu kena tipu wey, innocent sgt ke aku? huhu. plizla...

perindu_خلافة says:
at: April 28, 2011 at 12:08 AM said...

diam itu ibadah yang paling mudah..
namun adakalanya bicara menjadi perlu bila ia dapat merungkai gundah, menyelesai masalah dan mengelak fitnah... berkata berpada2, diam juga berpada2 ^_^