asSaLaMu’alaikum wbt... memandangkan isu panas di dalam negara kita pada hari ini adalah berkenaan dengan perhimpunan. Makanya saya ingin menulis sesuatu di atas layar warQah mengenai perkaitan di antara isu ini dengan tugas dan tanggungjawab kita sebagai Bloggers.
Sama ada sahabat² sedar atau tidak , penulisan entry oleh para bloggers amat memainkan peranan penting dalam pembentukan sosio-budaya sesebuah masyarakat bernegara seperti Malaysia. Ini kerana setiap apa yang dimuatkan di atas blog sahabat² akan menjadi bahan rujukan sesetengah pihak yang mahu mengambil tahu mengenai sesuatu isu. Andai kata pihak yang dimaksudkan itu hadir dari kalangan masyarakat desa yang kurang ilmu pengetahuan dan tidak dapat berfikir dengan cara terbuka, maka setiap ulasan yang diketengahkan melalui media alternatif ini akan dipercayai bulat² tanpa sebarang penolakan fakta. Ke-BAHAYA-an ini boleh berlaku, jika wujudnya kesilapan dalam penulisan dan pandang sisi ulasan yang tidak tepat dan berkepentingan peribadi. Kesalah fahaman yang timbul boleh mencetuskan keadaan kurang enak dalam perpaduan sesebuah masyarakat.
Blogger tidak lebih seperti membawa tugas seorang wartawan, menyebarkan pengetahuan mengenai sesuatu isu dan mengharapkan masyarakat memahami isu tersebut dengan cara terbaik adalah yang paling utama. (1)NIAT yang baik amat diperlukan, ini kerana jika sesuatu isu itu dibawakan atas kepentingan peribadi dan dikawal oleh emosi. Pastinya isu ini akan dipandang berat sebelah dan penerima maklumat akan dipaksa supaya berfikiran secara sempit. Selain daripada niat, cara mendapatkan bahan berita dan (2)ke-SAHIH-annya juga perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu isu itu diperbincangkan. Tindakan ini perlu diambil berat supaya tidak berlaku penyebaran maklumat yang salah kepada masyarakat.
Umum diketahui, segelintir sahabat bloggers gemar menjalankan proses ‘salin dan tampal’ (Copy & Paste) bagi menyebarkan sesuatu berita itu. Tindakan ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya penyebaran-luas informasi yang salah sehinggakan ia bercampur aduk dengan informasi yang benar. Dan lebih menakutkan; masyarakat penerima akan menjadi keliru dengan setiap informasi yang sampai kepada mereka, sehingga pada akhirnya nanti mereka akan menolak golongan bloggers kerana menyampaikan berita tidak tepat atau salah sama sekali. Justeru jika ada sahabat yang ingin menulis sesuatu isu dan menyampaikan maklumat tersebut kepada umum, pastikan anda adalah orang yang benar² pasti dengan apa yang ingin anda sampaikan. Satu dari caranya adalah berada di tempat kejadian, merakam dan merekodkan berdasarkan hasil penerimaan pancaindera anda sendiri.
Berhubung dengan isu perhimpunan yang dijadualkan berlaku pada hari Sabtu depan, pasti dan pasti ramai bloggers ingin mengutarakan isu itu buat meningkatkan jumlah trafik ke blog masing². Saya lebih menggalakkan sahabat² ke tempat kejadian bagi merekodkan keadaan sebenar yang berlaku. Itu adalah lebih baik. Namun jika tidak berkemampuan adalah lebih baik sahabat elakkan dari mengulas isu terbabit. Sebagai pesan di akhir tulisan, saya mengharapkan sahabat bloggers akan lebih bertanggungjawab dalam penyebaran sesuatu isu itu dan mengeluarkan ulasan yang lahir dari hati dan ‘aqal sahabat sendiri. Tidak kerana mengambil pandang sisi orang lain yang mungkin dipengaruhi oleh kepentingan peribadi dan emosi. Penulisan ini tidak hanya tertumpu kepada isu perhimpunan ini sahaja, malah membawa kepada penulisan yang lebih berhemah bagi setiap entry yang akan ditulis pada masa hadapan atas mana² isu sekalipun. Ingatlah; setiap apa yang diperlakukan oleh manusia diatas muka bumi ini akan ditimbang cara di akhirat kelak. Maka berhati-hatilah~
PENAFIAN: Saya tidak mengajak @ menggalakkan sahabat² untuk menyertai perhimpunan terbabit, tetapi lebih untuk berada di tempat sepatutnya bagi memastikan setiap inci dan sudut kawasan yang akan menjadi berita hangat itu punya pemerhatinya tersendiri. Di samping itu lengkapi juga diri kalian dengan kefahaman perlembagaan negara, tugas pasukan keselamatan dan hak masyarakat awam bagi memastikan pengulasan yang akan kalian lakukan nanti punya kredibilitinya tersendiri.
^_^ harapan dari seorang blogger
2 التعليقات:
at: July 4, 2011 at 12:04 AM said...
betul..betul..betul...
tapi best tau jadi radio berkarat ni..
kadang-kadang bole jadi batu api.. atau pun jadi air batu..
hihihi.. =p
at: July 4, 2011 at 1:30 AM said...
err BeSt!? bahaya tu miss...
Post a Comment