Melalui tinta pena layar warQah daUn papYrus™, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang mempermudah kan urusan saya ketika di Semenyih. Paling di ingati adalah abang ipar saya sendiri, yang sudi membenarkan saya tinggal di rumah beliau ketika mula-mula sesi pembelajaran di asrama SMK Engku Husain bermula.
Ucapan Terima Kasih juga saya tujukan kepada abang Romi bin Ishak yang menyediakan tempat tinggal sementara saya di asrama. Saya amat menghargai atas kepercayaan yang telah abang letakkan ke atas diri saya. Sesungguhnya proses renovasi mengejut itu bukan sahaja telah mengajar saya erti sebuah perancangan rapi malah turut mengheret saya untuk memandang lebih jauh ke hadapan.
Terima Kasih juga pada semua adik² aspura yang sudi memberi ruang dan peluang untuk abang mengenali diri masing² dengan lebih dekat. Disebabkan bilangan yang terlalu ramai jadi abang memilih untuk tidak menulis nama korang satu persatu kat atas warQah daUn papYrus™.
Juga saya tujukan ucapan Terima Kasih tak terhingga ini kepada semua yang membantu saya (adik-beradik) ketika kereta kami tersangkut di Semenyih malam tadi. Tanpa kehadiran dan bantuan yang disalurkan oleh Allah melalui hamba²-Nya seperti; Khairul Shahnan, Pakcik Razak dan Pakcik Din. Pasti keinginan untuk pulang bertemu mak dan abah di Melaka tidak kesampaian. Lebih teruk lagi, tiada tempat tinggal lain yang available ketika kami berdiri di bumi Semenyih malam tadi. ^_^
Terima kasih Tuhan.. kerana mempermudah kan urusan demi urusan, dalam usaha untuk diri ini menebus sebuah kesalahan, o,;”)_
0 التعليقات:
Post a Comment