Kedatangan
bulan Jun/Julai setiap tahun adalah antara period masa yang senantiasa ditunggu
oleh penconteng warQah daUn papYrus. Buat pengetahuan semua, kotak memori
penconteng warQah tidak pernah terpadam dalam merekodkan tarikh2 penting dalam
kehidupan beliau. Kemasukan ke Pusat Matrikulasi UIAM di Petaling Jaya (sekarang
dikenali sebagai Pusat Asasi UIAM), adalah antara kenangan terindah bila mana
cita2 yang diimpikan sejak zaman persekolahan tercapai. Tarikhnya adalah pada 2
Julai 2006. Ini bermaksud, kehadiran 2 Julai pada tahun ini menggenapkan usia 5
tahun penconteng warQah terikat dengan undang-undang di UIAM... =)
Kemasukan
pada tahun tersebut dari sahabat seperjuangan satu sekolah adalah 4 orang pada
awalnya; seorang ke kursus Sains Hayat [BioScience], seorang ke Undang-undang
[Law], seorang ke Kejuruteraan [Engineering] dan seorang lagi ke jurusan Seni
Bina [Architecture]. Namun sahabat yang sepatutnya mengikuti kursus seni bina
di Pusat Matrikulasi UIAM menarik diri untuk memasuki matrikulasi di bawah
penyeliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Maka tinggallah hanya 3 orang dari
kumpulan ini, yang sekarang telah pun menyambung pengajian masing2 di Kampus
Utama UIAM Gombak dan Kuantan. Namun delegasi bekas pelajar SMK Engku Husain yang
menyambung pengajian di Pusat Asasi UIAM PJ dan Nilai tidak terputus, memandangkan
masih terdapat junior penconteng warQah yang turut memilih Taman Ilmu dan Budi
sebagai tempat menuntut ilmu selepas zaman persekolahan. ^_^
Tanggal 29
Jun 2008 pula adalah saat dan ketikanya kaki penconteng warQah dijejakkan di
Kampus Utama UIAM Kuantan buat pertama kali. Sebagai pelajar tahun ke-3 di
universiti itu pada tahun ini, menjadikan mata penconteng warQah sebagai antara
saksi pembangunan rancak sebuah Taman Ilmu dan Budi yang baru di Bumi Belahan
Timur. Ternyata bermula dari 2 kompleks Mahallah (kolej kediaman) iaitu
Maimunah dan Talhah bersama 2 buah bangunan Kulliyyah (fakulti/sekolah bagi
sesetengah universiti); Kulliyyah of Medicine dan Kulliyyah of Science. Kini
percambahannya melebar ke Kulliyyah of Pharmacy (siap digunakan pada sesi 09/10),
Kulliyyah of Allied Health Sciences (telah digunakan sebahagian bangunan pada
sesi 10/11), Kulliyyah of Dentistry (masih belum dibuka), Bangunan Pentadbiran
(proses pemindahan), Masjid UIAM Kuantan (rujuk gambar menantikan sujud
pertama!), Pusat Asuhan Kanak-kanak (dibuka pada sesi 09/10), Sports Complex
(akan dibuka dalam sesi 11/12) dan One Stop Center (yang terhenti pembinaannya
atas sebab2 yang kurang pasti).
Tidak di
lupa juga adalah pembukaan Mahallah Talhah di IM (sesi 08/09)2 dan Mahallah at-Tabari
di IM7 (sesi 10\11). Buat pengetahuan sahabat2 (yang terlibat); ura-ura yang
mengatakan bahawa Mahallah at-Tabari (lebih dikenali sebagai Mahallah Franky)
akan dipisahkan dari Pentadbiran Mahallah Talhah masih di peringkat
perbincangan yang masih belum diputuskan secara rasmi. Harap maklum... andai
perkara ini berlaku nanti bermakna Mahallah at-Tabari akan mempunyai logonya
sendiri, MRC-nya sendiri, dan pentadbiran yang akan di ketuai Principal
Mahallah Talhah hari ini; Ustaz Ali.
0 التعليقات:
Post a Comment