Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, June 11, 2011

Kempen Derma Darah Hospital Kajang (Jun)

KEMPEN DERMA DARAH...di HOSPITAL KAJANG
Pada 14 Jun 2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang

Tahu kah sahabat²... kesedaran mengenai pendermaan darah di negara kita masih di tahap rendah. Sehubungan itu, penconteng warQah menyeru kepada sahabat² semua yang ber‘kemampuan’ melaksanakan dan melakukan proses pendermaan darah, silalah melakukannya dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan. Percayalah jika ia bukan untuk diri sahabat² atau saudara mara terdekat, ia masih lagi satu keperluan buat manusia sejagat.

Selama seminggu ditempatkan di unit Tabung Darah Hospital Kajang, penconteng warQah dapat merasakan bahwa kepentingan darah kepada pesakit² hemofilia, Von Willebrand disease, etc; adalah sama penting seperti perlunya oxygen dan air dalam kehidupan seharian manusia. Selain dari itu, darah juga menjadi penyambung hayat bagi mangsa² kemalangan jalan raya yang telah kehilangan darah dalam kuantiti yang banyak.
Pentingnya pendermaan darah di kalangan orang awam, adalah bagi mengisi ruang kosong Tabung Darah Negara dalam memastikan mereka yang memerlukan tidak terputus bekalan. Satu beg darah yang anda dermakan, dapat diguna bagi menyelamatkan 3 nyawa saudara kita. insyaALlah~  



Selamat menderma ^_^

6 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: June 11, 2011 at 11:44 PM said...

wah seronoknya!! rizqan sila derma ye? huhu ade 26 trainees kan? insyaAllah dapat selamatkan 78 nyawa kalau semua menderma huhu (^-^)

perindu_خلافة says:
at: June 12, 2011 at 12:01 AM said...

lyana.. rizQan x boleh derma skrg ni coz baru je lepas derma utk kempen bulan lepas, sila refer kat sini kempen derma darah HKJ.. huhu,

insyaAllah, rizQan plan nak adakan blood donation campaign kat uia, balik sept ni ^_^ pakat support ramai2 yuk~

Shila says:
at: June 12, 2011 at 7:30 AM said...

aaaaaaaaaaa..

teringin nk derma..tp takut..!!!

huhuhu

perindu_خلافة says:
at: June 12, 2011 at 8:31 AM said...

miss --> x perlu takut sbenarnya, sbb memang xde apa yg perlu ditakutkan.. rasa sakit sekadar cubitan masa jarum tu masuk je.. lpas tu ok la, ^_^

Norlyana Nasrin says:
at: June 12, 2011 at 1:23 PM said...

ooo lupe2..
ok2 insyaAllah kte join (^-^)

perindu_خلافة says:
at: June 12, 2011 at 5:09 PM said...

@Norlyana Nasrin TERBAIK !!