Sementara duduk menunggu kehadiran abang ipar untuk menjemputku pulang hari ini, sempat jugak aku meluang masa merenung sesuatu; bukan masa depan, bukan jugak masa lalu. Tapi aku merenung saat yang ada tu... TIBA²,
aku terpandangkan seekor burung yang sedang sibuk menikmati santapannya tidak jauh dari bangku tempat aku bersemayam.. err~ duduk sebenarnya 
...tertarik untukku Qisah-kan kat atas warQah ni adalah kerana yang dicatuknya adalah tanah semata [mungkin pada pandangan aku macam tu], sibuk dengan catukan demi catukan ke atas tanah tu. Sehinggakan lalu-lalang manusia yang sibuk di HKJ sedikit pun tidak mengganggu atau menakutkan burung tersebut, malah terus-terusan sahaja aku melihat burung tersebut mencatuk apa yang kusangkakan adalah rezeqinya pada hari ini. Setelah hampir 7 minit aku menatapnya, aku melarikan anak mataku melihat keadaan sekeliling... SIBUK, masing² dengan hal sendiri. Ustaz aku istilahkan; nafsi²~ sehingga saat dan ketika itu, nama burung tersebut tidak langsung terlintas dalam mindaku 
“Itulah burung merbuk!” kedengaran suara garau seorang lelaki namun masih bernada manja. Sibuk melayan puterinya yang tiga.. perkataannya itu tertancap ke cuping telinga ku. “Oh/..!” Qalbu ku mengiakan pernyataan seorang bapa muda.
Bukan “Oh/..” ku itu buat pengetahuan kepada nama burung yang masih mencatuk, TAPI ia sebagai tanda kesima yang hadir tatkala melihat puteri² kecilnya yang bertudung litup rapat~ CoMeL 
p/s: Mampu kah aku berdiri sebagai bapa muda tersebut?
Monolog lagi sebutir Qalbu... psst hari ni 30 Jamadil akhir 1432,
4 التعليقات:
at: June 3, 2011 at 8:28 AM said...
insyaAllah. :))
at: June 4, 2011 at 5:21 AM said...
insyaAllah..lagi 1 awak kne kawen dl br tau...huhuhu
at: June 4, 2011 at 8:43 PM said...
insyaALlah..
huhu nikah ea lyana, otw dah ni >_<
at: June 8, 2011 at 9:53 PM said...
huhu mcm x lama lagi je...ngehehehehehe
(^.^)
Post a Comment