Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, ‘akal dan Hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
‘akal : السلام عليكم , sahabat.
Hati : وعليكم السلام…
‘akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
‘akal bertanya sekali lagi.
‘akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
‘akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
‘akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. DIA yang haqiqi, juga dia yang entah kemana akhirnya..
‘akal : Tidak mengapa, itukah fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiran melayang terbang jauh ke angkasa. Kadang disaat ‘ibadah juga aku sering teringat dia.
‘akal : Diantara cintamu padanya, juga cintamu pada-Nya; cinta pada-Nya kan lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana ALlah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
‘akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
‘akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
‘akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu juga yang aku rasa.
‘akal : Apa kau tahu apa pula ‘ibadah?
Hati : Orang kata ‘ibadah itu taat dan patuh.
‘akal : ‘ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
‘akal : ‘ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai ‘akal?
‘akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana ALlah, apa kau ada mengadu kepada-Nya?
Hati : Aku sudah puas berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
‘akal : Apa kau berdoa kepada-Nya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipat-gandakan ‘ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
‘akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana ALlah. Sedangkan kau mengabaikan DIA ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali ALlah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali ALlah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
‘akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada ALlah. ALlah menarik cintamu kerana ALlah lebih mencintaimu. ALlah merindui doa dan tangisan hamba-Nya. ALlah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepada-Nya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
Sumber cerita ini: Internet
6 التعليقات:
at: June 1, 2011 at 10:32 AM said...
insaf....
T__T
terima kasih atas peringatan ini..
at: June 1, 2011 at 7:35 PM said...
walau pun dah byak kali baca,, tak pernah jemu....
:)
thanks >,<
at: June 1, 2011 at 10:11 PM said...
@missSenget +
@Atiqah Ali
yup menginsafkan, T_T
p/s: penconteng warQah minx maaf sebab byk entry yg di copy dari tebaran artikel menarik di internet lately, kesempitan masa yg xdapat dielakkn :(
at: June 2, 2011 at 10:29 AM said...
perkongsian bersama.tq rizQan :))
at: June 3, 2011 at 10:13 AM said...
like it... maybe lebih kurang http://nurynweida.wordpress.com/2010/06/14/mainan-jiwa/
at: June 4, 2011 at 9:20 PM said...
aien --> yg dalam blog aien tu lagi padat isi dia.. terima kasih cz kongsikn link tu dgn rizQan, really appreciate ^_^
p/s: kawan2 pn pegilah bukak link yg aien share tu ye, untuk kesedaran bersama :P
Post a Comment