warQah ini ku coretkan istimewa buat anak-anakku; para PenCinta Tuhan...
TaNaH AiR-mu yang semalam mungkin gelap bak di sorot sinar malap, bukan kerna tiada usaha menyuluh cahya; cuma ramai dari bangsa-mu terlena dalam jaga. Mereka akur dengan apa yang di dengar, dan percaya apa yang di lihat~ sedang berdirinya antara mereka; golongan ke-3 yang punya agenda men-jahanamkan sebuah agama. Rambut berjurai gerbang, dada terbelah dedah, agama sekadar sembang... Jelas-jelas menentang ALlah!!
Begitu lantang manusia ingkar ini menyebut mengenai sebuah negara Islam, begitu lancang manusia ini menghina ulama’ terbilang, begitu jalang manusia ini mempermainkan agama yang perlu dijulang. Sebab di antara mereka ada kefahaman tidak diberi, petunjuk se-olah menjauh diri~
Na’uzubillahi min zalik,
Anak-ku...
ketahuilah; dari melihat lelaki fasiq bertopi hitam menunjangi daulah,
papa-mu lebih rela di perintah Muslim dari sebelah bumi Timur Tengah,
atau seorang Muslim dan Mukmin adil dari ceruk tanah afriqiyyah,
selagi Islamnya hanya untuk Allah~
papa-mu percaya, dari Tuhan Pemilik Alam..
Pilihan-Nya adalah selayak Khaleefah,
Revolusi itu hampir anak-ku,
Bukan suara, bukan fizikal..
Tapi sebuah revolusi pemikiran,
Kedalaman dan ketajaman minda anak muda kian menyerlah,
Moga fitrah itu berkembang, mekar, segar dan membugar~
dalam menyelak helaian hikmah; dijadikan manusia yang ingkar Allah!!
Anak-ku...
andai ada ‘ibrah dari golongan mereka ini,
Maka ambillah,
kerna papa tetap percaya bahawa anak-anak papa ini adalah dari kalangan ulul-albab,
P/s: Coretan yang sepatutnya di postkan pada 9 Jun 2028 (Jumaat)
3 التعليقات:
at: June 9, 2011 at 9:29 PM said...
takpa..
make sure blog ni x ditutup sehingga 2028... :)
at: June 9, 2011 at 9:39 PM said...
saya suka (^-^)
insyaAllah evolusi pemikiran semakin berkembang..
at: June 9, 2011 at 9:45 PM said...
@missSenget insyaALlah miss, sy akan cuba sedaya upaya mempertahankan blog warQah daUn papYrus ni, andaikata terputus hubungan miss boleh cari saya di Qaryah Qalbu yuk ^_*
@Norlyana Nasrin ..bukan untuk kita aje, tp insyaALlah untuk semua.. :D
Post a Comment