Ada satu hadis yang disabdakan Nabi Muhammad punya maksud lebih kurang dengan pernyataan ini. “..menuntut ilmu itu perlu dilakukan sedari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad..!!”. Adakah tugas manusia hanya perlu menuntut ilmu sahaja ketika hidupnya di dunia ni. Hah kawan.. jangan buat² tak tahu oK, sedia maklum sebagai Muslim kita dah pun diberitakan mengenai 2 (dua) TUGAS UTAMA kita kat atas muka bumi ni. Pertama adalah sebagai Khalifah; yakni mentadbir bumi Allah dan segala isinya seperti mana yang disyariatkan melalui pimpinan para Rasul dan kitab suci. Kedua pula adalah sebagai hamba-Nya; yakni tunduk sujud menyerahkan diri kepada-Nya dalam apa jua keadaan.
Jadi ada yang bertanya; bila masa kita nak tuntut ilmu kalau macam tu!? weyH kawan.. tuntut ilmu tu senantiasa la, ilmu Tuhan kan banyak. Setiap detik dan saat kita boleh belajar/mengaji atau apa istilah pun yang kita biasa gunakan dalam erti kata mencari ilmu~.
Cara nak menyuap makanan.. Perlu!!, cara nak buang air.. Perlu!!, cara menggunakan tangga.. Perlu!!, cara mengesan penipuan.. Perlu!!, cara menjaga hati kawan.. Perlu!!, cara memasak nasi goreng.. Perlu!!, cara menghidupkan api.. Perlu!!, cara bermain catur.. Perlu!!, cara mengetuk paku.. Perlu!!, cara meniup wisel.. Perlu!!, cara nak melintas jalan.. Perlu!!... pendek kata setiap ilmu tu adalah keperluan. Tentang bagaimana cara ia diaplikasikan, Tuhan serahkan pada Qalbu insan; sama ada mahu mengikut kata ‘aqal sebagai teman atau nafsu sebagai hasutan. Hah.. dengan ilmu² ini lah kita sebagai manusia boleh gunakan ia dalam memastikan tugas sebagai Khalifah dan hamba dapat dijalankan; dengan sempurna~ jadi bersama la kita mencari ilmu yuk.. tak kira kat mana pun kita berada.
Orang tua² kata “Membaca itu Jambatan Ilmu”.. tapi tu orang tua yang kata, sebenarnya yang lebih penting kita perlu tahu apa yang Tuhan kata UNTUK KITA~
096.001 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
096.001 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-
096.002 خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
096.002 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:
096.003 اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ
096.003 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-
096.004 الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
096.004 He Who taught (the use of) the pen,-
096.005 عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
096.005 Taught man that which he knew not.
Al-Qur'an, 096.001-005 (Al-Alaq [The Clot, Read])
4 التعليقات:
at: June 8, 2011 at 7:45 PM said...
setuju dgn rizQan.menuntut ilmu xsemestinya perlu ke sekolah. Hari2 kita belajar benda baru. Pengalaman merupakan cikgu terbaik dalam mendidik kita supaya lebih dewasa dan bersedia dengan cabaran ^___^
at: June 8, 2011 at 9:47 PM said...
menimba ilmu x kira masa ma~~~
huhu gambatte!!!
at: June 8, 2011 at 11:02 PM said...
@ejatie huhu apa yg rizQan tulis kat sini pun adalah sebahagian drpd ilmu yg rizQan dapat dari dunia luar pagar skolah, pengalaman luar dewan kuliyah..
hohoi, lupa plak as a bloggers pun kita boleh kongsi dan dapatkn ilmu baru dr sahabat bloggers yg lain ^_^
at: June 8, 2011 at 11:04 PM said...
@lyana betul!! x kira masa, dimana jua.. huhu :D
Post a Comment