Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, August 2, 2011

tulisan buat 'kesayanganku'


                Bukan sedikit beban berat yang terpaksa dihadapi oleh seseorang dalam usaha memperbaiki kesilapan masa lalu. Lihat sahaja cemuhan demi cemuhan, kata nista yang dilempar merata, se olah manusia itu tidak lagi punya peluang untuk berubah; tidak punya hak untuk mendekati Allah.
SEMALAM dua orang sahabat ber‘senggama’ melakukan dosa, tanpa sedikit keterpaksaan; yakin ku bahawa ia rela dengan rela. Namun HARI INI tatkala salah seorang darinya mahu bertaubat dan berubah. Seorang yang diyakini mampu bertindak sebagai seorang sahabat yang baik, rupanya bertindak bagai api dalam sekam. Bergerak tanpa disedari, menikam sahabatnya demi memuaskan sang nafsu peribadi. Tugasnya hanya membawa kebinasaan, diperdengarkan dosa silam agar sang sahabat terus-terusan memendam dendam.
Penulisan ini bukan sekadar omongan kosong wahai sahabat, penulisan ku ini bertujuan menegur perbuatan mu yang kian jauh tersesat. Dahulu diri mu pernah berpesan, bahawa kau telah sedar dari lamunan mimpi panjang. Usaha ku untuk membantu mu ikhlas datang dari lubuk hati, agar nanti tangan mu tidak lagi menyentap tangan ku di kala tiada lagi peluang melarikan diri; iaitu pabila kedua kaki mu berdiri di tepian gigi² api~
Jika takdir ku jelas bahawa ini adalah Ramadhan terakhir buat roh dan jasad ini, maka pesan ku tertulis buat ‘kesayanganku’.. 

“...berubahlah dari perangai buruk yang membelenggu...”

3 التعليقات:

Unknown says:
at: August 2, 2011 at 4:00 PM said...

yang payahnya pabila seseorang nak berubah tetapi terhalang sebab rakan~
mmm~

{she-who-must-not-be-named} says:
at: August 2, 2011 at 6:02 PM said...

btol tu.selalunya rakan2 yang akan halang kita dari berubah.tp dalam bnyk2 yang halang, ada segelintir rakan2 yg selalu galakkan kita berubah :)

perindu_خلافة says:
at: August 4, 2011 at 6:00 PM said...

erm maaf ea sahabat², asalnya tidak mahu membalas comment kalian.. sbb artikel ini saya tujukan directly pada seseorang =_=',

harapan saya semoga ada perubahan jika yang dituju membacanya dgn berlapang dada T_T