Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, August 8, 2011

teratak dari sudut pandang -kay/KAMK-


Teratak tersebut nun jauh diatas
Pernah dianggap mustahil untuk dilaksanakan
Namun segalanya berjalan dengan lancar
Aku bukanlah penghuni teratak tersebut
Tetapi aku pemerhati di teratak tersebut
Kerana kebanyakan penghuni di sana adalah insan bergelar rakan
Dan adikku juga pernah menghuni teratak tersebut
Aku suka memerhati insan-insan yang menetap di teratak tersebut
Hidup mengikut jadual
Hidup berperaturan
Namun mereka tetap tersenyum
Namun mereka tetap boleh bergelak tawa
Di teratak tersebut silaturrahim tercipta
Di teratak tersebut kasih sayang dilahirkan
Dalam banyak perkara yang aku perhatikan pada penghuni teratak
Ada satu perkara yang aku suka dan aku jadikan sebagai salah satu amalanku sehingga hari ini
Budaya bersalaman dan mencium tangan mereka yang lebih tua walaupun beza umurnya hanya setahun
Aku kagum bagaimana mereka di teratak boleh disemai sikap yang sebegitu rupa
Aku kagum dengan ikatan kekeluargaan yang mereka ciptakan
Aku kagum melihat ketabahan mereka walaupun dimarahi, dimaki mereka masih lagi mampu tersenyum
Dan sehingga hari ini aku masih lagi kagum dengan mereka kerana berjaya mengekalkan silaturrahim tersebut walaupun berjauhan antara satu sama lain
Sehingga ke hari ini teratak tersebut masih lagi kukuh berdiri mengabdikan diri demi penghuninya...

Perkongsian di atas layar warQah telah pun mendapat keizinan dari
-kay/KAMK-

P/s : tertarik untuk saya bawakan ke atas layar warQah dan kongsikan dengan anda semua, nukilan mengenai Teratak D’puncak yang punya pandang sisi berbeza. Kerana penulis (kay/KAMK) bukanlah bekas pelajar yang pernah menghuni teratak yang dimaksudkan tetapi sanggup menitipkan sesuatu melalui tinta pena maya beliau. ^_^

3 التعليقات:

Unknown says:
at: August 9, 2011 at 10:33 AM said...

teratak dalam 2 entry ni terbaru merujuk kepada apekah??
*curios~ hahah

ruriko shin says:
at: August 9, 2011 at 5:02 PM said...

rindunye kat ostel..btl la kan..even dah lame tinggalkan tapi ukhwah kite semua ttp erat kan..tu la kelebihan ostel smkeh ^_~

perindu_خلافة says:
at: August 9, 2011 at 5:20 PM said...

to Ruby...
teratak dalam entry tu mereka refer pada asrama sekolah tempat penconteng warQah belajar dulu, tempat ke-2 paling bahagia yg pernah dirasa selepas rumah sendiri :)

to ruriko shin...
insyaALlah najlaa, selagi mana ukhuwah kita berpaksikan liLlahhi ta'ala, ukhuwah tu pasti xkan berpenghujung ^_^