Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, March 20, 2011

respect ke re-spec? (II)

                ada yang menyatakan bahawa, sahabat yang baik adalah apabila kita membuat kesalahan maka kesalahan kita itu akan ditegur. BENARkah? Setiap sesuatu itu terlalu subjektif untuk di elaborasi, namun ‘penconteng’ warQah mengambil pendekatan mudah dengan mengatakan bahwa teguran seseorang sahabat kepada sahabat yang lain adalah salah satu dari kriteria penting untuk dikategorikan sebagai seorang sahabat yang baik. Dalam teguran seperti ini;

kadang² aku pandang tinggi kat ko (kedudukan),
tapi ada masenya aku cam hilang hormat plak!”

                sekelumit perasaan jujur dan ikhlas nampaknya telah diadun bersama, tiada lagi selindung di antara mereka melainkan apa yang sepatutnya diselindungkan. Persoalan mengenai respect ini juga terlalu subjektif untuk diperbincangkan, jadi bagi menerangkan apa yang kabur dan menjernihkan sesuatu yang keruh. Mari kita ambil suatu contoh; pasti di antara ramai sahabat kita terdapat beberapa kerat sahabat yang memang punya tsiqah yang tinggi, setiap kali kita memandangnya atau sekali mendengar namanya. Maka wujud suatu perasaan hormat kepadanya, pernahkah perkara seperti ini terjadi kepada anda? ‘penconteng’ warQah tinggalkan soalan ini dahulu kepada anda untuk difikir dan di renungkan...
BERSAMBUNG...

Sempat melawat ke sebuah taman yang indah,
gambar ini satu2nya untuk dikongsikan dengan pembaca warQah

0 التعليقات: