Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, March 23, 2011

I LOVE YOU MALAYSIA - Zaid Najmuddin Zul Akmal

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bertemu lagi kita di dalam pertandingan akhir
Teka-meneka Teki-meneki~
Tepuk (4x)

Kalau dulu jawapannya adalah bedak sejuk!
Kali ini, cuba teka.. ini ape? (tisu..)
Tisu? Em.em.em.. (kertas warne)
Kertas warne? Aiyoyoo banyak salah mak~
Jawapannya adalah;
Kelopak.. Bunga.. tepuk lagi (3x)

Kita tak tahu yang ini adalah kelopak bunga;
Kerana kecantikan dan keindahan Bunga Raya..
..atau Bunga Kebangsaan ini hilang jika ia hanya sekelopak bunga!
Betul tak kawan²? (Betol..)

Hah, Kita pun macam Bunga Rayalah
Tatkala kita bersatu dan berpadu,
Segala rintangan dapat kita tempuh dan kita rempuh;
dengan jayanya!
Namun kalau kita tinggal satu,
Kita pula bakal ditempuh dan dirempuh dengan rakusnya!

Sekolopak bunga raya pasti wanginya kurang,
Begitulah juga dengan ummat yang berpecah-belah.. pasti kecundang!

.. umat berpecah, umat yang kalah,
.. umat bersatu, umat yang padu..
..tautan mesra, tautan ukhuwah;
.. jadikan kita tak akan musnah..

Janganlah kita asyik bercakap tentang bersatu, bersatu dan bersatu;
Kalau nak bersama dirikan sembahyang pun, kita tak mampu!
JOM..
kita mulakan dengan solat berjemaah disurau dan di masjid!!
Tatkala laungan;

حي على الصلاة

Kita dengan semangat melangkah, untuk bersatu mengadap Allah!

حي على الفلاح
Kita bergandingan bahu, berpimpinan tangan menuju kejayaan!

Ingat!!
Bagaimana laungan takbir,
250 000 tentera Sultan Muhammad al-Fateh..
Yang menggegarkan bumi dan menggetarkan hati;
..musuh di Constantinople,

INGAT!!
Bagaimana keutuhan..
tentera Salahuddin al-Ayyubi,
Yang solat berjemaah;
sehingga menggeletar tentera salib memandang,
Hebat tak kawan²? (Hebat..)

Kalau hebat tepuk tangan menggunakan satu jari macam ni,
k tepuk (3x)
ok sekarang 2 jari yaa.. laju lagi 3x
ok 3 jari yaa..
ok sekarang 4 jari,
ok 5 jari ya tepukan paling gemuruh..

ok thanku you,
thank you 3x so much.
thank you for support!!
Muah 2x

Sebenarnya zaid gurau je,
Sebenarnya zaid bukan nak di puji,
Tapi nak tunjukkan bukti,
Kalau kita bersatu hati..
Kita lebih kukuh daripada tembok besi!
Sepertimana Firman ALlah di dalam Surah as-Saff ayat 4;

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا
كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

صدق الله العظيم

Dan ibu².. bapa²..
Para pemimpin dan yang dipimpin..
Saya mewakili kanak² dan remaja Malaysia;
memohon..
Agar tuan².. puan².. tautkanlah tali kesepaduan,
Demi masa depan kami;
anak cucumu..
INGAT!!
Inilah kesepaduan kita
Jangan di robek²kan kelopak ini..
Kerana;
Ia mesti bercantum bersama..

JANGAN SAMPAI..
Kesepaduan umat bertukar lumat,
JANGAN SAMPAI..
Kesejahteraan negara bertukar sengsara dan keharmonian bangsa bertukar binasa;
BIAR.. Kita berbeza pendapat tetapi kekal sepakat,
Mari lafazkan ber-sama²,

I LOVE YOU MALAYSIA (I LOVE YOU MALAYSIA)
I LOVE YOU ISLAM (I LOVE YOU ISLAM)
satu Malaysia, satu Ummah!
“Its all about your mind!”

Sekian
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Sesuatu yang mungkin sahabat² tidak mengetahui adalah; sewaktu pertandingan akhir Pentas Adik-adikku Musim ke-2 ini berlangsung. Iaitu 22 march 2011 bersamaan dengan 17 Rabi’ul akhir 1432 adalah tarikh penggenap usia Daie muda ini mencapai umurnya yang ke 12 tahun. ^_^

Sanah Helwah Zaid Najmuddin

0 التعليقات: