Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, March 10, 2011

Bedak Sejuk..!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dan selamat menonton rancangan Teka-meneka, Teki-meneki...

Soalan pada minggu ini, cuba teka ini apa? (guli..). Guli!? Bukan~
(bola kecil..). Bola kecil!? Tak bukan~
(Tahi hidung..) tahi idung!? Euww~ salah bukan!
Jawapannya adalah bedak sejukkk!!

Nak tahu tak sebab apa kawan² tak boleh jawab?
Sebab bedak sejuk hanya akan berfungsi menjadi bedak sejuk apabila ia berada dalam kuantiti yang banyak yang diletakkan dalam satu bekas.
Betul atau tidak? (betul!!)

Hadhirin dan hadhirat,
begitulah jugak dengan *manusia* yang hanya mampu mencapai kecemerlangan, kegemilangan, keterbilangan apabila Bersatu di Bawah Naungan Tali ALlah
dan inilah yang dialungkan oleh Islam tercinta.
Islam menganjurkan kita supaya bersatu diBawah Naungan tali ALlah,

sepertimana Firman Pencipta:


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُم

صدق الله العظيم

Allah mahu kita bersatu dan ALlah tidak mahu kita berpecah belah.
Tapikan itu yang ALLah mahu..
bagaimana pula dengan hamba-hamba-Nya?
sebab tali ini nampak gayanya ramai yang rasa dirinya terlalu mulia sampai nak bermasyarakat dengan jiran tetangga pun rasa berdosa.
Dan hari ini nampak gayanya ramai yang takabbur tak pernah minta maaf,
kalau bercakap asyik terlanjur.
Dan hari ini nampak gayanya,
ramai yang gila pangkat, seolah-olah kalau tak dapat, jiwa rasa tersekat.Mana mungkin satu ummah yang muhibbah jika seperti ini perangai anggota2nya.

Justeru untuk memastikan ummah yang unggul ini teruss hidup,
marilah kita bersatu hati, bersatu tindakan, bersatu perjuangan;
menegakkan yang hak dan membasmi yang batil.

Jadilah seperti bedak sejuk, ianya bersih, suci dan putih
dan ia akan berfungsi menjadi peranan yang sebenar bila bersatu dengan yang lain yang juga bersih, suci dan putih.
Daripada mikro yang hebat bergabung menjadi makro yang ‘mantop’.
Jom kita bersatu, kerana ummat kita begitu berharga!

Sekian
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Serta salam Perpaduan

“It’s all about your mind!”

Zaid Najmuddin bin Zul Akmal

0 التعليقات: