Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, March 23, 2011

I LOVE YOU MALAYSIA - Zaid Najmuddin Zul Akmal

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bertemu lagi kita di dalam pertandingan akhir
Teka-meneka Teki-meneki~
Tepuk (4x)

Kalau dulu jawapannya adalah bedak sejuk!
Kali ini, cuba teka.. ini ape? (tisu..)
Tisu? Em.em.em.. (kertas warne)
Kertas warne? Aiyoyoo banyak salah mak~
Jawapannya adalah;
Kelopak.. Bunga.. tepuk lagi (3x)

Kita tak tahu yang ini adalah kelopak bunga;
Kerana kecantikan dan keindahan Bunga Raya..
..atau Bunga Kebangsaan ini hilang jika ia hanya sekelopak bunga!
Betul tak kawan²? (Betol..)

Hah, Kita pun macam Bunga Rayalah
Tatkala kita bersatu dan berpadu,
Segala rintangan dapat kita tempuh dan kita rempuh;
dengan jayanya!
Namun kalau kita tinggal satu,
Kita pula bakal ditempuh dan dirempuh dengan rakusnya!

Sekolopak bunga raya pasti wanginya kurang,
Begitulah juga dengan ummat yang berpecah-belah.. pasti kecundang!

.. umat berpecah, umat yang kalah,
.. umat bersatu, umat yang padu..
..tautan mesra, tautan ukhuwah;
.. jadikan kita tak akan musnah..

Janganlah kita asyik bercakap tentang bersatu, bersatu dan bersatu;
Kalau nak bersama dirikan sembahyang pun, kita tak mampu!
JOM..
kita mulakan dengan solat berjemaah disurau dan di masjid!!
Tatkala laungan;

حي على الصلاة

Kita dengan semangat melangkah, untuk bersatu mengadap Allah!

حي على الفلاح
Kita bergandingan bahu, berpimpinan tangan menuju kejayaan!

Ingat!!
Bagaimana laungan takbir,
250 000 tentera Sultan Muhammad al-Fateh..
Yang menggegarkan bumi dan menggetarkan hati;
..musuh di Constantinople,

INGAT!!
Bagaimana keutuhan..
tentera Salahuddin al-Ayyubi,
Yang solat berjemaah;
sehingga menggeletar tentera salib memandang,
Hebat tak kawan²? (Hebat..)

Kalau hebat tepuk tangan menggunakan satu jari macam ni,
k tepuk (3x)
ok sekarang 2 jari yaa.. laju lagi 3x
ok 3 jari yaa..
ok sekarang 4 jari,
ok 5 jari ya tepukan paling gemuruh..

ok thanku you,
thank you 3x so much.
thank you for support!!
Muah 2x

Sebenarnya zaid gurau je,
Sebenarnya zaid bukan nak di puji,
Tapi nak tunjukkan bukti,
Kalau kita bersatu hati..
Kita lebih kukuh daripada tembok besi!
Sepertimana Firman ALlah di dalam Surah as-Saff ayat 4;

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا
كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

صدق الله العظيم

Dan ibu².. bapa²..
Para pemimpin dan yang dipimpin..
Saya mewakili kanak² dan remaja Malaysia;
memohon..
Agar tuan².. puan².. tautkanlah tali kesepaduan,
Demi masa depan kami;
anak cucumu..
INGAT!!
Inilah kesepaduan kita
Jangan di robek²kan kelopak ini..
Kerana;
Ia mesti bercantum bersama..

JANGAN SAMPAI..
Kesepaduan umat bertukar lumat,
JANGAN SAMPAI..
Kesejahteraan negara bertukar sengsara dan keharmonian bangsa bertukar binasa;
BIAR.. Kita berbeza pendapat tetapi kekal sepakat,
Mari lafazkan ber-sama²,

I LOVE YOU MALAYSIA (I LOVE YOU MALAYSIA)
I LOVE YOU ISLAM (I LOVE YOU ISLAM)
satu Malaysia, satu Ummah!
“Its all about your mind!”

Sekian
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Sesuatu yang mungkin sahabat² tidak mengetahui adalah; sewaktu pertandingan akhir Pentas Adik-adikku Musim ke-2 ini berlangsung. Iaitu 22 march 2011 bersamaan dengan 17 Rabi’ul akhir 1432 adalah tarikh penggenap usia Daie muda ini mencapai umurnya yang ke 12 tahun. ^_^

Sanah Helwah Zaid Najmuddin

ada hijab yang perlu difikirkan...

            Peristiwa semalam telah menjentik Qalbu sang ‘penconteng’ warQah, entah kenapa dan mengapa; dapatku rasakan bahwa aku sedang berdiri ditengah lautan manusia. Tanpa sedar dan penuh keterlekaan itu; aku menelanjangi diri sendiri dihadapan mereka. Seperti juga kawasansaya, mukabuku dan sebagainya, medium ini yang asasnya baik telah menjadi sarang kumpulan dosa. Kerna sifat manusia itu yang sering menyalahguna... (2:11)
Huruf bertemu aksara; membentuk perkataan dan kalimah bermakna~ menjadi pendorong diri dikuasai nafsu, dan rahsia diri seolah tidak berharga.. adakah matlamat menghalalkan cara?? TIDAK bukan matlamat yang dilihat Tuhan, tapi pekerjaan ke arah matlamat itu yang menjadi perkiraan!!. Sekali tidak pernah hilang pesan ini dari memoriku~ Cuma terkadang, disimpan kemas sekadar perhiasan...
dari puncak kehebatan dunia tanpa sempadan, dari kedalaman maksud rahsia perkongsian, dari kehilangan hijab lelaki dan perempuan, dari nikmat leka sebuah taman, mereka menjadikan agama bahan perbualan.. sebagai modal mengatakan mereka berhak memperkatakan, mendekatkan jarak dari apa yang telah dijauhkan, aku~ kamu~ dan mereka~ seolah lupa yang kita punya TUHAN T_T


Penulisan terakhir dari ‘penconteng’ warQah; dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya sepanjang menguruskan penulisan diatas warQah daUn papYrus. Pesan sahabat saya mengingatkan saya pada suatu yang saya telah lama lupa;

‘...tidak semua perkara boleh dikongsikan,
adakalanya tidak mengetahui itu lebih baik bagi diri kamu dan mereka...’

            penutupan warQah daUn papYrus ini bukanlah atas desakan sesiapa melainkan atas kerelaan hati ‘penconteng’ warQah sendiri, setelah memikirkan sedalam-dalamnya, barulah saya tersedar yang selama ini saya seakan terlupa hijab diantara seorang lelaki dan perempuan... saya minta maaf diatas sebarang ketelanjuran kata dan gurauan yang melebihi batas, bagi sambungan entry yang terputus itu.. adalah lebih baik bagi kalian berjumpa dan bertemu empat mata dengan saya agar dapat dihabiskan entry itu melalui penceritaan lisan ^_^

السلام عليكم
Monday, March 21, 2011

Tell Me Why - Declan Galbraith

In my dreams, Children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue, the fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why

Every day, I ask myself
what will I have to do to be a man
Do I have, to stand and fight
To prove to everybody who I am
Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why,(why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Just tell me why (why, why, why)

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)

Can someone tell us why we let the forests burn

(why why do we say we care?) tell me why
(why why do we stand and stare?) tell me why
(why why do the dolphins cry?) tell me why
can someone tell us why we let the ocean die

(why why if we're all the same?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never end?)
can someone tell us why we cannot just be friends

(why why do we close our eyes?)
(why why do we really lie?)
(why why do we fight for land?)
can someone tell us why cause we don't understand

why why?

Sunday, March 20, 2011

respect ke re-spec? (II)

                ada yang menyatakan bahawa, sahabat yang baik adalah apabila kita membuat kesalahan maka kesalahan kita itu akan ditegur. BENARkah? Setiap sesuatu itu terlalu subjektif untuk di elaborasi, namun ‘penconteng’ warQah mengambil pendekatan mudah dengan mengatakan bahwa teguran seseorang sahabat kepada sahabat yang lain adalah salah satu dari kriteria penting untuk dikategorikan sebagai seorang sahabat yang baik. Dalam teguran seperti ini;

kadang² aku pandang tinggi kat ko (kedudukan),
tapi ada masenya aku cam hilang hormat plak!”

                sekelumit perasaan jujur dan ikhlas nampaknya telah diadun bersama, tiada lagi selindung di antara mereka melainkan apa yang sepatutnya diselindungkan. Persoalan mengenai respect ini juga terlalu subjektif untuk diperbincangkan, jadi bagi menerangkan apa yang kabur dan menjernihkan sesuatu yang keruh. Mari kita ambil suatu contoh; pasti di antara ramai sahabat kita terdapat beberapa kerat sahabat yang memang punya tsiqah yang tinggi, setiap kali kita memandangnya atau sekali mendengar namanya. Maka wujud suatu perasaan hormat kepadanya, pernahkah perkara seperti ini terjadi kepada anda? ‘penconteng’ warQah tinggalkan soalan ini dahulu kepada anda untuk difikir dan di renungkan...
BERSAMBUNG...

Sempat melawat ke sebuah taman yang indah,
gambar ini satu2nya untuk dikongsikan dengan pembaca warQah

Friday, March 18, 2011

respect ke re-spec?

kadang² aku pandang tinggi kat ko (kedudukan),
tapi ada masenya aku cam hilang hormat plak!”

                PERNAHkah ayat serupa ini digunakan oleh sahabat² anda apabila berbicara dengan anda! Jika ya, anda sepatutnya bersyukur pada Tuhan kerna anda telah pun dikurniakan sahabat yang terbaik. Pernyataan ini menunjukkan bahwa mereka amat mengambil berat akan setiap tindak tanduk yang anda lakukan sehingga mereka begitu aware dengan apa² yang mereka rasai dan apa yang lebih penting dari itu adalah tiada rahsia yang dipendam. Jagalah sahabat itu sebaik mungkin dan jangan sesekali mengabaikan amanah yang telah diberikan oleh-Nya.
                Per(tama)² sekali, mari kita define maksud sahabat itu dahulu. Sahabat; menurut qamus kefahaman ‘penconteng’ warQah adalah mereka yang telah ditentukan oleh Pemilik ‘alam untuk ber(sama)² kita mengharungi mehnah dan tribulasi kehidupan ini dalam usaha menjayakan misi Da’wah dan memegang tanggungjawab sebagai Khaleefah di muka bumi. Sahabat terbaik adalah mereka yang senantiasa ber(sama)² menjaga maruah diri dan sahabatnya dikaca mata Alah swt.
[Bagaimana pula maksud ‘sahabat’ dari kaca mata pembaca warQah?]
BERSAMBUNG...
Wednesday, March 16, 2011

3 analogi 1 malam

Siaran Langsung dari Bumi Kuantan
Dee..
“eSs.. Ko tu bagaikan bulan yang mengambang; dan kami ni pulak cuma bintang² yang bersinar!”

eSs..
“nanti tiba masenya, bulan tu akan malap... maksudnya bintang² pulak akan menyerlah!!

zaCk..
[monolog] tika sahabat² ini bermadah, terasa kerdil pula diri ini dengan analogi² mereka.. alangkah indahnya jika diri ini punya kemampuan (kembali) untuk berbicara seperti Dee dan eSs, yang apabila keluar sesuatu perkataan dari mulut mereka.. maka terpaku pula insan sekeliling ingin mendengar bait² ayatnya; SubhanALlah setiap orang diberikan keistimewaan tersendiri, yang mana kebolehan dan kemampuan ini hanya mampu digunakan secara optimum apabila manusia² ini hidup di dalam berjema’ah, saling tolong-menolong dan bantu membantu, kuasa pengaruh seseorang telah lama hilang; dan kini kuasa pengaruh itu terserlah pula pada yang lain... MasyaALlah, sesungguhnya Dialah yang Meninggikan dan Merendahkan darjat sesuatu, o,;”)_
...aku memahami maksud Dee, malah eSs juga memahami analogi yang pertama! SEMPURNA~ Sedang analogi kedua yang datang dari eSs tidak dapat ditancap oleh Dee; kefahamanku menyatakan bahwa eSs tidak lagi akan menjadi pandangan umum apabila langkahnya pada hari ini telah mengubah haluan hidupnya dimasa hadapan (dengan itu cahaya bintang pula akan mencuit perhatian :), KEPUTUSAN TELAH DIBUAT.. dengan sebab itulah eSs mampu mengeluarkan kenyataan tersebut, aku menDoa’kan yang terbaik buatmu sahabat, dan ini satu peringatan dariku; “bulan tidak akan pernah malap... selagi gerhana belum menjelang!” ^_^
Tuesday, March 15, 2011

warQah buat qalbu,

wahai sang Qalbu~
kutuliskan warQah ini buat dirimu..
andai aku terkhilaf dalam keputusan,
tegurlah daku,
andai aku terasa keseorangan,
hiburkanlah diriku,
kerna hanya dirimu Qalbu;
HANYA DIRIMU...
menjadi tali pengikat antara aku dan sang kekasih,

wahai sang qaLbu~
kewujudanmu masih menjadi rahsia si Pemilik Rahsia,
kau ada;
cuma disembunyikan dari pandangan mata,
biar kau diatas belahan bumi berbeda,
tapi yaqinku kau dibawah ‘arasy yang sama!
Setiaku menunggumu~
Walau hingga ke akhir masa,

wahai sang qalbU~
kutahu saatnya semakin hampir,
tandanya semakin jelas,
kau mula menunjuk asbab,
sebagai bukti aku diperingatkan...
dari bawah dagu dan tangan kanan,
...terima kasih Tuhan~
bakinya-kan kusedeqahkan,
buat setiap jiwa yang bergelar teman,

o,;”)_ dengan izin-Mu


dari hati seorang rizQan; buat sang Qalbu, qalBu dan qalbU milik Tuhan
14 march 2011 (6.43pm)
-auto update untuk post 15 march 2011-
Monday, March 14, 2011

Biomedical Symposium 2011, IIUM Kuantan II

5 out of 161 !! erk..

Computer-man; Syafiq Aufa..

Speech by Madam Noraszida

Speech by Dean Kulliyyah of Science

Our 4th Year students

one of the winner for poster presentation; Tengku Faris ^_^ congratz ya!!

they all from IIUM

What are you doing 'kids'!? haha; Khairi Sayadek

Kak Huda and Adib

Master of Ceremony for Closing Ceremony

Participants from IIUM

Closing Ceremony Malaysian Symposium on Biomedical Science 2011 ^_^
Sunday, March 13, 2011

Antara peristiwa tsunami


INFO
Antara peristiwa tsunami


1755: Tsunami memusnahkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.

1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia menyebabkan tsunami setinggi 35 meter dan mengorbankan 36,000 nyawa.

1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 meter dan membunuh 165 orang.

1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah ( 9.5 skala Richter) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.

1976: Tsunami melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.

1998: Gempa berukuran 7.0 skala Richter di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter dan membunuh lebih 6,000 nyawa.

2004: Gempa bumi besar menyebabkan tsunami dengan ketinggian ombak 35 meter dan mengorbankan lebih 250, 000 nyawa di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika. Acheh adalah antara negara paling teruk mengalami kemusnahan yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa dan 500,000 kehilangan tempat tinggal.

2006 - Gempa bumi menyebabkan tsunami di selatan pulau Jawa, Indonesia dengan ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan dan mengorbankan 500 nyawa.

2010 - Gempa bumi di Santiago, Chile menyebabkan tsunami. 521 nyawa terkorban.

2010 - Letusan Gunung Merapi di Kepulauan Mentawai, meletus menyebabkan tsunami dan mengorbankan 446 nyawa.


Turut disertakan sekali adalah video rakaman Tsunami Terbaru di Jepun [march 2011]... SubhanALlah, marilah bersama kita ambil pengajaran dari peristiwa yang berulang-ulang ini, sesungguhnya sifat Manusia itu terlalu lemah; Maka tidak perlulah kita berasa sombong membangga diri!!



sila click link ini bagi melihat kesan dari satelit
pada masa sebelum dan selepas tsunami merempuh bumi Jepun!!
Saturday, March 12, 2011

Biomedical Symposium 2011, IIUM Kuantan


Stage ^_^
Opening Speech by Programme Director, Malaysian Symposium on Biomedical Science 2011
Bro. Mohamad Hafizi Abu Bakar 

Speech by Deputy Rector (Academic & Planning), IIUM,
Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Md. Tahir Azhar

VIP's from left:
Y. Bhg. Prof. Dr. Kamaruzzaman YunusY. Bhg. Prof. Dato' Dr. Md. Tahir Azhar, Dr. Amirudin Abdul Wahab, Bro. Mohamad Hafizi Abu Bakar

Token of Appreciation for Prof. Dr. Syed. Mohsin Sahih Jamalullail... Plenary Talk on the "The influences on Biomedical Science Area Toward research in Malaysia"
Forum on Biomedical Science: Tomorrow, Today and Future Finding the Bridge!

Friday, March 11, 2011

pengkhabaran dari sepasang mata, seketul hati~

sungguh! keadaannya lebih kompleks dari ini.. 
Semalam,
aku melihat dia~
Tidak seperti hari ini..
aku melihat dia yang sama~

tsiqahnya tinggi,
kesabarannya berbeza..
kau pasti bahwa aku tidak mengkhabar indah dari rupa,
jika madahnya bermula,
cuping telinga kan ditadah~
kerna terikat dengan lenggok bahasa,
senyum indah tidak pernah lekang dari bibirnya,
mu’amalah juga rapi dijaga,

hari ini...
aku melihat dia terleka,
semakin leka dengan buaian mimpi indah tanpa makna,
kesan penangan manusia berlainan jantina,
dia sibuk dengan urusan rahasia-nya,
sehingga di depan mata terabai tidak terbela,
senyumannya kini terlalu berharga,
mahal untuk di sedaqah buat semua,
entah apalah yang mempengaruhinya~
sehingga kemarahan, alah bisa tegal biasa..

apakah yang telah berlaku!?
bahasanya hilang kemanisan,
kasar pula mengganti perhiasan,
tiada lagi gurauan hikmah,
tiada lagi teguran berhemah,
kini semuanya telah berubah,

aku inginkan suatu yang berbeda,
untuk esok yang belum menjelma,
mengharap perubahan seorang dia,
bukan semudah mengeluar kata dan idea,
semoga dia kembali seperti yang biasa...
itukan menjadi LEBIH BERMAKNA~
Thursday, March 10, 2011

Bedak Sejuk..!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dan selamat menonton rancangan Teka-meneka, Teki-meneki...

Soalan pada minggu ini, cuba teka ini apa? (guli..). Guli!? Bukan~
(bola kecil..). Bola kecil!? Tak bukan~
(Tahi hidung..) tahi idung!? Euww~ salah bukan!
Jawapannya adalah bedak sejukkk!!

Nak tahu tak sebab apa kawan² tak boleh jawab?
Sebab bedak sejuk hanya akan berfungsi menjadi bedak sejuk apabila ia berada dalam kuantiti yang banyak yang diletakkan dalam satu bekas.
Betul atau tidak? (betul!!)

Hadhirin dan hadhirat,
begitulah jugak dengan *manusia* yang hanya mampu mencapai kecemerlangan, kegemilangan, keterbilangan apabila Bersatu di Bawah Naungan Tali ALlah
dan inilah yang dialungkan oleh Islam tercinta.
Islam menganjurkan kita supaya bersatu diBawah Naungan tali ALlah,

sepertimana Firman Pencipta:


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُم

صدق الله العظيم

Allah mahu kita bersatu dan ALlah tidak mahu kita berpecah belah.
Tapikan itu yang ALLah mahu..
bagaimana pula dengan hamba-hamba-Nya?
sebab tali ini nampak gayanya ramai yang rasa dirinya terlalu mulia sampai nak bermasyarakat dengan jiran tetangga pun rasa berdosa.
Dan hari ini nampak gayanya ramai yang takabbur tak pernah minta maaf,
kalau bercakap asyik terlanjur.
Dan hari ini nampak gayanya,
ramai yang gila pangkat, seolah-olah kalau tak dapat, jiwa rasa tersekat.Mana mungkin satu ummah yang muhibbah jika seperti ini perangai anggota2nya.

Justeru untuk memastikan ummah yang unggul ini teruss hidup,
marilah kita bersatu hati, bersatu tindakan, bersatu perjuangan;
menegakkan yang hak dan membasmi yang batil.

Jadilah seperti bedak sejuk, ianya bersih, suci dan putih
dan ia akan berfungsi menjadi peranan yang sebenar bila bersatu dengan yang lain yang juga bersih, suci dan putih.
Daripada mikro yang hebat bergabung menjadi makro yang ‘mantop’.
Jom kita bersatu, kerana ummat kita begitu berharga!

Sekian
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Serta salam Perpaduan

“It’s all about your mind!”

Zaid Najmuddin bin Zul Akmal
Wednesday, March 9, 2011

appreciation night MTRC 2010/2011

eX-MRC Talhah yang sempoi; shahir (+) syuib (+) abbe

The Best Program won by "IIUM Independence Ride 2010"
Maaf ya >_< hanya ini sahaja gambar yang dirasakan terbaik untuk dikongsikan dengan VIP's warQah daUn papYrus sekalian, (1) gambar yang pertama adalah merupakan eX-MRC Talhah yang lepas, yang mana mereka telah banyak menyumbang tenaga dan masa mereka untuk kebajikan warga Mahallah Talhah sepanjang tenure yang lepas. Jutaan Terima Kasih bagi pihak saya secara peribadi, usaha dan jasa kalian menjadi inspirasi bagi tenure baru MRC Talhah untuk berkerja dengan lebih baik ^_^, (2) gambar kedua pula adalah anugerah khas yang berjaya di menangi oleh program 'IIUM Independence Ride 2010' memandangkan ia adalah program yang paling mencabar pernah dijalankan oleh ahlijawatankuasa pelaksana dengan melibatkan komuniti UIAM Gombak, UIAM Kuantan dan juga masyarakat sekitar perjalanan dari UIAM Gombak ke UIAM Kuantan. Tahniah untuk kita semua.. ^____^
Tuesday, March 8, 2011

sajak dari Ustaz Ikhwan Abdullah,

Disebabkan iDea untuk menulis entry baru masih belum ada, jadi saya teringin kongsikan dengan tetamu² warQah sekalian; hasil penulisan Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah mengenai Bumi UIAM Kuantan di dalam blog Facebook beliau. [Ikhwan Al Malizi Abdullah]


UIA yang ku kenali-memori semalam yang indah

Ketika kakiku berpijak ke bumi kuantan
aku tertungu-tunggu
dimana letaknya gedung ilmu perubatan
yang bakal melahirkan
ilmuan ibnu sina dan ar-razi
di abad ini.

Pada saat menjelang senja
hatiku tidak tenang, gusar dan berdebar
aku tidak sabar-sabar
untuk berpijak di gedung ilmu ini
yang dikenali diserata dunia

Pada saat maghrib bergema
saya sujud mengerjakan solat qasar dan jamak
mengambil berkat dan
pahala yang berganda
dan tibalah saat yang tunggu
kereta bergerak diatas jalan menuju ke
gudang ilmu yang penuh gemilang

Dari jauh gerbang ilmu
sedang menanti
sungguh indah dunia UIA ini
lampu yang terang menderang
hatiku terpaut kepadanya
hatiku berbisik
alangkah indahnya
andainya aku berpeluang
memijakkan kaki ke dunia ini
selamanya
sebagai seorang
mahasiswa berwibawa
sayangnya aku tidak layak
untuk bersamanya

Malam itu
terasa kebahangannya
walaupun aku hanya seorang tetamu dan pelawat
aku merasai keenakan
layanan warganya
walaupun pun tidak ku kenali dan
mereka tidak menegali diri ini
indahnya persahabatan kerana Allah
satu aqidah satu perjuangan.

Andainya aku ditaqdirkan
untuk musafir ilmu di bumi malaysia
hatiku ingin sekali
merasai kehebatan Universiti ini
menjadi warganya
penduduknya
penghuninya
walaupun bukan selamanya
tetapi 4tahun cukup memadai
bagiku.

Saat aku tinggalkan halamanya
aku terkedu
sedih
pilu
bangga
sayang
rindu
dan mengharap
bestnya kalau aku berpeluang
bersamanya
namun aku menyedari
siapalah diri ini
saya tidak layak
untuk bersamanya
apa lagi
menjadi warganya
aku hanya seorang muallaf
insan yang lemah
kerdil
dan tidak punya apa-apa
aku cuma
mempunyai
Allah dan Rasul
aku bangga beragama Islam.

Dan tibalah masanya
aku pergi
kembali semula
ke
ibu kota
yang bernama Kuala Lumpur
kota yang penuh noda dan dosa
warganya tidak mengenal
tuhan dan manusia
aku berdoa

Ya Allah andainya aku berpeluang
jadikanlah dan temukan
jodohku
dengan gudang ilmu ini
untuk ku menimba ilmu
dunia dan akhirat.

Padanya aku melambaikan tangan
selamat tinggal
wahai
UIA
hatiku
tetap mengingatimu
memori
dakwah semalam
penuh makna dan indah
disepanjang zaman
dan sejarah.

Sajak ini ku abadikan untuk sahabat-sahabat UIA.

sejam selepas sampai dirumah
Bukit Subang.


rizQan: Ustaz, biarpun kita belum pernah kenal sebelum ini, belum pernah jumpa; namun ‘aqidah yang kita pegang adalah sama.. tidak hairanlah layanan yang ustaz terima adalah yang terbaik yang dapat kami lakukan. Sungguh jika non-Muslim pun telah diajar RasuluLlah untuk kita [MUSLIM] menjaga hak² mereka, inikan pula saudara se‘aqidah. Segala kekurangan kami mohon dimaafkan ^_^,