Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, February 12, 2011

time capsule peleraian.. ^_^

                alHamduliLlah berita gembira buat Mesir khususnya dan dunia ‘amnya. Satu lagi pemerintah tirany berjaya ditumbangkan dengan kesepakatan seluruh rakyat. Semoga yang akan naik memerintah selepas ini bukan lagi boneka mahupun tali barut syaitan. NOKTAH
                selepas kapsul masa di Bumi mesir bersuara, adakah terdengar lagi bisikan dari kapsul masa yang lain bertebaran di seluruh dunia. Kita nantikan sahaja; sebagai sebahagian dari komuniti planet ini, penulis merasakan sudah tiba masanya kita Hamba Tuhan yang dikurnia aqal fikiran kembali membuka minda. Membuka hati dan membersih diri. Pulanglah kepangkal jalan...
Kapsul masa itu masih wujud, dan tetap wujud sehingga berakhirnya masa. Kejadiannya istimewa, dikhaskan kedudukannya. Malah di ikat janji Tuhan buatnya. Persemadian selamanya sehingga ke satu masa. Sebuah kapsul masa yang dijaga, baik yang di langit mahupun di dunia.


“al-Quran...
sesungguhnya engkau-lah Kapsul Masa yang terpelihara,
berdirimu gagah relevan bersama arus Dunia.
Kandungan-mu indah mekar buat sang cendekiawan dan pendeta,
Sirah-mu jelas disusur galur penuh terjaga,
Kau dijamin selamat sehingga ke akhir masa.
Biar pertama kali diturun kedunia..
..kurang 1500 tahun bertakhta di hati hamba,
Kau di catatkan sejarah sejak dunia baru bermula,
Susur galur manusia ber-bapa Adam ber-ibukan Hawa.
Sudah lama berdiri atas dunia,

Sepatah tidak perkataanmu berubah,
Kerna jauh bahasa-mu indah.
Sukar diusik mahu pun digubah,
Kalimah suci-mu dari kata² ALLAH”

Sahabat, telah lama kapsul masa ini menunggu-mu. Menyampai berita gembira mungkin berikan amaran jika perlu. Supaya tidak kau dan aku.. menjadi leka dengan segala daya tipu~ oleh sang syaitan, si jasad di laknat Tuhan.

INILAH KAPSUL MASA SEBENAR yang wujud di tangan Kau dan Aku!!”

 >_< TamaT

4 التعليقات:

Nuryn Weida says:
at: February 13, 2011 at 9:56 AM said...

LOVE-LETTERS AGUNG yang sering dilupakan.yang sering ditinggalkan.

perindu_خلافة says:
at: February 13, 2011 at 3:56 PM said...

'Love-Letters Agung'
rizQan like this words so much ^_^

Nuryn Weida says:
at: February 14, 2011 at 12:25 AM said...

hehe.tq rizqan.ni pun kredit to hasil bacaan-bacaan ain..

perindu_خلافة says:
at: February 14, 2011 at 12:50 AM said...

welcome :D