The Best among the rest!! |
Bagi penulis terdapat cerita besar disebalik gambar ni... harap sahabat² boleh bersabar untuk menantikan entry seterusnya, penulis memerlukan sedikit masa untuk mengolah ayat~ insyaALlah setiap penulisan di atas warQah adalah untuk hikmah bersama ^__^
---------------------------------
Biar berada diBumi berbeda; namun jadwal bangun pagi-ku tidak pernah kunjung berubah. Jarum SOLVILet TITUS di tangan tepat menunjukkan jam 4.30 pagi, lalu kubersihkan diri sekadar keperluan dan melakukan apa yang sepatutnya dahulu.. sebelum sayup terdengar dicuping telinga halusku, ‘UTHMAN BANGUN!!.. UTHMANNN BANGUNNN!!’ bunyinya bertempik beberapa kali lalu terus hilang.
Kuselak jendela panjang dibilik yang ku inapi, maka terlihat akan beberapa buah bilik dari blok yang ku duduki dan juga pada blok yang bertentangan mula terang dilimpahi cahaya lampu dari bilik masing². SubhanALlah berhasil... ^_^
Buat pengetahuan kalian, aku ada melihat sa-keping poster yang ditampal dibahagian bawah Mahallah, tajuknya besar lagi jelas “OPS FAJAR!”. Namun bagaimana OPS FAJAR ini dilaksanakan masih sangsi dan kabur diminda-ku dan juga beberapa sahabat yang lain; tetapi sebaik sahaja terdengar jeritan halus itu tadi maka fahamlah aku. Bila dilihat jam untuk kali yang keduanya, ku dapati jarumnya baru 4 minit meninggalkan jam 5 pagi secara tepat. Sesuatu yang sedang diperbincangkan buat kebaikan Mahallah Talhah di Kuantan telah pun ditunjukkan oleh-Nya, melalui MRC Uthman diBumi Gombak. Terima Kasih Ya ALlah~
---------------------------------
Detik demi detik pun berlalu, menghampirkan manusia² ini ke jam 5.30pagi (waktu Malaysia). Kurasakan inilah masa yang sesuai untuk-ku mula membuat morning call buat sahabat delegasi yang lain. Bukankah bantu membantu itu penting, sedang kepenatan semalam boleh menjadi halangan untuk menunaikan ibadah di pagi ini.
Teman sa-bilik juga telah ku-kejutkan, bukan melalui sentuhan seperti buat roomates ku di Franky. Cukup sekadar menyilaukan mata mereka dengan lampu kalimantang di bilik kecil itu. Kerana ia adalah pilihan pertama buat seorang early riser... terasa mudah apabila berurusan dengan manusia² yang punya kefahaman tanggungjawab dalam diri, seperti mudahnya mengejutkan mereka diwaktu pagi~
Kedudukan masjid yang agak jauh mempengaruhi keputusanku; lalu mempersiap diri dan turun ke Musolla Uthman yang terletak kurang 200 meter dari bilik ini. Di pertemankan Imad sedang Ijan berusaha mengejar waktu, azan dilaung bersahut-sahutan dari setiap ceruk campus. Azan dengan pelbagai irama dan nada menghiasi ruang udara UIAM Gombak buat beberapa unit waktu.
Sebaik selesai menunaikan Solat Fardhu Subuh berjemaah, kesemua delegasi kembali ke bilik masing² dan mengemas barang² untuk check out** Jam 7.00 pagi** dirancang sebagai waktu untuk mula meninggalkan Bumi UIAM Gombak menuju ke SK (2) Taman Keramat... ^_^
7.25am : Bas meninggalkan Bumi UIAM Gombak menuju ke SK (2) Taman Keramat.
7.45am : Tersesat jalan dan menunggu dihadapan bangunan JUSCO; kemudian dijemput seorang wakil guru SK (2) Taman Keramat.
7.50am : Selamat tiba di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat; lalu dijemput minum pagi dahulu oleh pihak sekolah ^_^
8.10am : Delegasi MRC Talhah yang bertindak sebagai facilitator mula memasuki dewan yang dipenuhi pelajar lelaki dan perempuan dari Tahun 5 dan Tahun 6.
8.15am : Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis, bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar ; faci telah berada diatas pentas. (Tepat jam 8.30pagi Misyuari mula mengambil alih mikrofon dan adik² tahun 5 dan 6 kini berada dalam genggaman) >_<
8.45am : Ceramah Motivasi daripada Kak Ros bermula; sementara induksi ringkas untuk para fasilitator berjalan diluar dewan.
10.10am : Fasilitator memasuki dewan dan mengambil kumpulan masing² yang telah ditetapkan.
10.33am : Kumpulan pertama pelajar tahun 6 dilepaskan kepada fasilitator untuk menyambung aktiviti seterusnya. (rizQan dan Fatimah diberi tanggungjawab untuk mengambil kumpulan 7 tahun 6... subhanALlah, speechless >_< )
Khusus dalam Group 7 [Zaid + Ikram + Azima + Aiena + Suhailah + Zaidah + Aisyah]
11.00am : Bergerak mencari kelas kosong di tingkat satu; bersebalahan makmal sains.
11.10am : Sesi Ta’aruf dimulakan; bacaan ummul-kitab menjadi pembuka bicara.
· Melukis gambar sahabat disebelah kanan, dengan menggunakan tangan yang bukan dominan.. Rasional?
· Mengisi kerusi kosong disebalah kanan anda.. Rasional?
· Melukis gambar mickey mouse.. rasional?
· Jadwal harian saya..
· Mencari 5 batang straw yang mempunyai warna berbeza dengan straw lain dalam keadaan mata tertutup + tetapi dibantu sahabat lain dengan memberikan arahan.
12.55pm : Slot terakhir; iaitu membuat ikrar dan akujanji...
2.00pm : Majlis selesai; adik² mula meninggalkan kawasan sekolah dan beberapa yang lain masih menunggu untuk bertemu abang dan kakak faci sebelum masing² pulang kerumah; delegasi dihidangkan makan tengahari oleh pihak sekolah.. Terima Kasih ye ^_^
2.30pm : Solat Jama’ Qasar berjemaah di Musolla SK (2) Taman Keramat; dan bergerak pulang menuju ke UIAM Kuantan tepat jam 3.05 petang.
TAMAT
7 التعليقات:
at: February 20, 2011 at 12:24 PM said...
suatu travelog..=)
at: February 20, 2011 at 5:40 PM said...
:)
at: February 20, 2011 at 5:51 PM said...
mst seronok kn? hehe bdk2 yg msh comel & dgr kata~
at: February 20, 2011 at 6:35 PM said...
bestnya...surely it was a great experience for u..=)
at: February 20, 2011 at 7:11 PM said...
seronok tak terkata la tu~ hahaha
aku dulu time kakak2 abang2 faci dtg time sek rendah, SUKA gila2... pastu time nak berpisah nanges cam tak hengat dunia~hahahha
BTW~ apekah kisah di sebalik gambar tu? musykil aku~ sila beritau...kalu tak ko juga akan menjadi mangsa bakar seperti kawan ko tu~ hahhahha
at: February 21, 2011 at 12:11 PM said...
hehe sengal rubiah..
aku xdela plak smpi mcm 2 huhu...
rubiah kte bako je!!
at: February 22, 2011 at 7:45 AM said...
RuBy + Lyana =-> jawapan tu lebih ringkas dkat n3 ni bermadah dari perspective lain
^__^
Post a Comment