Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, February 28, 2011

Sejenak bersama saya



1)      Keletihan semalam telah membawa saya ke alam tanpa sedar selama 9 jam 30 minit, bermula dari selepas solat Maghrib sehinggalah tepat jam 5.30pagi hari ini. (tidur atas sejadah pula tu! haish)
2)      Menyedari masih tidak menunaikan solat isya’ maka terus saya bingkas bangun mencapai tuala bagi membersihkan diri. Bukan apa sejak pulang dari Majlis Penutup Hari Rekreasi UIAM 2011 semalam (IIUM Recreational Day 2011) saya masih belum sempat mandi kerana mengejarkan Maghrib yang hampir sampai ke penghujung waktu.
3)      Selepas selesai menunaikan Solat Fardhu isya’, saya cuma duduk2 memikirkan perkara yang perlu dilakukan untuk hari ini. Bukankah perancangan adalah satu keperluan. “If you Fail to Plan, You Plan to Fail!”
4)      Menunggu masuknya waktu subuh yang hanya beberapa detik waktu sahaja lagi akan tiba. ^_^
5)      Mengenai program Eksplorasi UIAM 2011 (IIUM Explorace 2011) semalam, alhamduliLlah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pertama-tama sekali UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH saya tujukan khas buat semua ahlijawatankuasa pelaksana (committee) yang sama-sama membantu melicinkan program tersebut. Biarpun kekurangan tenaga kerja namun semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Sekali lagi Terima Kasih sahabat semua2. ^_^
6)      Tahniah juga kepada semua peserta2 Eksplorasi UIAM 2011 kerana berjaya menghabiskan semua tugas dan menamatkan larian sehingga ke tempat PENAMAT. Biarpun ada yang gagal mendapat tempat untuk mendapat hadiah, namun usaha anda semua menghabiskan sesuatu yang anda telah mulakan adalah sesuatu yang PATUT DIPUJI dan dihargai.
7)      Segala maklum balas yang diterima turut kami ucapkan Terima Kasih.
8)      Saya perlu bersedia untuk pelbagai program lain selepas ini;
a.        Malam Penghargaan AhliJawatankuasa Perwakilan Asrama Talhah (MRC Talhah’s Appreciation Night) pada 2hb Mac 2011,
b.      Pertandingan Bola Tampar Tertutup UIAM Kuantan 2011 (IIUM Kuantan Volleyball Close Tournament 2011) pada hari sabtu dan ahad ini, 5-6hb Mac 2011
c.       Menjadi pemerhati bagi Pertandingan Futsal 2011 kelolaan kelas kemahiran Bola Sepak (Futsal Tournament 2011) pada 12-13 Mac 2011,
9)      Untuk tugas akademik juga masih banyak yang belum saya selesaikan, antaranya;
a.       Menghantar laporan makmal untuk kelas Toksikologi (Toxicology Lab Report) pada hari Rabu ini bersamaan 2hb Mac 2011,
b.      Menyiapkan tugasan (assignment) toksikologi untuk dihantar juga pada minggu ini.
c.       Tugasan Bahasa Inggeris untuk kegunaan Kerja (English for Occupational Purposes) yang perlu dihantar sebelum atau pada 11hb Mac 2011,
10)   Makanya saya perlulah membahagi masa yang ada sebaiknya, insyaALlah saya akan cuba melakukan yang terbaik ^__^, (Rizqan kamu boleh percayakan saya ok!)

8 التعليقات:

{she-who-must-not-be-named} says:
at: February 28, 2011 at 11:52 AM said...

InsyaAllah kita semua mampu bahagikan masa dengan baek..gambate!! :)

Norlyana Nasrin says:
at: February 28, 2011 at 12:34 PM said...

Rizqan!!! Gambate!! Yakin boleh!!

perindu_خلافة says:
at: February 28, 2011 at 5:02 PM said...

insyaALlah, :D

Nuryn Weida says:
at: February 28, 2011 at 6:35 PM said...

all the best untuk semua2 tu =)

Unknown says:
at: February 28, 2011 at 7:55 PM said...

tak sakit badan ke tido merata~ haha,
sila tido di tempat tido ye~ hahaha

esaiment toxico anta minggu ni ke???
bukan minggu depan ke???

selamat mengeplan!!^___^

perindu_خلافة says:
at: March 1, 2011 at 1:17 AM said...

terima kasih ain :D

RuBy.. ye hantar minggu depan tapi aku setkan minggu ni supaya kerja tu tak bertangguh ^_^

SuTeRa KaSiH says:
at: March 1, 2011 at 8:40 PM said...

awak sangat bekerja keras la..dan cute..happy birthday..~

perindu_خلافة says:
at: March 2, 2011 at 6:59 AM said...

Terima Kasih Sutera Kasih, sebab awak dah belanja saya makan sesuatu yang memang BEST (+) Hadiah yang comel dan yang paling penting Doa kebaikan untuk saya ^_^