Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, February 24, 2011

analisa Pilihan Raya Kampus 2001-2011



[PRK sesi 2001/02] front Pro-Mahasiswa menguasai UM (36 – 12), UKM (30 – 2), UPM (36 – 3), UIAM (28 – 6), UTM(32 – 13), USM (21 – 16). Front Aspirasi pula menguasai UiTM (34 – 2), UPSI (9 – 8), UUM (27 – 0), UNIMAS (11 – 0), UMS (23 – 0), KUIM (11 – 0), KUITTHO (21 – 0). Daripada 13 kampus, Pro Mahasiswa menguasai 6 kampus manakala Aspirasi menguasai 7 kampus. Kampus-kampus utama masih milik Pro Mahasiswa.
[PRK sesi 2002/03] front Pro-Mahasiswa menguasai UM (34 – 5), UKM (23 – 9), UPM (31 – 14), UIAM (19 – 10), UPSI (13 – 11), USM (21 – 16). Front Aspirasi pula menguasai UiTM (36 – 0), UTM (27 – 15), UUM (20 – 7), UNIMAS (11 – 0), UMS (32 – 0), KUIM (8 – 3), KUITTHO (21-0), KUTKM (22 – 0) dan KUSTEM (12 – 3). Daripada 15 kampus, Pro Mahasiswa menguasai 6 kampus manakala Aspirasi menguasai 9 kampus. Kampus-kampus utama masih milik Pro Mahasiswa.
[PRK sesi 2003/04] front Pro-Mahasiswa hanya berjaya menguasai UM (26 – 13) dan UIAM (21 – 1). Front Aspirasi berjaya merampas kampus-kampus utama yang lain seperti UKM (23 – 9), UPM (31 – 14), UTM (23 – 22), USM (20 – 19), UPSI (14 – 0). Di kampus-kampus yang lain, Aspirasi hampir membolot kesemua kerusi yang dipertandingkan. Daripada 16 kampus, Pro Mahasiswa hanya menguasai 2 kampus sahaja.
[PRK sesi 2004/05] kampus UM akhirnya berjaya dirampas oleh Aspirasi kerana Gagasan (nama lama bagi Pro Mahasiswa UM) memboikot PRK dengan tidak menghantar calon. Kesemua kampus dikuasai oleh aspirasi melainkan UIAM dan UPSI. Pada sesi ini, Pro Mahasiswa hanya tewas tipis di kampus USM (18 – 19) dan UTM (20 – 25). Seorang perwakilan Umno dalam AGMnya mendesak agar kerajaan melakukan sesuatu bagi merampas kembali UPSI dan UIAM.
[PRK sesi 2005/06] Aspirasi menang mutlak di semua kampus kerana WUFI UIAM (nama lama bagi Pro Mahasiswa UIAM) juga turut memboikot PRK. Aspirasi membolot kesemua kerusi yang dipertandingkan melainkan 2 kerusi di UM, 5 di UKM dan 2 di UNIMAS.
[PRK sesi 2006/07] Aspirasi masih menang di semua kampus kecuali UIAM.
[PRK sesi 2007/08] nama Pro Mahasiswa mula digunakan di Universiti Malaya. Walaupun gagal merampas MPMUM, kerusi-kerusi yang dimenangi meningkat. Begitu juga dengan kampus lain. UIAM masih milik Pro Mahasiswa di sana (WUFI).
=->PRK tidak diadakan pada tahun 2008 sebaliknya dianjakkan ke tahun 2009. Ia dikaitkan dengan kesan ‘Tsunami Politik’ yang melanda Umno/Barisan Nasional.
[PRK sesi 2009/10] Pro Mahasiswa UM berjaya merampas MPMUM dengan kemenangan tipis (21 – 20) hasil kerjasama dua ahli MPM bebas dari Fakulti Undang-Undang. Pada sesi ini semua kampus masih dikuasai Aspirasi melainkan UM dan UIAM.
[PRK sesi 2010/1] Aspirasi berjaya merampas MPMUM juga dengan kemenangan tipis (21 – 20). Aspirasi mendapat kelebihan daripada kerusi fakulti walaupun Aspirasi hanya memenangi satu daripada 9 kerusi Umum. UIAM masih satu-satunya milik Pro Mahasiswa.
[PRK 2011/12] Pro Mahasiswa memecah dekad gelap apabila kembali menguasai UM, UKM, USIM, UPSI,UMK dan UMS . Manakala Aspirasi masih menguasai USM, UPM dan UiTM.
=->Trend sokongan terhadap mahasiswa anti-establishment ini sudah tentu menakutkan pimpinan Umno/Barisan Nasional. Mereka pasti tidak berdiam diri kerana bagi mereka, Pro Mahasiswa tetap pro-Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya tidak.
=->Kemenangan Pro Mahasiswa bukanlah kemenangan Pakatan Rakyat tetapi ia tetap suatu kekalahan buat Barisan Nasional.
Selamat maju jaya Pro Mahasiswa!

Sedikit cerita dari kampus sendiri:
Pilihanraya kampus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sebelum ini dikenali sebagai antara kubu kuat Pro-M juga berlangsung aman apabila semua calon bertanding atas tiket bebas di kampus induk Gombak dan kampus Kuantan, Pahang. 

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata sebanyak 19 kerusi daripada 31 kerusi kerusi dipertandingkan menang tanpa bertanding termasuk sembilan kerusi di kampus Kuantan. 
-Sumber: Berita Harian 24 Februari 2011-


Psst: Saya yaqin pasti ramai sahabat yang tertanya2, mengapakah terlalu banyak kerusi yang di istiharkan menang tanpa bertanding di UIAM, dan yang lebih menghairankan adalah mengapa calon2 pada kali ini lebih selesa untuk bertanding atas tiket bebas; adakah kerana kurangnya kesedaran politik kampus di kalangan Mahasiswa UIAM? atau ada sebab lain yang lebih besar isunya... (kefahaman saya akan dikeluarkan dalam post yang akan datang)

4 التعليقات:

Unknown says:
at: February 24, 2011 at 5:18 PM said...

ARGHHH!!!
tak paham~ ape itu pro mahasiswa?? ape itu aspirasi??ape kaitan ngan umno/bn?? dari aritu lagi ade terbaca tapi masih gagal memahami...ce cite, ce cite~

sesungguhnya aku memang katak bawah tupperware~hahah..=.="

perindu_خلافة says:
at: February 24, 2011 at 5:34 PM said...

[RuBy]

Pembawaan ideologi yang dipegang mahasiswa biasanya tergolong dalam dua kategori.. pertama cuba bergerak secara bebas dan yang kedua membawa idea pemerintah.

Kedua-duanya terdapat Pros dan Cons tersendiri, namun apa yang penting adalah sifat individu calon yang merebut setiap kerusi yang dipertandingkan; kefahaman mengenai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin adalah yang teratas.

^_^ harap dapat membantu kefahaman anda,

Unknown says:
at: February 25, 2011 at 11:52 AM said...

owh~
tak ku tahu la pulak begitu...
ade gak rupanya camtu~
ku sangka kat kampus takde ikut parti2 politik~mmmm~

tapi betul... papepun berbalik pada individu tersebut samada mampu tak dia menjadi pemimpin~

perindu_خلافة says:
at: February 25, 2011 at 12:49 PM said...

^_^ xpe yg penting kita sama2 belajar,