mem(buak)² rasanya gelora hati ini ingin menyambung cerita mengenai kapsul masa yang lepas. Beberapa feedback positif juga menyatakan bahwa sebahagian sahabat blogger turut menyimpan sesuatu yang dianggap sebagai time capsule milik mereka. Sebelum meluaskan lagi skop kapsul masa yang hendak saya bawakan dalam penulisan kali ini. Suka hati saya untuk membawa sahabat² menjelajah mengelilingi dunia sebentar bersama saya.. JaLaN² CaRi err~
oK, adakah sahabat² tahu apa perkembangan terbaru di Bumi Mesir sekarang ini? Jika tidak, di sini telah saya sediakan link yang sesuai untuk sahabat² menjengah iklim politik dunia. Ingat!! Jangan sesekali menjadi katak dibawah tempurung, kerana dunia kita hari ini adalah barang yang di pinjamkan oleh diri kita dari masa depan. Al-Jazeera Live Stream – Ikhwanul Muslimeen. Bercerita mengenai bumi Mesir, mari kita seputar masa ke zaman lampau. 4000 tahun yang lalu jasad firaun² dari berbagai era dan dinasti disemadikan dalam bangunan² yang dipanggil piramid. Dan hanya ketika mana pintu² piramid dibuka pada zaman moden ini, maka segala rahsia yang telah lama terkubur kembali megah diceritakan. Memasuki piramid yang baru dibuka seolah menerjah ke ruang masa lampau. Pernah juga saya mendengar cerita mengenai terdapatnya beberapa piramid yang baru dibuka dalam era 50-an menyaksikan bahawa api obor di dalam piramid tersebut masih menyala, seolah²nya ia umpama baru dipasang semalam. Namun kurang dari 5 minit kesemua obor tersebut mulai terpadam. Adakah terdapat teknologi mesir purba yang sukar diungkap oleh zaman kita ini!?
Dapatkah sahabat² membayangkan keadaan diatas. Di mana jika sesebuah makam firaun dibuka, maka apa sahaja yang terdapat didalamnya adalah kekal sejak ia ditutup. Bermakna piramid juga merupakan sebuah kapsul masa... bukan sekadar kapsul masa yang biasa, tetapi sebuah kapsul masa yang amat luarbiasa; Sebuah kapsul masa yang besar. Sehinggakan beberapa orang saintis yang ditugaskan untuk mengenal pasti kandungan udara Mesir 4000 tahun lalu boleh menyedut udara didalam makam yang masih tertutup bagi dianalisa. Namun ada sesuatu yang mungkin jelas dimata namun kabur dijiwa. Apa dia!?
“KEKEJAMAN SANG PEMERINTAH!!”
Ayuh sahabat², buka mata hati kalian.. o,;”)_ kapsul masa Mesir telah pun berbisik pada anak² muda mereka. Agar jangan tunduk pada sang pemerintah zalim. Islam tidak membenarkan rakyat menentang (DENGAN SENJATA) untuk menjatuhkan pemerintah Muslim selagi mana pemerintah tersebut mendirikan solat. Namun jangan lupa, hadith yang sama juga ada berpesan untuk membenci perkara yang menjadikan Pemerintah tersebut layak digelar zalim. Oleh sebab itulah segolongan besar ulama’ menyatakan bahawa PERHIMPUNAN AMAN TANPA SENJATA adalah TIDAK SALAH. Malah ia bertindak sebagai tanda/signal supaya pemimpin tersebut sedar dan kembali mencermin diri.. [namun kita sering ditakut²kan bahawa tindakan pehimpunan tersebut adalah haram kerana ia menentang pemerintah].
Sahabat... jika mahu bertanyakan isu agama, tanyalah pada ulama' yang muktabar ikhlas dalam urusan. Sahabat... jika mahu mengetahui mengenai undang², tanyalah pada pakar undang² seperti hakim dan peguam yang ikhlas dalam urusannya. Sahabat... jika mahu belajar membuat kek, janganlah bertanya kepada si nelayan; Kerna pasti dan pasti jawapannya tidak tepat malah mungkin tidak betul sama sekali. Hari ini; negara kita, telinga kita, mata kita, acap kali dihidangkan oleh puak berkepentingan tertentu.. Bila soal agama yang diperbincangkan yang menjawab bukan dari kalangan ahlinya. Bila soal undang² yang diperbincangkan, yang menjawabnya juga bukan dari kalangan ahlinya. Selidikilah setiap maklumat yang diterima agar sahabat tidak mudah diperbodohkan, jawapan yang sahabat dengar perlu disahkan sendiri oleh sahabat. BUKAN MEDIA, BUKAN MEREKA tetapi ANDA.
Sahabat... jika mahu bertanyakan isu agama, tanyalah pada ulama' yang muktabar ikhlas dalam urusan. Sahabat... jika mahu mengetahui mengenai undang², tanyalah pada pakar undang² seperti hakim dan peguam yang ikhlas dalam urusannya. Sahabat... jika mahu belajar membuat kek, janganlah bertanya kepada si nelayan; Kerna pasti dan pasti jawapannya tidak tepat malah mungkin tidak betul sama sekali. Hari ini; negara kita, telinga kita, mata kita, acap kali dihidangkan oleh puak berkepentingan tertentu.. Bila soal agama yang diperbincangkan yang menjawab bukan dari kalangan ahlinya. Bila soal undang² yang diperbincangkan, yang menjawabnya juga bukan dari kalangan ahlinya. Selidikilah setiap maklumat yang diterima agar sahabat tidak mudah diperbodohkan, jawapan yang sahabat dengar perlu disahkan sendiri oleh sahabat. BUKAN MEDIA, BUKAN MEREKA tetapi ANDA.
Semoga ALlah menukar-gantikan pemimpin² yang bangga bergelar nama Muslim dan berketurunan Muslim [tetapi cara hidupnya, ahli keluarganya dan bangsanya tidak mengikut nilai Islam yang sebenar] sedia ada dengan selayak² Khalifah yang bukan sekadar Muslim tetapi seorang Mu’min Sejati. Sesungguhnya itu adalah perkara yang Mudah bagi-Nya.. o,’”)_ ameen
MAAF:
Lambat sikit nak sambung sebelum ni,
kerna kesihatan yang x mengizinkan...
3 التعليقات:
at: February 11, 2011 at 9:23 PM said...
as a conclusion history is essential hehehe..
at: February 11, 2011 at 11:35 PM said...
wow~
kagum aku jap!
hakhakhak..
kawan ak yg kat mesir tak balik lagi~ sob2~ tiket dia lambt~ haih pemerintah~ sila bagi balik kawan saya!!!
nyway~ selamat kembali..^___^
at: February 12, 2011 at 1:46 AM said...
betul.. dalam al-Quran sejarah lebih rapat utk difahami dgn perkataan 'ibrah; mengembara / menyelusuri / merentasi.. memahami implikasi sejarah utk masa depan yg lebih baik, insyaALlah ^_^
ape yg ko kagum tuh RuBy,
utk sahabat yg masih x pulang dari Mesir , doakan saje yg terbaik buat mereka..
psst : aku suggest korang guna media antarabangsa kalau nak taw mengenai cerita dalam dan luar negara.. sbb kebanyaknnya lebih bersikap neutral dan berkecuali, antaranya al-Jazeera
Post a Comment