Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, February 28, 2011

Sejenak bersama saya



1)      Keletihan semalam telah membawa saya ke alam tanpa sedar selama 9 jam 30 minit, bermula dari selepas solat Maghrib sehinggalah tepat jam 5.30pagi hari ini. (tidur atas sejadah pula tu! haish)
2)      Menyedari masih tidak menunaikan solat isya’ maka terus saya bingkas bangun mencapai tuala bagi membersihkan diri. Bukan apa sejak pulang dari Majlis Penutup Hari Rekreasi UIAM 2011 semalam (IIUM Recreational Day 2011) saya masih belum sempat mandi kerana mengejarkan Maghrib yang hampir sampai ke penghujung waktu.
3)      Selepas selesai menunaikan Solat Fardhu isya’, saya cuma duduk2 memikirkan perkara yang perlu dilakukan untuk hari ini. Bukankah perancangan adalah satu keperluan. “If you Fail to Plan, You Plan to Fail!”
4)      Menunggu masuknya waktu subuh yang hanya beberapa detik waktu sahaja lagi akan tiba. ^_^
5)      Mengenai program Eksplorasi UIAM 2011 (IIUM Explorace 2011) semalam, alhamduliLlah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pertama-tama sekali UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH saya tujukan khas buat semua ahlijawatankuasa pelaksana (committee) yang sama-sama membantu melicinkan program tersebut. Biarpun kekurangan tenaga kerja namun semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Sekali lagi Terima Kasih sahabat semua2. ^_^
6)      Tahniah juga kepada semua peserta2 Eksplorasi UIAM 2011 kerana berjaya menghabiskan semua tugas dan menamatkan larian sehingga ke tempat PENAMAT. Biarpun ada yang gagal mendapat tempat untuk mendapat hadiah, namun usaha anda semua menghabiskan sesuatu yang anda telah mulakan adalah sesuatu yang PATUT DIPUJI dan dihargai.
7)      Segala maklum balas yang diterima turut kami ucapkan Terima Kasih.
8)      Saya perlu bersedia untuk pelbagai program lain selepas ini;
a.        Malam Penghargaan AhliJawatankuasa Perwakilan Asrama Talhah (MRC Talhah’s Appreciation Night) pada 2hb Mac 2011,
b.      Pertandingan Bola Tampar Tertutup UIAM Kuantan 2011 (IIUM Kuantan Volleyball Close Tournament 2011) pada hari sabtu dan ahad ini, 5-6hb Mac 2011
c.       Menjadi pemerhati bagi Pertandingan Futsal 2011 kelolaan kelas kemahiran Bola Sepak (Futsal Tournament 2011) pada 12-13 Mac 2011,
9)      Untuk tugas akademik juga masih banyak yang belum saya selesaikan, antaranya;
a.       Menghantar laporan makmal untuk kelas Toksikologi (Toxicology Lab Report) pada hari Rabu ini bersamaan 2hb Mac 2011,
b.      Menyiapkan tugasan (assignment) toksikologi untuk dihantar juga pada minggu ini.
c.       Tugasan Bahasa Inggeris untuk kegunaan Kerja (English for Occupational Purposes) yang perlu dihantar sebelum atau pada 11hb Mac 2011,
10)   Makanya saya perlulah membahagi masa yang ada sebaiknya, insyaALlah saya akan cuba melakukan yang terbaik ^__^, (Rizqan kamu boleh percayakan saya ok!)
Sunday, February 27, 2011

three minutes exposure..

Dalam keterbatasan masa yang ada, masih sempat rasanya jika jari jemari ini menaip meluah rasa. Duduk cuma sekadar menjadi saksi bahwa dunia masih bernyawa. Deruan bayu lembut menampar-nampar pipi milik seorang insan. Sibuk dengan khayalan dunia tanpa sempadan.
Sedang dikelilingnya, sahabat bergerak berarah tujuan, sahabat melangkah maju terus kehadapan. Sedikit tidak menoleh, memandang insan yang sedang duduk. Ada yang sekadar senyum dan ada senyuman dalam keseriusan. Mereka berjalan dan terus berjalan. Malah ada yang berlari, entah kenapa!? Qalbu insan ini masih samar menafsir.
bunyi sahutan manusia bicara, bunyi deruan enjin kecil blender, hurm...
“kak Wani kat mana!? oH.. takpe-takpe”.. wanita berjalan tanpa teman, bercakap dengan kotak ditangan, dunia apakah ini!?, hurm...
Saturday, February 26, 2011

wujudkah tali cinta itu!?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua! (Baik..)
Semangat sikit, Apa Khabar Semuaa! (Baaik..haha)
alHamduliLlah, OK.
Hari ini Zaid nak tunjuk dekat abang2 dan kakak2 magic,
Kejap2 magic~

Haa.. tanpa badan Zaid bergerak.
Bendaa itu.. akan sampai kpada Zaid; Ready!? (Ready..)
Haa.. macam mana Zaid buat? (Tali..hehe)
Betuul.. tali, dan itulah tajuk Zaid pada hari ini;
‘Tali Pengikat Cinta Rasulullah’

Abang2 dan kakak2 sekalian,
Kalau kite nak mencari Tali Cinta RasuluLlah (),
Kite kenelah mengingatinye!


rizQan   : RasuluLlah tidak pernah sekali melupakan ummatnya,
tetapi cinTa ummatnya kepada RasuluLlah... T_T,
Friday, February 25, 2011

Jadi Pemimpin bukan satu Permainan!!

Sabda Nabi saw, كلكم راع وكل راع مسؤول عن رعيته

Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya”. Bukhari & Muslim

Pemimpin dalam Islam bukanlah satu keistimewaan yang direbut-rebutkan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti

فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ

“Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain, maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.” (al-Baqarah 283)


Lebih besar bidang kepimpinan maka lebih besarlah tanggungjawabnya.
Kepimpinan juga adalah merupakan ujian dan dugaan daripada ALlah. Makin besar tanggungjawab kepimpinan maka makin besarlah pahalanya TETAPI sebaliknya sesiapa yang cuai dan gagal menunaikannya maka besarlah pula dosa dan kemurkaan ALlah. 

Sabda Rasulullah ( saw ) :

مَا مِنْ راعٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ يموتُ يومَ يموتُ وهو غاشٌ رَعِيَّتِهِ إلا حرَّمَ اللهُ عليه الْجنةَ

“Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya, dia mati kerana tiba ajalnya pada hal dia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.”

Maka berhati-hatilah apabila memilih pemimpin dan bila dipilih jadi pemimpin.
Thursday, February 24, 2011

analisa Pilihan Raya Kampus 2001-2011



[PRK sesi 2001/02] front Pro-Mahasiswa menguasai UM (36 – 12), UKM (30 – 2), UPM (36 – 3), UIAM (28 – 6), UTM(32 – 13), USM (21 – 16). Front Aspirasi pula menguasai UiTM (34 – 2), UPSI (9 – 8), UUM (27 – 0), UNIMAS (11 – 0), UMS (23 – 0), KUIM (11 – 0), KUITTHO (21 – 0). Daripada 13 kampus, Pro Mahasiswa menguasai 6 kampus manakala Aspirasi menguasai 7 kampus. Kampus-kampus utama masih milik Pro Mahasiswa.
[PRK sesi 2002/03] front Pro-Mahasiswa menguasai UM (34 – 5), UKM (23 – 9), UPM (31 – 14), UIAM (19 – 10), UPSI (13 – 11), USM (21 – 16). Front Aspirasi pula menguasai UiTM (36 – 0), UTM (27 – 15), UUM (20 – 7), UNIMAS (11 – 0), UMS (32 – 0), KUIM (8 – 3), KUITTHO (21-0), KUTKM (22 – 0) dan KUSTEM (12 – 3). Daripada 15 kampus, Pro Mahasiswa menguasai 6 kampus manakala Aspirasi menguasai 9 kampus. Kampus-kampus utama masih milik Pro Mahasiswa.
[PRK sesi 2003/04] front Pro-Mahasiswa hanya berjaya menguasai UM (26 – 13) dan UIAM (21 – 1). Front Aspirasi berjaya merampas kampus-kampus utama yang lain seperti UKM (23 – 9), UPM (31 – 14), UTM (23 – 22), USM (20 – 19), UPSI (14 – 0). Di kampus-kampus yang lain, Aspirasi hampir membolot kesemua kerusi yang dipertandingkan. Daripada 16 kampus, Pro Mahasiswa hanya menguasai 2 kampus sahaja.
[PRK sesi 2004/05] kampus UM akhirnya berjaya dirampas oleh Aspirasi kerana Gagasan (nama lama bagi Pro Mahasiswa UM) memboikot PRK dengan tidak menghantar calon. Kesemua kampus dikuasai oleh aspirasi melainkan UIAM dan UPSI. Pada sesi ini, Pro Mahasiswa hanya tewas tipis di kampus USM (18 – 19) dan UTM (20 – 25). Seorang perwakilan Umno dalam AGMnya mendesak agar kerajaan melakukan sesuatu bagi merampas kembali UPSI dan UIAM.
[PRK sesi 2005/06] Aspirasi menang mutlak di semua kampus kerana WUFI UIAM (nama lama bagi Pro Mahasiswa UIAM) juga turut memboikot PRK. Aspirasi membolot kesemua kerusi yang dipertandingkan melainkan 2 kerusi di UM, 5 di UKM dan 2 di UNIMAS.
[PRK sesi 2006/07] Aspirasi masih menang di semua kampus kecuali UIAM.
[PRK sesi 2007/08] nama Pro Mahasiswa mula digunakan di Universiti Malaya. Walaupun gagal merampas MPMUM, kerusi-kerusi yang dimenangi meningkat. Begitu juga dengan kampus lain. UIAM masih milik Pro Mahasiswa di sana (WUFI).
=->PRK tidak diadakan pada tahun 2008 sebaliknya dianjakkan ke tahun 2009. Ia dikaitkan dengan kesan ‘Tsunami Politik’ yang melanda Umno/Barisan Nasional.
[PRK sesi 2009/10] Pro Mahasiswa UM berjaya merampas MPMUM dengan kemenangan tipis (21 – 20) hasil kerjasama dua ahli MPM bebas dari Fakulti Undang-Undang. Pada sesi ini semua kampus masih dikuasai Aspirasi melainkan UM dan UIAM.
[PRK sesi 2010/1] Aspirasi berjaya merampas MPMUM juga dengan kemenangan tipis (21 – 20). Aspirasi mendapat kelebihan daripada kerusi fakulti walaupun Aspirasi hanya memenangi satu daripada 9 kerusi Umum. UIAM masih satu-satunya milik Pro Mahasiswa.
[PRK 2011/12] Pro Mahasiswa memecah dekad gelap apabila kembali menguasai UM, UKM, USIM, UPSI,UMK dan UMS . Manakala Aspirasi masih menguasai USM, UPM dan UiTM.
=->Trend sokongan terhadap mahasiswa anti-establishment ini sudah tentu menakutkan pimpinan Umno/Barisan Nasional. Mereka pasti tidak berdiam diri kerana bagi mereka, Pro Mahasiswa tetap pro-Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya tidak.
=->Kemenangan Pro Mahasiswa bukanlah kemenangan Pakatan Rakyat tetapi ia tetap suatu kekalahan buat Barisan Nasional.
Selamat maju jaya Pro Mahasiswa!

Sedikit cerita dari kampus sendiri:
Pilihanraya kampus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sebelum ini dikenali sebagai antara kubu kuat Pro-M juga berlangsung aman apabila semua calon bertanding atas tiket bebas di kampus induk Gombak dan kampus Kuantan, Pahang. 

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata sebanyak 19 kerusi daripada 31 kerusi kerusi dipertandingkan menang tanpa bertanding termasuk sembilan kerusi di kampus Kuantan. 
-Sumber: Berita Harian 24 Februari 2011-


Psst: Saya yaqin pasti ramai sahabat yang tertanya2, mengapakah terlalu banyak kerusi yang di istiharkan menang tanpa bertanding di UIAM, dan yang lebih menghairankan adalah mengapa calon2 pada kali ini lebih selesa untuk bertanding atas tiket bebas; adakah kerana kurangnya kesedaran politik kampus di kalangan Mahasiswa UIAM? atau ada sebab lain yang lebih besar isunya... (kefahaman saya akan dikeluarkan dalam post yang akan datang)
Tuesday, February 22, 2011

semoga semakin hari semakin baik ^_^

السلام عليكم

Masihkah sahabat2 ingat penulisan saya mengenai Musolla di Franky atau lebih tepatnya Musolla Mahallah at-Tabari, kesempitan ruang untuk jemaah satu masa dahulu kini telah digantikan dengan sebuah Musolla baru yang lebih besar dibangunan bersebelahan.

Biarpun telah hampir 3 minggu musolla ini di ‘alihkan’ namun hanya akhir2 ini saya semakin sedar bahawa musolla yang baru ini juga semakin meningkat tekanan didalamnya. Sahabat2 pasti faham maksud saya kan...!! ^_^ Ya, jumlah jemaah semakin bertambah dari sehari ke sehari. alhamduliLlah.. tidak sia2lah usaha pihak2 tertentu untuk menaikkantaraf kebajikan mahasiswa yang terpaksa menetap di dunia luar kampus.

Paling meruntun hati ini apabila sang mata terpandang susuk tubuh seorang sahabat yang tidak pernah dijangka untuk bersama2 turun bersolat berjemaah di musolla.


“Maha Suci ALlah~ Engkaulah pemilik hati2 ini, lembutkanlah ia dan terangilah hati2 ini
agar senantiasa teguh berdiri diatas jalan Redha-Mu”

ameen ya RABbal’alameen o,;”)_

hidup dan terus belajar...

asSaLaMu’alaykum wbt...

diharapkan sahabat² sedang berada dalam nikmat kesihatan ketika membaca artikel ini, tarikh hari ini 19 Rabi’ul awwal 1432 bersamaan 22 February 2011; adalah suatu tarikh besar buat sesetengah orang dan mungkin juga cuma hari² yang biasa buat sesetengah yang lain, bagi diri saya pula; saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan hari ini lebih besar dari tarikh semalam. Kerna saya percaya bahawa setiap hari yang dilalui oleh seseorang manusia adalah period masa untuk potensi kita di UJI oleh RABbul’alamin,


gelagat Fatimah, Azima dan Aiena

sedia maklum bagi sekalian pembaca warQah, dalam artikel bertajuk sesuatu yang sukar diungkap... T_T dan bermadah dari perspective yang lain ^_^, saya ada menceritakan sedikit mengenai travelog dan pengalaman saya bertindak sebagai fasilitator bagi adik² yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR dalam tahun ini. Dan buat pengetahuan semua, artikel terpanjang yang pernah saya tulis diatas warQah itu telah pun berjaya mendapat tempat ke-2 paling popular dalam blog warQah daUn papYrus dalam masa kurang 2 hari, amat mengejutkan tetapi saya percaya tanpa kehadiran sahabat² semua ke sini, kejayaan itu tidak akan pernah berhasil ^_^ Terima Kasih,

 

gelagat Zaid dan Ikram

baiklah bercerita sedikit lagi mengenai pengalaman sebagai fasilitator, saya sebenarnya sudah acapkali menjalankan program motivasi dan kesedaran khususnya buat adik² di peringkat sekolah menengah.. namun untuk adik² di peringkat sekolah rendah; ini adalah merupakan pengalaman pertama saya. Ya Pengalaman Pertama di SK (2) Taman Keramat.


gelagat Suhailah, Zaidah dan Aisyah

Untung sekali apabila diri ini dipertemukan dengan 7 adik kecil yang saya percaya punya cita² yang besar, jauh lebih besar dari jangkaan seorang pelajar universiti seperti saya sendiri. Bertindak sebagai fasi mereka; sedikit sebanyak rasa terkesan dari madah² mereka yang lebih muda, malah sifat hijau mereka itu menghasilkan pertanyaan yang jujur mahukan ilmu~

hati saya rasa tertarik untuk mengetengahkan individu ini buat tatapan pembaca warQah, seseorang yang telah membuatkan diri saya terkesima dengan lagak katanya, gaya bahasa dan lenggok seni badannya ketika menyampaikan sesuatu. Malah senyuman manisnya sedikit tidak pernah hilang walau terdapat provokasi dari temannya sendiri. Secara peribadi saya merasakan diri ini amat kecil jika dibandingkan dengan khaleefah muda ini... SubhanALlah, saya tidak pernah berjumpa dengan individu seperti yang saya maksudkan diatas sehinggalah hari kejadian. T_T.

 

Suhailah Aiena Azima Aisyah Zaidah Ikram Zaid Rizqan Fatimah

Punya sebuah keluarga yang baik, sahabat yang baik, jiran² yang baik dan kini khaleefah² kecil ini pula di hantar oleh-Nya buat menjadi pendidik seorang manusia bernama rizQan.. insyaALlah, saya cuba untuk belajar sesuatu, o,;”)_



Psstt : Salah seorang dari khaleefah kecil ini; iaitu adik Zaid Najmuddin bin Zul Akmal adalah merupakan peserta Rancangan Adik-Adikku Musim ke-2 di RTM1. Untuk melihat Da'ie muda ini lebih dekat, sahabat² boleh berada di hadapan kaca TV pada jam 6.30 petang mulai dari tarikh hari ini [22 February 2011], hari isnin hingga jumaat.

Buat sahabat² UIAM yang sepatutnya keluar mengundi pada hari ini,
Sila Jalankan Tanggungjawab anda. "Don't Let Other Speak for You!"

Monday, February 21, 2011

bermadah dari perspective yang lain ^_^

Dalam kepetahan tersurat kemanisan bicara,
Rupa nan indah cerminan butir permata berharga,
Dalam kebisuan tersirat seribu-satu rahsia,
Pahatan seni bukti kekuatan ruh dan jasadnya,
Ikhlas senyuman mampu menusuk ke jiwa,
Qalbu bergetar, dijentik anugerah Yang Esa.

-masih cuba menghuraikan post yang tak terungkap,
rasanya yang ini lebih baik dari sebelumnya-


Psstt      : abang rizQ n kak Tim doakan yang terbaik buat adik² semua,
insyaALlah kejayaan Dunia-Akhirat ^_^ بارك الله لكم
Saturday, February 19, 2011

sesuatu yang sukar diungkap... T_T

The Best among the rest!!

Bagi penulis terdapat cerita besar disebalik gambar ni... harap sahabat² boleh bersabar untuk menantikan entry seterusnya, penulis memerlukan sedikit masa untuk mengolah ayat~ insyaALlah setiap penulisan di atas warQah adalah untuk hikmah bersama ^__^

---------------------------------

Biar berada diBumi berbeda; namun jadwal bangun pagi-ku tidak pernah kunjung berubah. Jarum SOLVILet TITUS di tangan tepat menunjukkan jam 4.30 pagi, lalu kubersihkan diri sekadar keperluan dan melakukan apa yang sepatutnya dahulu.. sebelum sayup terdengar dicuping telinga halusku, ‘UTHMAN BANGUN!!.. UTHMANNN BANGUNNN!!’ bunyinya bertempik beberapa kali lalu terus hilang.

Kuselak jendela panjang dibilik yang ku inapi, maka terlihat akan beberapa buah bilik dari blok yang ku duduki dan juga pada blok yang bertentangan mula terang dilimpahi cahaya lampu dari bilik masing². SubhanALlah berhasil... ^_^

Buat pengetahuan kalian, aku ada melihat sa-keping poster yang ditampal dibahagian bawah Mahallah, tajuknya besar lagi jelas “OPS FAJAR!”. Namun bagaimana OPS FAJAR ini dilaksanakan masih sangsi dan kabur diminda-ku dan juga beberapa sahabat yang lain; tetapi sebaik sahaja terdengar jeritan halus itu tadi maka fahamlah aku. Bila dilihat jam untuk kali yang keduanya, ku dapati jarumnya  baru 4 minit meninggalkan jam 5 pagi secara tepat. Sesuatu yang sedang diperbincangkan buat kebaikan Mahallah Talhah di Kuantan telah pun ditunjukkan oleh-Nya, melalui MRC Uthman diBumi Gombak. Terima Kasih Ya ALlah~

---------------------------------


Detik demi detik pun berlalu, menghampirkan manusia² ini ke jam 5.30pagi (waktu Malaysia). Kurasakan inilah masa yang sesuai untuk-ku mula membuat morning call buat sahabat delegasi yang lain. Bukankah bantu membantu itu penting, sedang kepenatan semalam boleh menjadi halangan untuk menunaikan ibadah di pagi ini.

Teman sa-bilik juga telah ku-kejutkan, bukan melalui sentuhan seperti buat roomates ku di Franky. Cukup sekadar menyilaukan mata mereka dengan lampu kalimantang di bilik kecil itu. Kerana ia adalah pilihan pertama buat seorang early riser... terasa mudah apabila berurusan dengan manusia² yang punya kefahaman tanggungjawab dalam diri, seperti mudahnya mengejutkan mereka diwaktu pagi~

Kedudukan masjid yang agak jauh mempengaruhi keputusanku; lalu mempersiap diri dan turun ke Musolla Uthman yang terletak kurang 200 meter dari bilik ini. Di pertemankan Imad sedang Ijan berusaha mengejar waktu, azan dilaung bersahut-sahutan dari setiap ceruk campus. Azan dengan pelbagai irama dan nada menghiasi ruang udara UIAM Gombak buat beberapa unit waktu.

Sebaik selesai menunaikan Solat Fardhu Subuh berjemaah, kesemua delegasi kembali ke bilik masing² dan mengemas barang² untuk check out** Jam 7.00 pagi** dirancang sebagai waktu untuk mula meninggalkan Bumi UIAM Gombak menuju ke SK (2) Taman Keramat... ^_^

---------------------------------

Perjalanan dari UIAM Gombak ke SK (2) Taman Keramat

7.25am                 : Bas meninggalkan Bumi UIAM Gombak menuju ke SK (2) Taman Keramat.

7.45am                 : Tersesat jalan dan menunggu dihadapan bangunan JUSCO; kemudian dijemput seorang wakil guru SK (2) Taman Keramat.

7.50am                 : Selamat tiba di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat; lalu dijemput minum pagi dahulu oleh pihak sekolah ^_^

8.10am                 : Delegasi MRC Talhah yang bertindak sebagai facilitator mula memasuki dewan yang dipenuhi pelajar lelaki dan perempuan dari Tahun 5 dan Tahun 6.

8.15am                 : Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis, bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar ; faci telah berada diatas pentas. (Tepat jam 8.30pagi Misyuari mula mengambil alih mikrofon dan adik² tahun 5 dan 6 kini berada dalam genggaman) >_<

8.45am                 : Ceramah Motivasi daripada Kak Ros bermula; sementara induksi ringkas untuk para fasilitator berjalan diluar dewan.

10.10am               : Fasilitator memasuki dewan dan mengambil kumpulan masing² yang telah ditetapkan.

10.33am               : Kumpulan pertama pelajar tahun 6 dilepaskan kepada fasilitator untuk menyambung aktiviti seterusnya. (rizQan dan Fatimah diberi tanggungjawab untuk mengambil kumpulan 7 tahun 6... subhanALlah, speechless >_< )

Khusus dalam Group 7 [Zaid + Ikram + Azima + Aiena + Suhailah + Zaidah + Aisyah]

11.00am               : Bergerak mencari kelas kosong di tingkat satu; bersebalahan makmal sains.
11.10am               : Sesi Ta’aruf dimulakan; bacaan ummul-kitab menjadi pembuka bicara.
·         Melukis gambar sahabat disebelah kanan, dengan menggunakan tangan yang bukan dominan.. Rasional?
·         Mengisi kerusi kosong disebalah kanan anda.. Rasional?
·         Melukis gambar mickey mouse.. rasional?
·         Jadwal harian saya..
·         Mencari 5 batang straw yang mempunyai warna berbeza dengan straw lain dalam keadaan mata tertutup + tetapi dibantu sahabat lain dengan memberikan arahan.
12.55pm               : Slot terakhir; iaitu membuat ikrar dan akujanji...

1.25pm                 : Memasuki dewan untuk resolusi (bacaan ikrar diketuai oleh ketua pelajar; adik Zaid Najmuddin bin Zul Akmal) dan pemberian hadiah kepada setiap kumpulan.


2.00pm                 : Majlis selesai; adik² mula meninggalkan kawasan sekolah dan beberapa yang lain masih menunggu untuk bertemu abang dan kakak faci sebelum masing² pulang kerumah; delegasi dihidangkan makan tengahari oleh pihak sekolah.. Terima Kasih ye ^_^

2.30pm                 : Solat Jama’ Qasar berjemaah di Musolla SK (2) Taman Keramat; dan bergerak pulang menuju ke UIAM Kuantan tepat jam 3.05 petang.

TAMAT

Psst: (biarpun telah menjadi entry terpanjang di atas warQah, namun penulis masih gagal mengungkapkan kisah disebalik gambar tersebut... haish =_=)

TRAVELOG 18/2/2011



10.40am               : Bas bergerak dari UIAM Kuantan.
                                 Berhenti sebentar di Hentian Lanchang untuk pertukaran pemandu bas.

1.45pm                 : Tiba di roundabout berhadapan dengan Bangunan Rektor UIAM Gombak,
                                 ; kedengaran azan zohor.

2.30pm                 : Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak.

2.50pm                 : Bergerak meninggalkan UIAM Gombak menuju ke UPM Serdang,
                                 ; makan nasi yang dibeli oleh sisters dalam bas.

3.42pm                 : Tiba di hadapan Kolej Kediaman Tun Perak (Kolej ke-8)

4.00pm                 : Dibawa masuk ke dalam dewan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa KTP,
                                 ; di jamu minum petang. ^_^

4.15pm                 : Majlis dibuka dengan bacaan doa dan seterusnya sesi pembentangan oleh   kedua badan perwakilan yang dimulakan oleh Delegasi dari Mahallah Representative Committee Talhah. (Berjalan selama lebih kurang 2 jam)

6.00pm                 : Majlis ditutup; sekali lagi dijamu minum petang sebelum sesi fotografi.

6.45pm                 : Bergerak meninggalkan Kolej Kediaman Tun Perak dan memasuki Tol UPM tepat jam 7.00 malam. Jalan sesak teruk sepanjang perjalanan.

7.30pm                 : Menurunkan Bro Zamri di Flamingo Hotel.

7.42pm                 : Tiba di pintu gerbang UIAM Gombak; lalu terus menuju ke Mahallah Maryam bagi sisters dan Mahallah Uthman bagi brothers. (meeting dicadangkan jam 9.30 malam di Masjid)

9.30pm                 : Meeting dialihkan ke venue lain kerana terdapat event di Masjid UIAM “Reviving Young Muslim Generations” bertajuk ‘Behind Enemy Lines: Defending Islam’

9.55pm                 : Meeting dimulakan di Bilik HSC TR18, ground floor; perbincangan mengenai modul program di SK Taman Keramat 2 dan isu² berbangkit dalam program.

11.55pm               : Majlis ditutup; sebahagian delegasi menaiki bas untuk makan di luar kampus. Manakala sebahagian yang lain bertebaran di dalam kampus untuk bertemu sahabat² di Bumi UIA Gombak. Cafe Mahallah Farouq dan Mahallah jadi pilihan brothers. (di antara jam 12.00tgh malam-2.30 pagi masing² balik ke bilik untuk tidur)