Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, September 30, 2010

warQah untuk emak rizQan..

السلام عليكم

                Buat emak-ku TERCINTA bernama Zahara binti Manaf... per(tama)² sekali angah nak ucapkan SeLaMaT MeNYaMBuT HaRi uLaNgTaHuN KeLaHiRaN emak yang ke 55, Semoga ALlah sentiasa merahmati emak dan setiap orang yang sentiasa dekat dengan emak. Hanya limpah Rahmat dari-Nya sahaja yang mampu menguntum perasaan bahagia di hati segala makhluk² -Nya. Di kesempatan ini juga angah nak minta ampun dan maaf kat mak atas semua kesalahan yang pernah angah lakukan, baik sedar atau tidak. Segala perbuatan yang membuatkan hati emak terguris dan terasa angah mohon ampun sangat². Sebab itu adalah dosa angah pada emak yang mana Dia sendiri pun takkan ampunkan angah jika emak tidak ampunkan anak emak ni sendiri. Kasihanilah angah ye mak ^_^. insyaALlah angah akan belajar rajin².. dan akan sentiasa berdoa untuk emak dan semua kaum kerabat kita agar sentiasa dibawah Lindungan Allah dari sebarang keburukan yang dibawa syaitan mahupun makhluk² -Nya yang lain. Janji yang telah angah buat satu masa dahulu; untuk menghafaz keseluruhan isi kitab suci tu akan angah teruskan. insyaALlah ada hadiah terbesar yang angah nak bagi kat mak, abah dan adik-beradik yang lain bila saja angah dapat khatam seluruh Kitab Quran tu nanti. Harap emak sentiasa mendoakan anak lelaki emak yang sorang ni berjaya dunia dan akhirat, punya zuriat keturunan yang juga berjaya dunia akhirat. Angah minta maaf sebab seperti tahun lepas, yang mana kita tak dapat sambut birthday mak bersama.. T_T, tapi dari kejauhan sikit pun angah takkan pernah lupa HaRi uLaNgTaHuN KeLaHiRaN mak... sebab angah cuma ada seorang emak je kat muka bumi ni, iaitu emak la kan siapa lagi.. hahaha (terbuat lawak pulak >_<)

p/s: angah tahu.. mak lebih suka kalau angah menulis menggunakan tulisan jawi kan, angah minta maaf sebab tak dapat buat macam tu kat warQah daUn papYrus ni~ sebab akan berlaku kesukaran bila mana terdapatnya huruf²  jawi tertentu yang tidak wujud di dalam komputer angah.  Jadi adalah lebih mudah untuk angah menggunakan tulisan rumi sahaja ye :)

ANGAH SAYANG EMAK SANGAT²
Wednesday, September 29, 2010

comment anda boleh menghias warQah...

                asSaLaMu’alaykum… berkenaan dengan masalah yang timbul sebelum ini; iaitu kesukaran yang berlaku di dalam proses pengeposan comment ke atas mana² article yang terdapat di dalam warQah daUn papYrus. Pihak pengurusan http://contengataskertas.blogspot.com memohon maaf kepada semua pengikut / pembaca setia warQah daUn papYrus kerana tidak menyedari akan hal ini sedari awal lagi. Kekosongan setiap ruang comment dibawah article telah lama berlaku, namun puncanya cuma dianggap sebagai tindakan pasif dari kalangan pembaca sahaja. Hanya selepas pihak pengurusan ditegur oleh Kak RaiHan, barulah Penulis menyedari akan hal ini. Terima Kasih kerana membuat maklum balas kepada Penulis untuk tindakan lanjut. Usaha Kak RaiHan di harap mampu menjadikan warQah daUn papYrus penuh dengan comment² membina dari para pembaca sekalian. Atas bantuan sahabat baik Penulis; aChik Sd. Kami sama² telah berusaha untuk meng‘adjust’ sedikit setting didalam tools blogspot. Dan akhirnya... kini pihak pengurusan yaqin bahawa ianya telah kembali kepada normal. Terima kasih... ^_^
Tuesday, September 28, 2010

sila jaga diri...

Awak..
..kita tulis warQah ni khas untuk awak,
Tentu awak terkejut,
sebab kita tak penah pun kata nak rapat dengan awak..
Tapi dalam hati kita hanya TuHaN yang taw,
betapa tenangnya rasa bila awak berada disisi.
Kalau boley kita sentiasa nak dekat dengan awak;
bukan hanya untuk semalam atau jugak hari ini...
...Tapi sampai ke satu masa yang kita sendiri pun tak pasti; awak pun.

Awak,
Kita da lihat awak yang hari nie...
kita amat yaqin yang awak mampu jaga diri..
Awak da punya kaki sendiri,
jatuh bangun pun awak takkan menangis lagi...
...Sebab awak da mula mengerti;
erti sebuah kehidupan bernama duniawi.
Antara awak dan kita,
pastinya bagai langit dengan bumi.
Kerna itu, dengan rela hati kita membuka langkah untuk pergi.
Bukan untuk melarikan diri..
tapi mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri.
Semoga kita yang akan datang adalah lebih baik dari hari nie.
...Agar kita dan awak boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

Atas segala kekhilafan diri... kita susun sepuluh jari,
memohon ampun dan maaf sehingga pertemuan yang ke-dua kali... (“,)

Monday, September 27, 2010

suara merdeka dari jiwa hijau..


                SaLaM’alaykum... untuk pengetahuan korang semua; rakan blogger-ku. Aku jumpe batch neyh mase buat blogwalking kat http://loveperak.blogspot.com, punye la tertarik sampai sanggup aku hiaskan kat warQah daUn papYrus neyh, Komuniti Blogger Keamanan Rakyat. Semoga dengan kehadiran logo neyh di atas warQah daUn papYrus, sedikit sebanyak memberi isyarat bahawa aku adalah salah seorang ANAK MALAYSIA yang punya haq untuk berfikir secara bebas tanpa terperangkap dalam lingkungan pemikiran kuno dan tidak bertamadun yang sedang hebat di canangkan oleh pihak² berfikiran sempit ari neyh. Islam itu syumul, tidak perlu pada yang laen ~ ^_^
Sunday, September 26, 2010

cinta(+)aqal(+)nafsu


                Bila hati cuba membicarakan soal cinTa, nafsu pula menafikan kewujudannya. Se(olah)² ada usaha menghalang yang dijalankan oleh nafsu dan segala isinya. Apakah proses halangan ini datang dari sumber yang bersih atau sesuatu yang telah pun di cemari, masih diteliti. Lalu aku menyerahkan tanggungjawab untuk menganalisa tindakan halangan nafsu kepada ‘aqal kerna aku yaqin bahawa ‘aqal itu lebih ariff dari diriku sendiri. Tatkala ‘aqal berusaha untuk melakukan proses analisa ini, terjadi pertentangan diantara ia dengan nafsu. Maka hampir sahaja, hati kecil menyatakan pilihan untuk tidak melihat kepada cinTa itu. Satu suara lembut menyentak sang hati yang berdiri tegak di tengah kegelapan dilema, terpasak kukuh diantara 2 lebuh; tidak bergerak.
Friday, September 24, 2010

kita simpan Quran dalam dada k,

asSaLaMu’alaykum.. pagi neyh aku ade selak² akhbar online untuk taw sedikit sebanyak perkembangan semasa dalam dan luar negara Malaysia neyh; antara yang menarik perhatian aku dalam kosmo-online adalah tentang penangkapan 6 orang lelaki di London atas kesalahan membakar kitab al-Quran. Isu ini menjadi kontroversi apabila sebuah video proses pembakaran itu tersebar di laman perkongsian video; Youtube. Itu tindakan mereka, Jadi apa pulak tindakan dari pihak kita!?. Berdiam sahajakah, TIDAK.. TIDAK sama sekali. Jadi apa yang boleh kita buat? Post status kat facebook, share video dalam yotube, atau sekurang²nya menulis kutukan² dalam blog... maaf ini bukan jalan yang aku rasa terbaik untuk digunakan. Melainkan meng‘upgrade’ kefahaman Islam dalam diri dan orang lain. insyaALlah kefahaman itulah kunci kejahilan, sedang kejahilan amat rapat dengan kekufuran. Nah apa lagi, teruskan da’wah... perkukuhkan ukhuwah, INGAT!! Mereka melakukan perkara itu kerna mengikut hawa nafsu se(mata)² bukan atas dasar kefahaman, bukan atas dasar ilmu. Untuk itu mari berDoa bersama... Semoga ALLAH memberi hidayah kepada semua umat manusia dimuka bumi ini; dan mengukuhkan kaki² kita dalam meneruskan kerja² da’wah; InsyaALlah...
hurm.. perlu di ingat untuk menyampaikan sesuatu dengan cara terbaik kita memerlukan medium yang juga terbaik. Seperti mana kita perlu menggunakan khidmat nationwide atau poslaju untuk menjaga quality barang yang dihantar. Seperti itu jugaklah doa, jadi mulai sekarang janganlah kiranya al-Quran itu terabai dengan menjadi hiasan. Buka (+) Baca (+) Hayatilah isi²nya.. dan jika mampu hafazlah sebahagian dari-Nya supaya SELAMAT. Semoga dengan hafalan itu menjadi medium terbaik untuk doa itu sampai kepada Pemilik seluruh ‘alam.. barulah quality Doa tersebut akan sampai kedestinasinya dalam darjat yang tinggi, insyaALLAH ^_^

n3 ke 100 : Jantina Lappy-mu!

weyH korang.. sory arr yuk, semalam aku x buat pape n3 pun untuk ku-letak kat dalam warQah daUn papYrus neyh, busy sangat arr.. m3ting lagi, asignment yang nak kena submit, pastu tambah plak dengan mid-term exam paper Pathology yang da pun selamat aku jawab pagi taDi.. huhuhu, so pas neyh kire tawakkal je arr,
                sementara aku dok cari bahan kat internet untuk asignment aku tuh.. terjumpe la plak dengan benDe neyh, hahaha sonok jugak.. sebab tuh aku teringin sangat nak kongsikan dengan korang pembaca setia warQah daUn papYrus [huhuhu ada pembaca ke blog aku neyh]..
oK arr bermule dengan ape yang aku nak kongsikan, Jgn xtaw ea.. lappy kite neyh pun ada jantina taw, ngee >_<..” biau betol!? Hahah jadik orang melaka la plak.. untuk sesape yang still x faham word JaNTiNa tuh stand for what, hurm sory ea korang.. aku kalo da excited memang suke dok merojakkan bahasa, senang n cepat je aku nak menaip huruf² kat papan kekunci aku neyh.. oK berbalik pada maksud jantina tadi, maka boleh diringkaskan bahawa jantina adalah gabungan bagi perkataan Jantan + Betina, kalo boleh jangan arr kate bahase aku kasar ea.. coz memang pun jantan-betina sebab lappy neyh bukan manusia kan, kan, [sambil buat muka comel ^_^],
Jadi kalo nak taw arr jantina lappy yang korang dok mengadap tiap² ari tuh Jantan ke Betina kena arr buat step² neyh..

1.       Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
2.       Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as =  love u.vbs

3.       Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Hahaha.. amacam suara jantan ke betina yang kuar..!? tuh arr jantina sbenar lappy korang yuk, aku punye lappy betina.. so normal arr, bagi sesape (blogger lelaki) yang lappy die kuar suare jantan baek cepat² pegi tukar.. eiww, :P

ngee >_<
enJoy k, saje nak bagi segar²kan mata yang mungkin mengantuk sebab letih kerja bagai kan,
asSaLaM’alaykum (“,)
Wednesday, September 22, 2010

BarakALlahu feeka Ya Qhalish Qaiser


                Bila diperlihatkan seorang demi seorang ‘little khaleefah’ lahir kat muka bumi neyh, terfikir jugak dalam benak fikiranku... bila lagilah ia akan datang dari aku kan, SubhanALlah >_< setiap kali melihat muka anak kecil neyh~ hati tibe² je boleh jadi sayu. Benar inilah FiTRaH sebenar secebis hidupan bernama manusia, memandang dan dipandang saja mampu menenangkan fikiran. Hilanglah segala kesulitan tatkala datang sekulumit rasa ketenangan. Ni’mat yang amat sangat di dambakan oleh semua insan.


                Ku dedikasikan warQah ini buat TeTaMu BaRu dimuka bumi, anak buah kepada sahabat baikku RaHiMi RaSHiD.. buat Abang Shidi dan Isteri, TaHNiaH diucapkan atas kelahiran putera sulung penyambung generasi kamoo. Semoga nilai syukur yang diucap dapat direalisasikan dengan menerapkan apa yang telah di ajar oleh Baginda Nabi Muhammad () dalam membentuk sebuah ruh yang baru. insyaALlah.. BarakALlahu feeka Ya Qhalish Qaiser, semoga dirimu seindah nama.. tegak menyantun ummat, berpaksi Quran (+) berhiaskan Sunnah ^_^ ameen


Tuesday, September 21, 2010

Poster Promotion from Sports Division IKOD 2010

Monday, September 20, 2010

Open Your Eyes Lyrics

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Sunday, September 19, 2010

Qaseh


                Kesilapan lalu seringkali menjadi mimpi buruk hari ini. Benar! ketika itu aku mentah, cukup mentah untuk menerima kehadiran sebutir Qaseh. Andainya sedari awal ku mengetahui begini di akhirnya, pasti dan pasti aku menolak tawaran yang diberikan. Ku anggap Qaseh itu anugerah terindah pernah ku terima, Silapkah aku? Tanggal 2 March 2003, sedikit pun tidak pernah padam dari kotak memori ini.

 “Kalaulah kematangan itu hadir dulu dari Qaseh...”

smkeHostel anniversary

 
asrama_18sept@yahoo.com
Di abadikan bersempena Ulangtahun ke-9 pembukaan
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
18 September 2001 - 18 September 2010.
Friday, September 17, 2010

hujung lensa rizQan

* click untuk membesarkan gambar ^_^

                SaLaM’alaykum ^_^, weyH korang… nmpknye minat aku sket² da berubah lor~ iTupun kalo korang perasan arr, erk x prasan lagi ek!? Huhuhu, k arr sbenarnya aku tetibe je sejak 2-menjak [betol ke ayat aku neyh??] neyh asyik dok edit pitcha kat photoshop pastu upload sane-sini... jujur, aku bukan arr pro dalam bidang² cam neyh, tapi macam best la plak bile tengok hasil kerja sendiri org dok comment.. macam² feedback yg kite leh dapat balek, kalo mengikut ‘aqal yg waras sumer tuh positive untuk improve kite punye skills ^_^,
Jadi mulai ari neyh, aku akan cube mengharmonikan kehadiran gambar² dengan hasil² tulisan dalam blog warQah daUn papYrus neyh yuk~ supaye jelas bahawa tinta emas bukan sekadar boleh mencoret tulisan malah mampu melakar lukisan; sebuah epilog kehidupan~
p/s: insyaALlah akan tetap membawa mesej yang sama (Da’wah) o,;”)_




Friday, September 10, 2010

e-card raye dari aku...



                Hah… seperti yang korang da seDia maklum, aku ada nyatakan pendirian untuk x meng‘wish’ eiD sampai arr waktunya tiBa-kan, tujuan aku x lebih; sebab menghormati Bulan Ramadhan al-Mubarak neyh~ insyaALlah azan maghrib ari neyh adalah penentu beza Ramadhan dan Syawal 1431 Hijrah. Yang mana aku akan mule meng‘wish’ seperti yang telah digalakkan oleh Baginda RasuluLlah s.a.w agar diperbesarkan eiDulFitri dan eiDul’aDha… hohoho, lupe plak nak tulis kat awal tadi SaLaM’alaykum sumer >_<
                Aku da pun sediakn special e-card raye utk korang sumer, dan lebih special utk pembaca warQah daUn papYrus sebab aku uploadkn kat sini dulu. Huhuhu… utk kawan² FB sila tunggu dekat waktu maghrib yarkh~ ^_^
Thursday, September 9, 2010

malam 7 likur? rasional


                Ok neyh post terakhir untuk siri Malam 7 likur yuk~ selepas bersoal jawab dengan ramai orang akhirnya... yang neyh jawapan paling rasional yang aku terima dari orang tua kat kampung aku...

...orang dulu² pasang pelita malam 7 likur sebab nak terangkan rumah dengan jalan, lagi terang kawasan rumah dan jalan, lagi mudahlah orang² nak ke masjid, sebab malam² terakhir ramadhan ni ada fadhilat lailatul QaDar... dulu lain bukan macam sekarang ni, dah ada lampu jalan bagai... sebenarnya sebelum malam 7 likur lagi orang dah pasang pelita banyak², tujuan sama jugak nak terangkan jalan dengan rumah. Ye lah, hari² biasa cuma pasang satu pelita je satu rumah, apa salahnya bulan berkat ni pasang banyak pelita. Sebab orang dulu² percaya, mudahkan orang beribadat... secara tak langsung akan dapat pahala jugak...

                Wahh~ terkesima aku dengar jawapan atok tuh... aku setuju!! Maksudnya zaman dulu² pasang pelita neyh satu keperluan. Pastu aku tanye plak, saya pun biase pasang pelita tok.. tapi ada orang cakap membazir duit kat minyak gas je, same je macam main mercun.. membakar duit, camne plak tuh

...zaman sekarang tak payah pasang pelita pun takpe, sebab dah terang dengan lampu letrik. Tapi kalau nak pasang jugak (pelita tu) tutup lah lampu² letrik yang ada kat luar rumah. Jadi bil letrik yang kurang tu bolehlah digunakan dekat minyak gas, lagi murah atok rasa... (gelak)... Cuba gunakan sejimat mungkin, pasang pelita dari maghrib sampai habis tarawikh lepas tu padamlah. Macam letrik jugak, kalau asyik pakai (membazir) pun kira membakar duit jugak. Lagi satu atok nak pesan kat kamu, JaNGaN MeRoKoK sebab tu bukan hanya bakar duit, tapi badan² kamu sekali habis  terbakar...

                “BaiK ToK..” nama saya RizQaN, umo 25 tahun [hijra], saya TiDaK MeRoKoK!

p/s: alhamduliLlah kefahaman adalah kunci kejahilan/kekufuran

Malam 7 Likur TaMaT.

malam 7 likur? pelita


                Dalam n3 sbelum neyh kita da pun taw maksud MaLaM TuJuH LiKuR yang sebenarnya... jadi untuk post kali neyh, aku mempersoalkan plak apa kaitannya dengan pasang pelita malam tuh!?

Berbalik kepada soalan anda, menyalakan pelita pada malam likur ini tiada asasnya dalam sunah Nabi apatah lagi ayat al-Quran. Umat Islam dinasihat meninggalkan amalan sia-sia ini kerana bukan saja membazir, malah membuang masa sehingga menjejaskan penumpuan kepada amal salih yang perlu diutamakan.
[http://al-fikrah.net/index.php?name=News&file=article&sid=781]

                Dan jawapan paling teruk penah aku dapat mengenai pemasangan pelita malam 7-likur neyh adalah untuk ‘Menerangkan jalan² bagi laluan para Malaikat’... AstaghfiruLlahal’azim, rupanya inilah pemikiran Melayu yang lemah didikan agama. Sehinggakan masih meletakkan asas² syirik dalam kehidupan. Sedang Syirik itu merupakan DOSA TERBESAR diantara segala dosa wahai sekalian saudara-ku. [QS 5:72], [QS 4:116]... weyH korang, adakah logik untuk malaikat² berkehendak kepada cahaya dari pelita² yang dipasang. Kalau macam tulah lemahnya malaikat, maka korang tak perlu arr takut untuk mati. Sebab dengan alasan (dangkal) korang tuh da cukup menyatakan bahawa korang mampu terlepas dari Izrail bila dia datang untuk jemput korang nanTi, sedang korang boleh menyorok dalam gelap. Point aku kat sini, nak bagitaw korang... Malaikat tuh ciptaan Allah yang x memerlukan sedikit pun pertolongan cahaya ke, ape ke dari kita semua untuk dia datang dan pergi~ SIKIT PUN TAK PERLU k, (hah neyh yg nak emo da neyh)... so ape yg perlu korang buat kalo korang tanye orang laen dan dapat jawapan camni??, senang je!! Capai je apa yang tercapai; selipar ke, botol ke, rehal ke, mangkok ke korang baling kat kepala orang yang guna jawapan malaikat nak turun tuh. Kalo dia marah², korang cakap arr HaDiaH DaRi MaLaiKaT... huhuhu,
               
Bersambung...
Wednesday, September 8, 2010

malam 7 likur? 2


                Sebagai seorang ‘pelajar’ aku x sepatutnya terus berpuas hati dengan jawapan tuh semua,  jadi perkara pertama yang aku kena faham ape dia TuJuH LiKuR tuh dulu!! Maka aku selaklah lambakan buku² yang terdapat dalam bilik bacaan rumah aku neyh, dari kamus sampai lah ke journal... susah jugak nak cari, tapi alhamduliLlah akhirnya jumpa. Kat mana ea aku jumpa!?... Buku milik abahku hasil tulisan Munsyi Abdullah dengan tajuk Hikayat Abdullah, bahagian pendahuluan berbunyi:~

                Bahawa maka adalah tatkala Hijrah Sanat 1256 tahun lima likur haribulan Syaaban mukarram (25 Syaaban 1256 H) iaitu kepada dua likur haribulan Oktober tarikh Masehi Sanat 1840 tahun (22 Oktober 1840 M), bahawa dewasa itu adalah seorang sahabatku, iaitu orang putih...
[teks ini adalah hasil alih tulisan dari tulisan jawi lama ke tulisan rumi ]

                Maka dengan jelas bahawa likur yang diatas adalah bermaksud 20, InGaT LiKuR itu adalah DuA PuLuH, seperti jugak abad untuk 100, dekad untuk 10, sepurnama untuk sebulan, sepekan untuk seminggu, sekurun untuk 1000. Kalau yang tak biasa dengan ukur jarak lama masa boleh lah gunakan Tera, Giga, Mega, kilo, deci, centi, mili, mikro, nano, piko. Ingat kilo untuk 1000 yuk~ sudah terang lagi bersuluh, buku tulisan Munsyi Abdullah pada tahun 1840 Masihi, dah membantu kita mendapatkan maksud likur yang mahu dicari²

Jawapan : MaLaM TuJuH LiKuR = malam ke-27 [malam ke DuA PuLuH TuJuH]

Bersambung...
Tuesday, September 7, 2010

malam 7 likur?


                SaLaM’alaykum semua... untuk n3 kali neyh! Ingin sekali aku membicarakan mengenai ‘malam 7-likur’~ sebab bila masuk bulan Ramadhan je [kat Malaysia], perkataan ni x akan pernah sekali terpisah. Apa dia sebenarnya MaLaM TuJuH LiKuR neyh? Malam al-QaDar kah!? Okeyh~ kite bermula dengan pandangan dari orang² yang penah aku tanyakan sebelum neyh...

“...malam 7 likur ni cuma ada dalam bulan ramadhan je...”

“...malam 7 likur dikira secara terbalik dari akhir ramadhan, maksudnya 7 malam sebelum raya aidilfitri...”

“...selalunya kita pasang pelita masa malam 7 likur...” [kenapa!?] “...nak bagi meriah lah...”

“...malam 7 likur tu lah lailatul-Qadar...”

Bersambung...
Sunday, September 5, 2010

travelog sept4


                Perjalanan panjang yang mencorakkan warna kehidupan aku hari ini banyak mengajarku tentang realiti kehidupan dunia. Hanya kerana mahu pulang ke kampung halaman, segala aral yang melintang tidak sedikit pun membuat aku melatah. Ticket Bus SP Bumi Express yang ku beli, bertarikh 3 september 2010 utk perjalanan jam 2 petang... hanya mampu diam tanpa ber(kata)² tatkala aku serahkannya pada seseorang yang aku yaqin mampu menggunakan daripada dibuang tanpa diguna, ternyata itu adalah pilihan terbaik apabila dia berdiri di tempatnya T_T
                ‘Journey to the west’ ataupun istilah perjalanan kebarat adalah sinonim benar dengan apa yang aku lakukan hari ini. Bermula dari tempat bernama Kuantan dibelahan bumi timur, kami bergerak menuju ke arah matahari terbenam di sebelah barat. Jika tujuan mereka yang lain adalah secara tepat untuk ke pangkuan keluarga dan rumah tercinta. Aku pula mencari satu alternatif yang ada untuk mencapai hasrat yang sama. Dibelahan bumi barat, kota batu megah berdiri menyambut kepulangan anak² watan. Sedangkan aku adalah bekas watan-nya hadir dalam usaha untuk sebuah lagi perjalanan; menuju ke bumi selatan.
                Hiruk-pikuk kota batu, seakan tidak pernah kunjung berubah. Malahan pada pandanganku menjadi lebih berat dari sebelum² ini. Kesesakan mesin² beroda di tengah lebuh awam menyesakkan pemikiran. Namun berdirinya seorang sahabat mampu melunturkan semua perasaan gelisah itu. Hilai tawa bersama canda mesra menghias indah sebuah ikatan; persahabatan. Suatu yang perlu diberi perhatian.. Perjalanan menuju ke selatan telah pun selesai, kurang sedikit dari bumi ini berputar mendapatkan satu juzuk waktu bernama hari. Pertemuan dengan sanak-saudara membuatkan semuanya berasa tenang. Aku!? Berusaha memutar memori silam, muhasabah~
Saturday, September 4, 2010

typo error

           Hahaha… selepas bersusah payah meng‘eDit’ gamba neyh, lepas tuh siap upLoad kat FB lagi, ‘tag’kan gamba dorang plak~ tibe² terus dapat 1st comment dari sorang sista --> bro it's break not brake, alahai typo error la plak... so terpaksa la meng‘eDit’ utk kali ke-2 >_<, n sekarang da pun upLoad gamba yg baru, ^_^

p/s: mungkin keserabutan otak yang menjadi punca, huhuhu