Adapun perjalanannya ke sini memakan masa yang amat panjang, bukan 2,3 hari dan bukan pula hanya 2,3 bulan... TETAPI memakan masa Puluhan Ribu Tahun perjalanan. Ada di antaranya sampai kepada kita setelah pengirimnya pupus dalam masa penghantaran, tapi alhamdulillah perjalanan yang diteruskan membuatkan kita dapat ‘menyambut’ kedatangannya di sini. Semalam ana lihat, ada di antara pengembara2 tu agak keletihan... sama ada kerana terlalu jauh perjalanan atau kerana ianya memang besifat begitu. Kehadiran tetamu masa lampau, begitu penting bagi mereka yang memerlukan. Hasil ciptaan tuhan, sekalipun ianya dikirim jutaan tahun yang lalu... hanya kini, hanya kini kita baru selidiki~ Maha Suci ALLAH Pencipta segala isi Langit dan Bumi, Pemilik dan Pentadbir Seluruh ‘Alam... o,;”)_
hacqs : ana tanya! Anta penah tengok masa lampau tak dengan mata kepala anta sendiri?
zaCk : erm.. penah kut, tapi dulu la! Masa ana kecik2...
hacqs : kalau tengok waktu kecik, bukan la dikira sebagai masa lampau sebab anta memang ada kat zaman tu masa perkara yang anta tengok tu berlaku! Betul tak?
zaCk : ya tak ya jugak! kalau macam tu, memang tak penah la rasanya,
hacqs : tadi kata penah sekarang tak pulak! Ish~
zaCk : Maaf, ana tak faham tadi...
hacqs : ana tak marah la, saja nak uji anta!(ter-senyum jelas menampakkan lesung pipitnya). Erm, kalau ana cakap yang ana penah tengok sesuatu dari masa lampau anta percaya tak?
zaCk : (garu kepala).. akhi, anta da buat kepala ana pening la~ apa yang anta nak bagitau ana sebenarnya?
hacqs : ...tentang relativiti masa dan jarak! Ingat, anta masih tak menjawab soalan ana, anta percaya atau tak?
zaCk : makin tak faham, maaf ana terlupa tadi! ana percaya sebab selama ni anta tak penah menipu ana, dan harap anta akan terus kekal macam tu,
hacqs : ana punya prinsip hidup... insyaALLAH ana takkan melanggar prinsip tu, Baguslah kalau percaya sekarang ana nak bawak anta melihat salah satu dari keajaiban ciptaan Tuhan!
Dalam kelam malam tu, mataku digelapkan lagi dengan kain yang menutup rapat mataku.. berjalan tanpa melihat agak sukar, namun seniorku memimpin tanganku agar aku lebih tahu haluannya~ yang pasti aku sedang berjalan menuju ke satu ruang yang terletak di hujung bangunan asrama tu! Dalam benak fikiranku pulak macam2 yang sedang bermain, “apa yang best sangat nak ditunjukkan?” sedang aku leka melayan fikiran, ‘akh hacqs’ membuka ikatan mataku sambil meminta maaf! Katanya ‘sifat ingin tahu’ku yang buatkan dia agak ghairah untuk tunjukkan perkara ni.
zaCk : takpe, ana ok je! Lagipun ana memang suka bila dapat ‘ilmu baru, heheh (senyum)
hacqs : apa yang ana nak tunjukkan ni mungkin buatkan anta terkejut tapi ini rahsia kita ya,
zaCk : aiks, macam serius je bunyinya!
hacqs : akhi, janji dengan ana yang anta takkan beritahu sesiapa sampai bila tiba masanya nanti!
zaCk : erm.. macam nak mana nak janji, kalau ana tak dapatkan kepastian tentang bila masa yang sesuai,
hacqs : masanya; bila tahun terakhir anta berada kat asrama ni! Janji ya akhi~ (seakan memujuk)
zaCk : JANJI.. ana faham, tujuan anta supaya perkara ni hanya berlaku dalam 4 tahun sekali kan!?
Hacqs : YA, ana nak pastikan tradisi ni yang menyambungkan generasi asrama ni, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk setiap tempoh.. tapi ana dah kira ianya akan menyambungkan 20 generasi dari 5 orang yang terlibat! Ingat hanya lima orang, ana harap orang yang anta akan pilih nanti merupakan yang terbaik di antara yang terbaik!
zaCk : Baiklah akhi~ ana faham, tapi apa benda yang best sangat yang anta nak tunjukkan pada ana?
SubhanaLlah… sekali lagi bergetar hati kecil ana, apabila Pemilik Seluruh ‘alam menunjukkan sedikit dari-Nya Dzat yang Maha Tinggi, Mengetahui dan Kursy; Kekuasaan yang melangkaui sempadan ruang dan masa. Sama ada antum pernah membaca tulisan2 ana sebelum ni atau tidak!? Teringin sangat ana menulis kembali tentang perkara tersebut. Ringkasnya mengenai perkenalan ana dengan salah seorang Junior ana di UIA neyh; Helmi.
Dalam post ‘cerita ringkas waktu terdesak’…
“N hari ni jugak aku dapat kenalan baru, bro aiman n imal yang yang kenalkan aku. Budak ni direct intake ke UIA. Sebelum ni stuDy kat UiTM, persediaan sebelum ke overseas tp sayang dia takde rezqi nak keluar. Takdirnya dah tentukan untuk dia stuDy kat UIA, so aku selalu jugak jumpa tapi takde la nak tegur~ sebab kami lain department walaupun satu kulliyyah. Nama Helmi(tak tahu la kalau salah eja pulak), tinggal di Besut n dah kenal dengan bro aiman n imal (bro 2 orang ni kembar; n penah jadi roomate aku mase kat matric dulu!). tu je yang aku tahu pasal kawan baru ni.”
Menariknya, ana tak pernah pun rasa pernah bercakap dengan Helmi neyh!? Tapi satu yang sentiasa bergerak dalam kotak memori ana adalah perasaan cuba untuk mencari di manakah letaknya fail mengenai perkanalan yang lebih awal dari tu. Sebab naluri ana menyatakan bahawa sahabat baru ana bernama Helmi neyh pernah ana jumpai, mungkin sekadar terserempak. Jadi agak sukar untuk otak ini bekerja untuk mencari data yang tersebut!
Sebelum neyh, ana pernah claim pada akh Aiman bahawa ana seakan pernah bertemu dengan Helmi sebelum berada di UIA. Tapi takde jawapan concrit yang ana boleh bagi, cuma naluri macam pernah jumpa. Agak pelik,
Di panjangkan dalam proses ta’aruf ana di bilik akh Aiman n Imal, ternyata tak mungkin untuk pertemuan sebelum neyh berlaku! Jarak umur ana dengan Helmi kira2 2 tahun. Helmi neyh tinggal di Besut; wilayah yang dikatakan milik Kelantan. Ana pulak tinggal di Melaka! Ana mengaji di matric/asasi UIA 2 tahun di PJ, manakala Helmi mengambil kelas persediaan selama setahun di UiTM S. Alam. Pertemuan yang confirm dapat ana putuskan hanya bila masuk bulan Ramadhan 1430 Hijrah, dimana ana berada di tahun dua UIA Kuantan dan dan Helmi merupakan pelajar tahun satu di sini; masuk melalui direct intake oleh UIA. Ana pernah ke Kuala Terengganu semasa proses pengajian kakak ana di KUSTEM/UMT tapi agak tak logic jugak bila dikatakan itu adalah waktu yang tepat untuk berjumpa. Ana belum pernah jadi committee members untuk Ta’aruf Program, makanya tak mungkin pertemuan tu berlaku seawal waktu tu. Sampai sekarang masih dalam fikiran ana, dimanakah agaknya lokasi sebenar ana pernah melihat wajah Helmi. Hurm~
Cuma semalam seakan ditunjukkan sedikit tanda, orang yang memang sebelum neyh ana cuba cari pernah sampai di Pekan Cowboy; Semenyih. Hahahaha maaf sebab dah terbiasa, sahabat2 ana di sana pun gelarkan macam tu. Satu kawasan yang ana pernah duduk melebihi 17 tahun. Satu jangkamasa yang memang panjang. Sehabisnya solat ‘isya di musolla, ana cuba berborak dengannya. Maka ternampaklah ana pada baju yang dipakainya. CHARLIE-Harimau Malaya, rasanya memang khas untuk PLKN. Terdapat tulisan yang kecil di bahagian depan bajunya PLKN, Kem Setia Ikhlas-Semenyih. Seakan memberi klu yang cukup kuat bahawa mungkin pertemuan tersebut memang pernah berlaku iaitu di Semenyih. Namun masih menjadi persoalan pada ana kerana kegagalan mencari masa yang lebih tepat dan kuat untuk proses tersebut berlaku.
Entahlah, mungkin Dia nak mengajar ana. Bahawa ‘ilmu yang ana miliki sekarang neyh TIDAKlah setinggi mana untuk dibandingkan dengan-Nya Pemilik, Penatdbir Seluruh ‘alam Yang Maha Mengetahui yang zahir dan tersembunyi. SubhanaLlah o,;”)_ walau apapun ana bersyukur pada-Nya sebab dah mempertemukan ana dengan seorang lagi hamba-Nya di muka bumi neyh. Harapnya sahabat inilah yang akan menjadi pemangkin transformasi untuk ana menjadi lebih baik, insyaAllah. Untuk anta Ya akhi, ana ucapkan terima kasih sebab sudi terima ana sebagai sahabat anta seadanya.
P/s: perkara sama jugak pernah berlaku pada pertemuan pertama ana dengan satu lagi sahabat satu batch ana di Matric dan UIA; Nasrun! Tapi dia neyh pulak rasa memang tak pernah jumpa dengan ana sebelum dari pertemuan di UIA. Hampeh betol~ hahahaha ^_^ (tapi akhirnya dia mengaku jugak ‘mungkin’ pernah jumpa ana, bila je melihat ana memakai satu t-shirt program sekolah2 berasrama daerah Hulu Langat yang mana dia pun ada join program tuh jugak!)
Rasanya agak lama jugak ana tak post sesuatu kat warQah daUn papYrus, jadi untuk kesempatan yang ada neyh dapat ana menulis sebaris dua ayat dan jugak post 2,3 keping gambar sebagai tatapan umum.
Sehabisnya solat maghrib berjema’ah di musolla tadi, ada sikit pengenalan tentang Kitab Riadus Salihin oleh Ustaz Burhan dari Fakulti Undang-Undang UIAM. Adapun ini merupakan kali yang kedua diadakan dimusolla tersebut dan merupakan kehadiran pertama untuk ana menghadiri majlis ‘ilmu neyh. Pada minggu yang lalu ana sibuk dengan persiapan untuk Motivational Slot I-QUEST 09 dan persembahan Dikir Barat untuk concert I-QUEST 09, maka terpaksalah ana skip. Alhamdulillah kali ni ana diberikan ruang untuk majlis2 seperti ini.. Syukran Ya Allah, :)
Antara banyak2 point yang ustaz sentuh, satu daripanya betul2 terkesan pada diri ana. Apa lagi yang baru saja berlaku hari ni. Ustaz menyatakan bahawa setiap titik darah yang mengalir kerana Allah maka ianya adalah merupakan perkara yang paling Allah sukai. Baik darah Qurban binatang, darah musuh2 Allah (Kafir Harbi) dan darah kita sendiri(Syahid). Tetapi jugak menjadi perkara TERKUTUK apabila darah yang mengalir/tumpah bukan kerana Allah ta’ala. Antaranya membunuh, menyeksa atas tujuan bukan kerana Allah. Berbalik kepada kesannya pada ana, beberapa jam sebelum ustaz bercakap mengenai perkara tu kat dalam musolla. Class ana baru sahaja menumpahkan darah beberapa ekor tikus di Anatomical Lab untuk dianalisa, dikaji dan dipelajari. Namun yang agak menyedihkan bila……! Jadi sahabat2, ana yaqin antum semua dah besar dan matang untuk berfikir yang mana baik dan mana buruk. Sama ada antum sedar atau tidak, ini kata2 dari bro Zul yang sempat berpesan dengan ana dan Danial semalam. “Kalau kita tak fahamlah apa yang kita buat, dan takde langsung input lepas bedah binatang2 tuh. Alamatnya binatang tu hanya MATI dengan SIA-SIA! Dan kita pulak dah dikira sebagai pembunuh kepada binatang tersebut”. Fikir-fikirkanlah ye sahabat semua~ semoga apa yang ana fikirkan kat sini tak berlaku, dan tak pernah akan berlaku… ana harap sangat ada sesuatu ‘ilmu yang antum dapat lepas practical class ari neyh, dan semoga binatang2 tadi tak mati dengan sia2, ameen ^_^
Kidney, urinary bladder and urethra has been identified during the lab session but we have not identified the ureter because of the location of that particular vessels unknown to us. Even when we ask the lab instructor they also told us that the last group also faced the same problems. So that, until now we have no idea to locate and observe the ureter of mice directly. But we still thank to God because He was gave this oppurtunity to us learned and give lesson from the nature. Alhamdulillah (“,)
Kanak2 kecil dalam gambar ni merupakan anak salah seorang dari Pelajar UIAM sendiri. Selepas survey ke atas beberapa keping gambar yang lain, ana dan sahabat2 ana sepakat untuk memilih gambar ni sebagai ‘Aksi Best’ no 1. Gambar ni dirakamkan di Booth Kulliyyah of Pharmacy untuk I-QUEST ’08.
Untuk ‘Aksi Best’ no2 pulak. Kami sepakat memilih gambar ni; 3 kanak2 (mungkin adik beradik) yang sedang dalam pertandingan meniup dan memecahkan belon. Jika dilihat dari muka mereka ana yaqin antum mesti tersenyum bila melihat kanak-kanak paling kecil tu. Semangat nak menang yang tinggi dalam diri!! Hahaha.. usaha tangga kejayaan. Gambar ini jugak dirakamkan semasa I-QUEST ’08, di Pentas Utama, Medicine Square.
Dan untuk ‘Aksi Best’ no 3 pulak, Ana pilih sendiri dari koleksi gambar2 yang ana ada. Gambar ni di rakamkan dari atas Pentas Utama untuk I-QUEST 09 yang baru je berlangsung minggu lepas. Masa rakaman dijalankan ketika pertandingan mewarna bagi pelajar sekolah rendah dilakukan. Memang agak menggerunkan dengan pandangan kanak-kanak tu bila dia tumpukan betul-betul matanya ke arah camera, namun itulah kekuatan untuk gambar ini untuk berada di atas warQah daUn papYrus.
Hah yang ni cerita malam tadi, sepanjang SCIENCESS Annual Grand Dinner semalam. Ana ditugaskan untuk mengawal lampu dan PA system dekat bilik khas. Fuh~ boleh tahan gak la, manakan tak bro~. Masa guest dengan VIP tengah makan, ana dengan sorang sahabat ana ni cuma mampu tengok je dulu, sekali je ana sempat turun untuk rasa mushroom soup pastu naik balik buat kerja. Itupun lepas PC kata dia akan reserve makanan untuk kami, huh kesiannnya~.
Lepas je program ni selesai kami terus bergambar, memang pakai simple je sebab ana dah tahu yang ana bertugas bukan dalam hall. So cuma pakai t-shirt dengan jeans je untuk pastikan senang bergerak~
Pasal video plak... alhamdulillah, kami dah buat yang terbaik. Bukan sekadar tersenyum, terbahak-bahak hadirin semua tergelak. Walaupun tahu yang job scope wat video neyh bukan untuk Program Coordinator, tapi kami profesional so kami buat je dulu. Program-program lepas neyh kena kira $$$$ la sikit, sebab wat video neyh perlukan masa, tenaga dan idea jugak. Betul tak auFa!? Hahahah, lepas neyh kita boleh wat bisnes dah~
Dan untuk lain semua berjalan lancar, dari guest datang sampailah selesai program.. Terima Kasih semua untuk kerjasama korang,
Sebahagian dari mereka2 yang terlibat dalam Slot Motivasi untuk I-QuEsT ’09… tiada dalam gambar : Faisal-Program Manager, Hakimi-Publication n Promotion & Shikin-Sponsorship. Gambar ni ana ambik sebaik je selesai Slot Motivasi di Auditorium Utama Kulliyyah Perubatan UIAM.
Buat antum, ana dah sediakan beberapa keping gambar yang baru ana tangkap kurang 24 jam dari masa ana post blog ni! Antaranya;
Sahabat-sahabat ana yang agak keletihan sebab menjadi sebahagian dari committe I-QuEsT kali ni, alhamduliLlah tak sia2 ana ajak diorang semua join program dalam kampus. Sekurang2-nya dapat lah pengalaman bekerja dalam organisasi, betul tak!?
Kalau dalam I-QuEsT ’08 sebelum ni, ana dah pun sarungkan t-shirt I-QuEsT pada malam opening ceremony. Tapi tak berlaku untuk tahun ni, sebab program ana hanya akan bermula jam 8.00 pagi esok sehinggalah ke pukul 1.30 tgh hari. I-QuEsT lepas sebagai committee Prep n Tech utk Exhibition Division, manakala bagi tahun ni pulak ana memegang post sebagai Program Coordinator bagi Motivational Slot Division.
Sahabat-sahabat ana dari division lain yang masih belum bertugas untuk I-QuEsT ’09 ni, kami datang sebab ada training Dikir Barat untuk Malam Concert semasa Closing ceremony nanti. Untuk pengetahuan semua kami ni dalam proses pembentukan sebuah group baru dikir barat untuk UIA kuantan. Jika UIA Gombak dah pun terkenal dengan Sutrapawana, kini UIA kuantan pulak mengorak langkah untuk menaikkan Putra Kencana. insyaAllah...
P/s: sepatutnya blog ni ana 'post'kan hari jumaat malam sabtu yg lepas, tp disebabkan internet connection low bertitik tolak dari server yang agak sibuk dengan I-QuEsT program yang dah pun mula, maka ana tak dapat nak post blog ni pada masa yg sepatutunya! ^_^ Maaf ea,
ahakz~ klaka jugak bila ana renung diri ana neyh! Dulu ana neyh dah boleh kira ‘Die Hard Fan’ irama nasyid, ma’lumlah jiwa bersih… huhuhu, yang keTuhanan sumer senang je masuk! Tenang~ tapi variasinya mula bila ana tinggal kat asrama sekolah; nasyid masuk, pentomine pun masuk, choral speaking masuk gak, koir pun ana masuk!! hahaha ^_^ neyh dah punya bayang gila kuasa dalam diri. Sumer benda nak join, macam cari publisiti murahan jeqk >>> sebenarnya semua bermula dari sekolah rendah, ana ni ambik dua sesi sekolah. Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang blaja sekolah agama pulak!? Best, seronok gilew masa tuh tapi ana tak gilew la. huhuhu~ subjek paling best best pulak mesti la Bahasa’ Arab. Manakala irama nasyid pulak nyanyian ana, fuH seronok gilew. Manakan tak!? Setiap kali bertanding confirm menang punya, ngee ^_^ terbangga diri la pulak! Maaf ye ade khilaF kat situ.
Cerita ana hari ni pasal lagu ketuhanan yang merubah ana, sebab tu lah ana tak hairan lagu apa genre pun ana bawak! Yang penting jiwa masuk, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan sekarang neyh ana dah tak menyumbangkan suara lagi; sekarang ana dah berjinak-jinak dengan alat-alat muzik. Hahaha memang bertukar pentas, lebih2 lagi bila dibandingkan nasyid dengan dikir, ana lebih suka berdikir >>> drastik sungguhkan tapi bersyarat ya’ni MESTI BERKONSEPKAN KETUHANAN o,;”)_
Wah3! Makin padat waktu sekarang ni rasanya, tapi sayang pulak kalau aku tak curi sikit masa yang ada ni untuk menulis kat warQah daUn papYrus. Bagaikan hujan lebat turun dari langit, kadang2 rasa macam tak tertanggung beban yang dipikul tp... dalam Quran Dia dah sebut yang Dia takkan bebani hambanya melebihi dari apa yang termampu. Jadi maksudnya, seberat mana pun ujian kali ni. Aku masih punyai kekuatan untuk hadapinya! insyaAllah...
“Ya Allah, kau perkukuhkanlah hati hamba-Mu ini dengan semangat cinta-Mu yang Maha Tinggi!” ameen
Berkenaan perkara yang berlaku dalam 2,3 hari ni. Pertama sekali majlis jamuan aidilfitri untuk batch aku dah pun berjalan dengan jayanya. Masalah tetap wujud tapi itu semua adalah sebahagian ‘cikgu2’ yang bakal memastikan hari depan yang lebih baik! Manakala hari ni pulak, sorang senior medic datang bilik aku; melawat. Yang ni malu sikit sebab aku dengan tak mandi lagi leka main computer. Adoi~ dah kantoi, nasib baik la dah siap solat maghrib! Huhuhu.. sebenarnya dia nak ajak pergi musolla sama2, tu je >_<
N hari ni jugak aku dapat kenalan baru, bro aiman n imal yang yang kenalkan aku. Budak ni direct intake ke UIA. Sebelum ni stuDy kat UiTM, persediaan sebelum ke overseas tp sayang dia takde rezqi nak keluar. Takdirnya dah tentukan untuk dia stuDy kat UIA, so aku selalu jugak jumpa tapi takde la nak tegur~ sebab kami lain department walaupun satu kulliyyah. Nama Helmi(tak tahu la kalau salah eja pulak), tinggal di Besut n dah kenal dengan bro aiman n imal (bro 2 orang ni kembar; n penah jadi roomate aku mase kat matric dulu!). tu je yang aku tahu pasal kawan baru ni.
Esok pulak ada VIVA untuk practical microbiology, alhamdulillah sebelum ni report fullmarks. Harapnya kefahaman yang ada ni akan buatkan aku boleh jawab soalan2 yang diajukan nanti. Ameen...
Nak sambung stuDy balik ni, Final touch... pas subuh esok da taknak baca dah ^_^
Akhirnya selesai Aidilfitri BANQUET ’09, walaupun agak sikit kelam kabut tapi rasanya ini adalah pengajaran untuk masa depan. Aku tak tujukan perkara ni pada sesiapa melainkan pada diri aku sendiri! Jujur, banyak sangat kelemahan yang perlu aku baiki. Walaupun cuma memegang post sebagai Special Tasks, tapi aku hanya dapat laksanakan 20% je dari keseluruhan perkara yang dipertanggungjawabkan. Maaf kawan2~, sebenarnya ini kali pertama aku pegang headcom untuk program2 macam ni. Sebelum ini post aku hanyalah sebagai subcom! Tolong bagi tunjuk ajar...
Hari sabtu yang akan datang ni pulak, aku bertanggungjawab sebagai Program Coordinator untuk slot Motivasi. Aku akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan mengikut plan seperti yang dirancang. InsyaAllah..
Pasal gambar Jamuan Raya ni pulak, agak terkilan jugak sebab banyak sangat gambar yang rosak. Dari 402 keping, boleh dicongak gambar yang elok! Hanya dalam 15 peratus je yang boleh tahan, yang lain hancur. Tapi nak buat macam mana, aku yang suruh diorang pegangkan kamera! So, sekarang ni kena tanggung sendiri la, adoiyai. Yang aku harapkan sekarang, sesiapa yang bawak kamera dan ada gambar2 tu tolong la share2 kan ye! Mengharap sangat2 >_<
Last sekali, puas hati dan seronok jugak la. Walaupun agak kepenatan masa aku menulis blog ni, hahaha ^_^... dah la nanti aku post gambar2 yang best kat fb, yang tak best pulak aku akan simpan jugak~ SEBAB... hehehe,
Mengimbau masa lampau, ya’ni dengan menjelajah kotak memory memang sesuatu yang tidak mustahil! Bagaimana pula kalau dikatakan kita mampu melihat masa lampau, adakah kenyataan ini berasas dan benarkah phenomena seperti ini boleh berlaku? Berdasarkan logic fikiran kita boleh terus menolak kenyataan itu. Tetapi masih ada yang bersetuju, bahawa melihat ke masa lampau adalah sesuatu yang tidak mustahil. Ada yang menyatakan bahawa mereka pernah melalui suasana perang dunia yang berlaku sekitar tahun 1945. Sedangkan mereka baru berumur 23 tahun pada tahun 2009. Adakah ini semua ilusi minda sahaja atau masih ada ‘ilmu yang belum tersingkap oleh pemahaman manusia? Sesetengah yang lain pula mendakwa mereka mengenali pelakon, tokoh-tokoh zaman silam dengan menyatakan bentuk muka, rupa paras dan beberapa criteria orang yang dimaksudkan. Persoalannya; adakah mereka benar-benar berjumpa dan di lingkari oleh suasana yang mereka maksudkan atau ianya sekadar gambaran mimpi ataupun hasil tindak balas dari angan-angan? Adakah benar manusia boleh merentasi masa, dengan theory pembengkokkan magnetic field yang diusulkan oleh Einstein? Adakah perkara itu benar-benar boleh berlaku? Adakah time machine yang dicanangkan keseluruh dunia sebelum ini benar-benar wujud dan boleh berfungsi? Atau adakah cara lain yang boleh digunakan untuk seseorang merentasi masa? Menurut Einstein lagi, jika seseorang berjaya mencapai kelajuan yang sama laju atau lebih laju dari kelajuan cahaya. Makanya dia tidak lagi akan dipengaruhi oleh time & space concept (konsep ruang & masa). Di mana dia bebas dari penuaan, jisim ringan tanpa beban dan yang lebih menarik lagi; sebermulanya dia mengatasi kelajuan cahaya maka pergerakan alam semesta diibaratkan terhenti baginya. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Mari sama-sama kita fikirkan! ^_^
Kurang dua hari sebelum ‘aidilfitri BANQUET yang akan diadakan insyaAllah pada 12 oct 2009. Jugak kurang sa-pekan untuk I-QUEST ’09 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 16 oct 2009 sehingga 18 oct 2009. Annual Grand Dinner ’09 untuk SCIENCESS jugak semakin hampir. Berdasarkan ma’lumat terbaru, majlis tersebut akan berlangsung lebih awal dari tarikh yang dicadangkan sebelum ni. Final Exam jugak semakin dekat, dalam jarak lebih kurang sa-purnama aku belum pasti sama ada cukup atau tidak masanya untuk aku menelaah kesemua subject yang aku ambik semester ni. Physiology, Anatomy, Microbiology, Human Genetics dan UNGS. Tuntasnya Jamuan Raya, I-QUEST, AGM dan Peperiksaan Akhir akan berlangsung dalam sa-purnama atau kurang dari sekarang. Tapi aku seolah-olah tidak berapa bersedia untuk menerima kunjungan ‘mereka-mereka’ ni semua. Aduh~ banyak lagi kerja yang belum diselesaikan...
Committe of Special Task for ‘aidilfitri BANQUET ‘09 Program Coordinator for Motivational Slot Division I-QUEST ‘09 Pemain Gendang Dikir untuk performance I-QUEST ‘09 Sub-com PC for SCIENCESS Annual Grand Dinner ‘09
my responsibility: to ensure the program will running smoothly according to the tentative program~ actually this job is quite hard to do, but after think deeply this is the only chance that I have to show off my talent, sorry to say that!
I-Quest 2008 = Prep n Tech for Exhibition Division I-Quest 2009 = Program Coordinator for Motivational Slot Division
3 simple words to illustrate about the SCIENCESS Election Process, it’s begin at 9am this morning and will end tomorrow at 5pm. We just need less than 5 minutes to make a voting. It’s very simple; just show your ID card in the registration counter and then person in-charge will guide you how to complete your responsibility. 5 tables with a pencil and an eraser are provided to make a voting process easier and comfortable. After you make a decision by tick down name of the person that you believe will make the SCIENCESS better. Then, at last just put it into the box that has been provided near to the exit door. Your task is completed! Congratulations~
Apa tanggungjawab yang perlu di pikul oleh seorang ketua?
Bangun awal pagi... Sehebat mana pun kamu! Ia tidak bermakna, jika jadual peribadimu gagal untuk di susun dengan baik! Perkara paling utama adalah untuk bangun pada awal pagi, selain baik untuk kesihatan kamu ia juga menjadi perkara wajib agar kamu tidak terlepas dari menunaikan صلاة subuh tepat pada waktunya. Kenapa bangun pagi? Menurut satu soal selidik yang dijalankan di sekitar cowboy town;Semenyih, 87% responden menyatakan perkara paling sukar untuk mereka lakukan adalah ‘Bangun Pada Awal Pagi!’, 8% responden memilih ‘meminta maaf’ sebagai perkara yang paling sukar untuk mereka lakukan dan baki 5% adalah perkara lain. Dapat saya simpulkan di sini, perkara ini melibatkan kekuatan luaran dan dalaman badan kita untuk menghadapinya. Jadi dengan jumlah peratus yang besar ini membuktikan hanya segelintir orang sahaja mampu untuk melaksanakannya (bangun pada awal pagi). Jika kamu boleh lakukan, ternyata kamu sedang berada dalam mode kawalan penuh minda dan jasmani kamu. Tetapi jika gagal, jangan haraplah kamu boleh mengawal setiap orang di sekeliling kamu... diri sendiri pun tak terurus inikan pula nak uruskan orang lain! (“,) Bijak mengambil hati... Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengambil hati seseorang yang lain. Dengan cara menyentuh hati orang lain, kamu sebenarnya sedang meletakkan diri kamu ke dalam tempat yang paling istimewa dalam hatinya. Jika kamu telah pun berada dalam kalangan orang yang dikaguminya/disayanginya (istimewa dalam dirinya), maka cacat kamu pun tidak akan pernah kelihatan. Paling mudah untuk mengambil hati seseorang adalah dengan memastikan yang kamu mengenali orang di bawah tanggungjawabmu lebih dari dia mengenali kamu sebagai orang atasannya. Sebagai contoh ucapan hari ulangtahun untuknya sudah memadai sebagai tanda kamu prihatin dengan dirinya; lebih dari itu cuba kamu selitkan sekali barang yang paling di sukainya sebagai hadiah. Pasti lebih mudah hatinya tertawan dengan kamu... (“,) Mengenali makna respect sebenar... Sebagai seorang ketua, kamu perlu memastikan bahawa orang yang berada dibawah tanggungjawab kamu menghormati kamu kerana dia menghormati kamu, bukan kerana terdapat unsur lain! Sepertinya; ketakutan terhadap kamu, upah lumayan yang terdiri dari harta kekayaan dunia dan apa sahaja unsur lain yang memungkinkan seseorang hanya bersikap hipocrite terhadap kamu. Jika seseorang telah menghormati kamu dari dalam jiwanya, semasa ketiadaanmu juga mereka pasti akan mengikuti apa yang kamu mahukan. Lain jika seseorang hanya luarannya seperti menghormati kamu tapi dalamannya tidak, maka tanpa kehadiranmu ‘pergi matilah dengan apa yang kamu mahu mereka lakukan’ sebab apa yang mereka hendakkan adalah perkara lain (upah) bukannya secara jujur mengangkat kamu (hormat)... :p
p/s: artikel ringkas ni ditulis masa Program Pengenalan IPTA di Asrama SMKEH (jun '09) utk zahir!
At the end of Human Genetics class today, I was informed by Kak Huda; Representative of 2nd Year Biomedical Science Students about eid celebration that will gonna held on 12th October 2009. My name has been be proposed by the higher authority of my class to give hand in organizing this upcoming program. However, until now I still don’t know what position that I will hold in the program. First meeting will be on this coming Tuesday; where the official discussion of all the info about this program takes place. To ensure this upcoming program will run smoothly and achieve the objective as plan. I promise to do my best; Thanks to Allah, the One and Only, Who have given this opportunity to me to joining this team. Token of appreciation also be given to every single person in the Representative Line-up committees members, who have short listed my name and give full trust to me and other committees in organizing Eid Celebration for 2nd Year Biomedical Science Students for this semester. ^_^
4th October 2009, nothing will change the movement of time; neither we stop nor reverse. Today will become a memory of tomorrow and this order goes on forever, except by the Will of God; The Creator of everything. It might be possible to me becomes one most influential person by the matter of time, but I haven’t think that will become the main desire in my life. For me, life was created by God as the trial for human being. Instead of success in this world, we human have a validate Final Destination; which is DEATH. Every single second that pass on us will bring our end of life become a bit closer. So we better think of it!
| servant of God |
^_^ ... menulis atas kapasiti peribadi, sebagai seorang Mukmin. Jika anda terlihat sebarang kesalahan dalam penulisan saya. Maka wajib bagi anda untuk menegur kesalahan tersebut. Saya sendiri bersedia menerima pendapat secara terbuka, malah perbincangan dalam usaha mendapat MardhatiLlah ini; penting dalam kehidupan manusia seluruhnya. Salam Sejahtera dari saya, penconteng warQah (",)