Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, September 28, 2012

tulisan buat yang dirindui~


Ketahuilah sahabat, bahawa diri ini sedang merinduimu; sangat² merinduimu.. Biar hanya mengirim aksara sebagai ganti diri. Namun percayalah yang sedang menulis ini hadirnya dari ufuk Qalbu. Dahulu, pernahku rasakan bahawa akulah guru terbaik buat dirimu. Sehinggalah ke hari di saat kau katakan..

“tp still berharap dpt jadik mcm anta

            Semenjak itulah aku baru tersedar bahawa yang sepatutnya menjadi murobbi adalah kau, dan bukannya aku. Uhibbuka fiLlah.. insyaALlah friendship till jannah .. (:
Wednesday, September 26, 2012

Sikap mahasiswa dalam isu pilihan raya kampus UIA

Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam proses pengurusan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM oleh pihak berwajib.

Proses pembuangan undi bagi PRK UIAM telah berlangsung pada 25 September 2012 (Selasa) bermula jam 9.10 pagi dan berakhir pada jam 5.10 petang. Proses pembuangan undi dijalankan oleh jawatankuasa pilihanraya kampus yang diketuai oleh Datuk Dr. Mizan Bin Hitam yang juga merupakan Timbalan Rektor UIAM dengan kekuatan jawatankuasa seramai lebih kurang 300 orang staf.

Pengumuman keputusan PRK yang sepatutnya berlangsung pada pukul 6.00 petang ditangguhkan ke pukul 8.00 malam. Kira-kira jam 8.20 malam, Datuk Dr. Mizan tiba ke tempat pengumuman keputusan iaitu di Dewan Eksperimental (Experimental Hall) untuk mengumumkan keputusan.

Malangnya, Datuk Dr. Mizan sekali lagi bertindak melambat-lambatkan pengumuman keputusan PRK dengan menganjurkan para mahasiswa untuk berselawat. Beliau kemudiaannya membacakan kenyataan media yang telah pihak beliau keluarkan kepada media yang dilakukan sebelum pengumuman keputusan  dibuat di hadapan para calon yang bertanding dan pelajar yang mengundi.

Dalam kenyatan media yang beliau bacakan, beliau menyatakan masalah ‘failure data encryption’ berlaku dalam sistem e-voting. Beliau memberikan beberapa contoh ketidak-selarian yang berlaku antara peratusan pengundi dengan jumlah undian.

Justeru, beliau mengumumkan, pihak jawatankuasa pilihanraya kampus mencadangkan untuk menangguhkan keputusan PRK dengan mengadakan pilihanraya semula secara manual disebabkan masalah teknikal seperti yang disebutkan tadi.

Sesi dialog diadakan selepas selesai pembacaan kenyataan media oleh Datuk Dr Mizan. Polemik berterusan dan pelbagai persoalan dan cadangan dikemukan oleh para mahasiswa UIAM dari kampus Gombak dan Kuantan atas kemusykilan dan rasa tidak senang dengan pengumuman yang dilakukan.

Berhubung kejadiaan ini, mewakili kelompok mahasiswa yang sedar dan prihatin, kami mengenalpasti empat permasalahan dan kemusykilan utama yang perlu dijawab oleh pihak yang berwajib:

1. Pihak jawatankuasa PRK di bawah kepimpinan Datuk Mizan telah secara pasti mengetahui masalah teknikal yang berlaku berkaitan polling system sejak jam 6.00 petang iaitu pada waktu yang sepatutnya pemngumuman keputusan PRK dibuat. Justeru, mengapa pihak berwajib bertindak menzalimi para mahasiswa yang terpaksa menunggu lama menanti pengumuman keputusan PRK tanpa sebarang notis segera penangguhan masa pengumuman? Hanya setelah kira-kira jam 7.05 malam, barulah dimaklumkan tentang sesi pengumuman ditangguh ke pukul 8.00 malam.

2. Mengapa pengumuman penangguhan keputusan PRK dimaklumkan kepada pihak media terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada para calon dan pengundi? Tindakan seperti ini menggambarkan sikap tidak profesional oleh pihak berwajib kerana tidak mampu membuat pertimbangan awlawiyat (keutamaan) kepada pihak mana harus dimaklumkan terlebih dahulu. Kami berpandangan calon dan pengundi harus diutamakan kerana mereka terlibat sebagai pemegang-taruh (stake holders) dalam PRK.Tindakan ini menggambarkan seolah-olah pihak pengurusan PRK atau pihak pentadbir tidak menghormati calon dan para pengundi.

3. Kami juga berasa hairan bagaimana media seperti NTV7 dan TV9 boleh mengumumkan keputusan palsu di stesen masing-masing dalam slot berita sedangkan menurut pihak pentadbir UIAM, kenyataan media yang dikeluarkan secara rasmi oleh UIAM adalah sepertimana yang dibacakan. Menurut staf UIAM yang menjaga jaringan media, wartawan NTV7 yang menerbitkan berita palsu berkenaan PRK di UIAM diambil dari internet. Lihat, bagaimana pihak media mencemar etika kewartawanan dan integriti dalam menyiarkan informasi kepada rakyat.

4. Kami juga ingin menyatakan keraguan kami terhadap ketelusan proses pilihanraya dijalankan. Penangguhan  pengumuman keputusan dan sikap melewat-lewatkan pengumuman yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa PRK membangkitkan kemusykilan apakah pihak yang terbabit mampu mengurus-tadbir perjalanan PRK. Beberapa aduan diterima tentang kekeliruan dan kesamaran yang berlaku dalam proses pembuangan undi. Malah, terdapat beberapa informasi yang salah daripada staf yang terbabit dengan proses pilihanraya yang menunujukkan ketidak-sediaan pihak jawatankuasa PRK dalam menguruskan PRK di UIAM.

Oleh yang demikian, kami menyatakan beberapa tuntutan:

1. PRK yang bakal dijalankan semula mestilah telus dan profesional.
  • Kami menuntut supaya mahasiswa juga menganggotai jawatankuasa PRK.
  • PRK punya aturan yang jelas, telus dan tidak terdedah kepada sebarang kemungkinan manipulasi.
  • Melibatkan wakil calon sebagai pemerhati sepanjang proses pembuangan undi dijalankan sehinggalah kepada proses pengiraan undi.
  • Menukar pengerusi jawatankuasa PRK kampus UIAM, Datuk Dr. Mizan Bin Hitam
2. Memohon maaf secara terbuka dan bertulis kepada para calon dan mahasiswa yang mengundi kerana layanan buruk dan sikap tidak hormat kepada para mahasiswa UIAM kerana melewatkan pengumuman tanpa notis dan mengumumkan keputusan PRK kepada media sebelum para mahasiswa.

3. Atas nama pilihanraya yang telus dan adil, kami mendesak pihak jawatankuasa PRK UIAM untuk mengeluarkan data-data pengundian yang dikatakan bermasalah dengan secepat mungkin. Ini mampu membangkitakan semula rasa yakin kami terhadap keboleh-upayaan pihak jawatankuasa PRK.

4. Menafikan berita palsu berhubung keputusan yang disebarkan melalui media massa seperti NTV7 dan TV9 dan UIAM perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pihak media yang terbabit untuk membersihkan nama universiti yang dicemar dengan berita-berita palsu.

5. Kami menuntut agar hari pembuangan undi diisytiharkan sebagai hari cuti bagi memudahkan semua mahasiswa dapat menjalankan tanggungjawab mengundi dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Kelab Maaruf UIAM (MC)

PRK UIAM 2012 0925


Kekecewaan yang timbul sebaik dilaporkan berlakunya ‘masalah teknikal’ pada sistem e-voting PRK UIAM 2012 tidak dapat dibendung oleh kebanyakan warga kampus berkenaan. Kehangatan ini jelas menjalar dari Gombak ke Kuantan, malah merebak dengan cepat ke seluruh negara selepas mendapat liputan ‘hangit’ dari syarikat² media massa dalam negara.
Pengumuman mengenai proses ‘undian semula’ yang perlu dilakukan pelajar² turut memberi pelbagai persepsi berbeza di kalangan pemerhati politik. Ada yang melihatnya sebagai positif dan tidak kurang juga negatif. Sebilangan besar pelajar juga turut merancang untuk memboikot pilihanraya kampus ulangan ini.
Lalu ini saya jadikan sebagai status mukabuku, selain turut menulis status yang sama di dinding IIUM ONLINE dan IIUM KUANTAN CHIT-CHAT.

|prk uiam 2012|
kecewa dengan 'masalah teknikal' yang dilaporkan.. tetapi sangat berharap tiada sahabat yang memboikot re-election minggu hadapan; kerana kita pernah melihat akibatnya (2005/2006) apabila yang bukan ahli memegang tampuk kepimpinan, =_=

Jangan Boikot PRK UIAM !

Ketakutan saya ini timbul berasaskan apa yang pernah terjadi tidak lama dahulu, di mana berlakunya kempen boikot prk oleh kumpulan Pro-Mahasiswa di semua IPT seluruh negara (termasuklah Taman Ilmu dan Budi). Sehingga akhirnya tunjang kepimpinan yang sepatutnya diserahkan pada yang haq (28:26) tidak dapat di terjemahkan melalui peti undi ketika itu. Rujuk analisa PRK 2001-2011 di sini.
Biarlah sekali peristiwa hitam itu berlaku, dan biarlah ia berlalu tetapi jangan sekali-kali kita melupakan akibat dari tindakan sedemikian. Kerana ada ‘ibrah yang boleh diambil, mungkin pengalaman itu mampu mengajar pelajar UIAM selepasnya; tentang betapa pentingnya urusan memilih barisan kepimpinan dalam usaha mengejar mardhatiLlah dan mengekalkan bi’ah solehah di Bumi UIAM bertuah ini.

Perkongsian ikhlas


# Saya memuji tindakan admin IIUM ONLINE dengan tidak meng‘approve’ sebarang permintaan masuk ke ‘IIUM ONLINE’ buat masa ini .. harapnya IIUM KUANTAN CHIT-CHAT juga ^_^
# head banner / cover photo kedua-dua group ini [IO and IKCC] telah pun ditukarkan kepada warna hitam sebagai tanda berkabung atas pelbagai isu buruk yang melanda UIAM akhir-akhir ini.
Wednesday, September 19, 2012

langkah kaki ke pentas cac...


adalah pintu masuk ke dunia realiti !!
...pakaian inilah yang bakal disarungkan pada tubuh penconteng warQah nanti~ 


Jubah Konvokesyen UIAM



Dan ini pula adalah Bicara Tuhan mengenai Pakaian Terbaik ...

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ 
 ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

O ye Children of Adam! We have bestowed raiment upon you to cover your shame, as well as to be an adornment to you. But the raiment of righteousness,- that is the best. Such are among the Signs of Allah, that they may receive admonition!

Al-Qur'an, 007.026 (Al-Araf [The Heights])