Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, July 30, 2011

ulasan seorang pemerhati


                Ketakutan untuk mencoret sesuatu mengenai Teratak Rahsia D‘Puncak tanah tinggi itu, tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada kehadiran pasukan peninjaunya ke atas layar warQah daUn papYrus. Hahaha ^_^, walaubagaimanapun.. saya tidak sesekali akan menghalang sesiapa jua untuk masuk dan menziarahi layar maya ini.
Sejujurnya saya telah jatuh cinta untuk menjadi muda, jatuh cinta untuk menjadi pendidik, jatuh cinta untuk didampingi dan jatuh cinta untuk menjadi yang terbaik. Ok artikel ini bukan perihal untuk mendirikan masjid ye sahabat², tetapi lebih kepada pengenalan mengenai pengalaman mendekati mereka yang patut didekati. Dan menghulur tangan bagi membantu apa sahaja yang boleh diberi.
Dari keseluruhan jumlah mereka yang menginap D‘Puncak tanah tinggi tersebut, saya dapati lebih separuh dari mereka punya identiti kepemimpinan sejati. Biarpun mereka menimba ilmu sekadar dilerengan bukit itu, namun jelas sekali bahawa mereka bukan calangan manusia yang dicampak ke situ untuk mengaji. Bahkan mereka sebenarnya adalah barisan terhebat yang saya akui lebih hebat dari generasi lalu; generasi pengasas yang sering dipuji. Generasi yang diangkat bagi membentuk motivasi diri. Entah kenapa!? Diri ini terasa amat kerdil dengan mereka, kematangan mereka mengatasi kematangan diri saya seusia mereka. Apakah ini tandanya, idea lalu tidak relevan lagi masa kini!? Saya biarkan teori lama berlalu pergi~
Kerana ada ‘ibrah dalam diri mereka, yang perlu saya kaji, teliti dan fahami. Agar akhirnya nanti duduknya saya serendah mereka dan berdirinya pula berketinggian yang sama. Barulah impian 13 tahun ke hadapan kan tercapai bagai dirancang. ^_^

p/s: Mereka berjumlah 62 orang, namun tidak akan saya coretkan nama² mereka di atas layar warQah. Kerana letaknya mereka tidak layak disini. Tapi tertanam di dalam lubuk hati (Qaryah Qalbu) dan terpasak kukuh dalam kotak memori.
Sunday, July 24, 2011

Terima Kasih semua ^_^

Melalui tinta pena layar warQah daUn papYrus™, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang mempermudah kan urusan saya ketika di Semenyih. Paling di ingati adalah abang ipar saya sendiri, yang sudi membenarkan saya tinggal di rumah beliau ketika mula-mula sesi pembelajaran di asrama SMK Engku Husain bermula.
Ucapan Terima Kasih juga saya tujukan kepada abang Romi bin Ishak yang menyediakan tempat tinggal sementara saya di asrama. Saya amat menghargai atas kepercayaan yang telah abang letakkan ke atas diri saya. Sesungguhnya proses renovasi mengejut itu bukan sahaja telah mengajar saya erti sebuah perancangan rapi malah turut mengheret saya untuk memandang lebih jauh ke hadapan.
Terima Kasih juga pada semua adik² aspura yang sudi memberi ruang dan peluang untuk abang mengenali diri masing² dengan lebih dekat. Disebabkan bilangan yang terlalu ramai jadi abang memilih untuk tidak menulis nama korang satu persatu kat atas warQah daUn papYrus™.
Juga saya tujukan ucapan Terima Kasih tak terhingga ini kepada semua yang membantu saya (adik-beradik) ketika kereta kami tersangkut di Semenyih malam tadi. Tanpa kehadiran dan bantuan yang disalurkan oleh Allah melalui hamba²-Nya seperti; Khairul Shahnan, Pakcik Razak dan Pakcik Din. Pasti keinginan untuk pulang bertemu mak dan abah di Melaka tidak kesampaian. Lebih teruk lagi, tiada tempat tinggal lain yang available ketika kami berdiri di bumi Semenyih malam tadi. ^_^
Terima kasih Tuhan.. kerana mempermudah kan urusan demi urusan, dalam usaha untuk diri ini menebus sebuah kesalahan, o,;”)_
Saturday, July 23, 2011

perkongsian rasa..

            Hampir seminggu tidak mencoret sesuatu di atas layar warQah™ , se olah berkurun lamanya tidak bertemu dengan para pengkarya cetusan Qaryah; dari lubuk Qalbu sahabat semua~
Untuk seminggu dua ni, saya bertanggungjawab untuk mendampingi khalifah² muda di sebuah asrama sekolah yang terletak tinggi D’puncak bukit. Bertindak sebagai tutor bagi subject math, bukanlah bermaksud saya hanya memfokuskan kepada subject tersebut se(mata. Bagi saya selagi mana saya mampu untuk membantu mereka, saya akan cuba ^_^

KESULITAN!?
Ya.. kesulitan itu tetap wujud, namun alhamduliLlah semuanya dapat diselesaikan dengan cara terbaik. (1) Tempat Tinggal : Oleh kerana rumah abang ipar di Semenyih sedang menjalani proses renovasi, maka saya terpaksa menumpang di asrama ini bagi meneruskan sesi pengajaran secara khusus buat adik² junior yang amat memerlukan perhatian di sini. (2) Ukhuwah fiLlah : Dalam membentuk sebuah jaringan ukhuwah yang baru, saya berusaha untuk mengenali setiap seorang dari diri mereka. Dan alhamduliLlah sehingga ke saat saya menulis ayat ini, saya telah mengenali sebahagian besar dari jumlah 61 yang di per kirakan oleh mereka kepada saya.

TERKILAN!?
                Sikap segelintir bekas pelajar asrama yang se olah menidakkan tanggungjawab yang pernah di ikrarkan satu masa lalu; memang sedikit mengguris hati... Tidak dinafikan bahawa masing² sedang gigih mendaki ke tempat yang lebih tinggi. Tetapi bukanlah itu menjadi satu alasan kukuh, bahawa mereka (hari ini) yang berada di tempat sahabat² pernah ada suatu masa lalu; tidak punya niat dan impian yang sama. Namun Segala-galanya tetap terubat dengan kehadiran sebilangan kecil generasi pengasas asrama. alhamduliLlah, terima kasih sahabat~ semoga usaha dari beban tenaga, masa dan kesabaran sahabat² semua di balas Allah dengan selayaknya.

Jika ingin melihat dunia masa depan,
lihatlah pada anak² muda hari ini..!”
Tuesday, July 19, 2011

kau seorang guru,


Kalau tidak ku fikirkan bahwa ia satu beban amanah~
...atas sebuah ikrar,
dengan kekuatan iman berpaksikan bai’ah,
Pasti aku tidak mendaki lagi ke Teratak D’puncak bukit tersebut.
Pasti!!

Apa lagi menghabiskan masa; yang sepatutnya di guna buat emak-abah terCINTA,
...buat junior² yang tidak pernah ku kenal usul-asal mereka,

Namun ku i’tiqadkan kukuh di dasar Qaryah Qalbu,
Khalifah muda yang berada di sisi ku hari ini...
Adalah ibarat aku di masa lalu,

Jika bukan aku yang memperkuatkan mereka untuk menuntut iLmu,
adakah wujud insan lain yang punya niyyat yang sama!?

Persoalan ini...
Ku tanyakan pada diri ku di masa lalu,

ADA tapi cuma segelintir dari be-(ribu
Sunday, July 17, 2011

-ejek-


“...jika anda mahu berkongsi sesuatu,
jangan lupa untuk menekan butang like di Laman Sosial facebook kami di...”


haish~ hahaha... ^_^ maaf ea, tertaip celoteh orang dalam tv pulak!! Ok untuk anda semua, dengan rendah hati berluhur jiwa saya ingin mengucapkan asSaLaMualaykum wbt buat semua Muslim dan non-Muslim di luar sana (“,)
hurm~ lama jugak saya x menconteng sesuatu kat atas warQah ni kan, jadi hari ni saya nak kongsikan apa yang saya dapat semalam. Huhu, semalam masih sibuk dengan usaha menyiapkan report untuk industrial training jadi saya tangguhkan untuk buat entry tu hari ni, xPe kn =)
Baiklah; tadaa...
r.i.z.q.a.n.  d.i.e.j.e.k. !? What the fisshhh... hahaha,

adakah seseorang tengah mencari bahan untuk mengejek seseorang yang bernama rizqan!? (dr sungai petani!?) Haish.. musykil~ macam² benda yang orang nak cari melalui laman web sekarang ni kan, harapnya dengan kemudahan di hujung jari masing². Tidaklah ia disalah gunakan mencari benda yang tidak sepatutnya oK..

P/s: agak² lepas ni ada x orang cari word ‘rizqan ensem’ plak guna enjin carian google... hahaha >_<
[sila abaikan kata² ini ea sebab hormon saya x stabil sekarang ni; demam + tension siapkan industrial training report]
Wednesday, July 13, 2011

Cerita baru UIAM Kuantan,


                asSaLaMu’alaikum sahabat².. huh, kalau sebelum ni saya banyak bercerita mengenai tempat pengajian penconteng warQah D’dimensi lepas. Kali ni tiba masanya pula, saya kembali menulis mengenai kampus UIA Kuantan; tempat pengajian penconteng warQah D’dimensi ini.
                adapun cerita terbaru mengenai kampus UIA Kuantan telah tersebar luas melalui FB, Twitter, blog dan sebagainya. Namun rasanya masih tidak ada masalah andai kata saya turut sama menulis mengenai update terbaru itu di atas warQah daUn papYrus, dengan tujuan menambah-luaskan lagi penyebaran maklumat ini agar dengannya nanti capaian kepada penerima adalah dalam kadar yang optimum.
                Perkara (1): Trafik sehala akan dilaksanakan pada pembukaan semester baru ini, tepatnya pada bulan September 2011. Jalan yang terlibat adalah bermula dari persimpangan di hadapan blok T1 sehinggalah ke kawasan persimpangan tempat letak kereta Mahallah Maimunah. Sistem trafik baru ini amat perlu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengurangkan kesesakan lalu-lintas pada waktu puncak khususnya dan jumlah kemalangan secara umumnya. Keadaan ini bertitik tolak daripada peningkatan jumlah kenderaan yang didaftarkan di dalam kampus UIAM Kuantan.
                Perkara (2): Beberapa papan tanda, bampar dan cermin akan di wujudkan berhampiran selekoh tajam blok M5.

Bagi perkara (1) dan (2), sila rujuk gambar ^_^

    Perkara (3): Mahallah

at-Tabari (T11-t14)
·         pemasangan lampu meja peribadi dan compartment sedang giat dijalankan
·         WIFI dan Televisyen akan di wujudkan
·         Tempat ampaian baju juga akan diwujudkan
·         Cafe: masih dalam perbincangan

IM2 (T8-T9)
·         Masalah tandas tersumbat telah diselesaikan
·         Sistem pembesar suara bagi Musolla dan Televisyen akan diwujudkan

Maimunah (M1-M8)
·         Tempat fotokopi: Telah mendapat sebuah bilik berdekatan K-Shop (terletak di antara bilik belajar dan klinik UIAM), yang mana kiosk ini akan di bergerak di bawah penyeliaan Biro Keusahawanan MRC Maimunah
·         K-Shop Maimunah akan tetap dibuka pada waktu tengah hari (1.00-2.00pm), yang mana sebelum ini ditutup bagi memberi laluan untuk Solat Zuhur

   Perkara (4): Lain-lain

ü  Indoor Game Center (IGC) di CF sister: Akan menetapkan limit masa penggunaannya (terutama untuk brothers) sehingga jam 10.30 malam sahaja. Kebersihan tempat tersebut juga amat dititik beratkan. “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman”
ü  Sports Complex akan dibuka pada semester baru ini, insyaALlah ^_^
ü  Pengambilan pelajar baru (sisters): sebahagian daripadanya akan ditempatkan di 2 buah blok Mahallah at-Tabari (menghadap ke jalan utama). Keputusan muktamad akan dimaklumkan kemudian.
ü  Proposal mengenai pembinaan kompleks mahallah baru (dengan kapasiti 5000 buah katil) telah diluluskan, namun pembinaannya masih belum berjalan. alhamduliLlah ^_^

p/s: ‘Campurisation’ adalah amat dikesali. Namun sebahagian perkataan dalam entry ini terpaksa tidak diubah ke dalam Bahasa Melayu bagi memastikan maklumat tepat sampai kepada kumpulan sasar. Andai kata In-door Games Center (yang biasa digunakan di UIAM) digantikan dengan ‘Pusat Permainan Dalaman’, pastinya ia akan mengundang tawa. Seterusnya menjejaskan proses penerimaan maklumat.