Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, May 31, 2011

Luahan Hati yang tersorok


Dalam usaha dibatasi sempadan, kehitaman nafs bisikan syaitan, amarah penebat sang ketenangan, ditolak tidak ke tepi.. di tarik tidak berganjak, dua alam membentuk De-Facto, membelah diri, memberat hati, jika tidak kerana kitab; hancur luluh, bagai jasad tanpa roh~

kau khaleefah muDa..
menyantuni dua nyawa dalam satu diri, andai hidup tidak berpanduan kitab, andai cinta rasul datang bermusim, muhasabah lah.. hati kau mungkin terkurung gelap, berteman sang cahaya malap.
Monday, May 30, 2011

A NICE STORY ABOUT LOVE

I once had  a friend who grew to be very close to me.

Once when we were sitting at the edge of swimming pool,
He filled the palm of his hand with some water and held it before me,
and said this:

“You see this water carefully contained on my hand?”
It symbolizes Love

This was how I saw it:
“As long as you keep your hand caringly open and allow it to remain there,
It will always be there.”

However, if you attempt to close your fingers round it and try to possess it,
It will spill through the first cracks it finds.

This is the greatest mistake that people do when they meet love...
They try to posses it, they demand, they expect...
And just like the water spilling out of your hand,
Love will retrieve from you.

“For love is meant to be free, you cannot change its nature.
If there are people you love, allow them to be free beings.”

Give and don’t expect.
Advise, but don’t order.
Ask, but never demand.

It might sound simple,
But it is a lesson that..
..may take a lifetime to truly practice.

It is the secret to true love.
To truly practice it,
You must sincerely feel no expectations
from those who you love,
and yet offer an unconditional caring.
Sumber cerita ini: Internet
Sunday, May 29, 2011

legacy al-Fateh 29 May 1453 till 29 May 2011

Jata negara Khilafah Uthmaniah
Tembok Kota Konstantinople (terkebal di dunia saat ia dibuka oleh Sultan Muhammad bin Murad)




Utusan Tuhan Bersabda
Benarkan Satu Ketika
Derapan Kuda kan Tiba
Bebaskan Kota di Roma

Tentera Fateh pun Datang
Hadis Nabi Kuatkan Iman
Layar Kapal Rentas Daratan
Tanduk Emas dibantu Tuhan

70 kapal pun tiba
Byzantin Gegak Gempita
Dua Ratus Ribu Tentera
Mimpi Buruk Sudahpun Tiba

800 Tahun Penantian
Konstantin Akhir di Tawan
Panji Islam dikibar Hasan
Tubuh Syahid Jiwa dikorban

Itulah Si Anak Muda
Beraksi Menggegar Dunia
Itulah Sebaik Raja
Itulah Sebaik Tentera

Gambaran saat² pembukaan kota terkebal di dunia pada 29 May 1453

dalam setiap kepayahan ada kesenangan !!

Keunggulan Turki Uthmaniyyah terletak pada jiwa pemerintahnya, kepatuhan para rakyatnya

semangat kerja berpasukan termantap dalam sejarah

pengepungan selama 53 hari oleh ketua tentera terbaik dan barisan tentera terbaik

23 May 2011 – 27 May 2011

           Minggu lalu aku ditempatkan di Makmal Dadah Jabatan Patologi Hospital Kajang. Sampel yang diuji adalah urine manusia, jadi faham² sajalah bau makmal tersebut ye. alhamduliLlah sikit pun tak luntur semangat aku untuk menuntut ilmu kat situ. Yang membuat diri aku lebih bersemangat adalah kerana Kajang merupakan salah satu dari 3 buah hospital yang mengendalikan makmal dadah untuk negeri Selangor. 2 yang lain adalah Hospital Banting dan Hospital Klang. Kedudukan Kajang yang terletak di tengah² negeri Selangor dan lebih hampir dengan WP KL juga WP Putrajaya menjadikan ia pusat tumpuan penghantaran sampel dari Jabatan Narkotik PDRM, AADK, PENJARA KAJANG, klinik kesihatan terdekat dan juga orang perseorangan.
Ujian yang dijalankan disini mempunyai dua peringkat iaitu screening test dan confirmation test. Itu pun selepas saringan peringkat awal oleh jabatan² terlibat sebelum sampel tersebut dihantar ke makmal. Screening test adalah ujian yang dijalankan dengan 2 cara, bagi medical check-up; cukup sekadar menggunakan satu strips khas yang dicelup kedalam urin bagi mengesan kehadiran opiates ataupun tetrahydrocannabinol (THC). Namun bagi kes yang melibatkan polis, ujian saringan atau screening test ini perlu dianalisis menggunakan mesin berkomputer yang lengkap. [malangnya selama seminggu di makmal tersebut saya masih tidak berpeluang untuk melihat bagaimana ujian ini dijalankan kerana terlalu banyak sampel yang masuk]. Jadi biarpun minggu hadapan saya akan berada di Outsource unit itu tak bermaksud saya tak boleh meninjau makmal dadah bagi menyambung pengajian yang terlepas. Huhu...
                Bagi ujian pengesahan atau confirmation test, ianya akan dijalankan sebaik sahaja ujian saringan mengesahkan kehadiran salah satu atau kedua² jenis dadah yang dimaksudkan (opi/THC). Ujian ini menggunakan thin layer chromatography test bagi mengesahkan secara benar kehadiran dadah di dalam sampel urin. Kedua jenis dadah memerlukan perjalanan ujian yang sedikit berbeza kerana tindak balas bagi setiap jenis dadah muncul dalam pemerhatian adalah berbeza. Total masa digunakan untuk satu² ujian pengesahan memerlukan 6-7jam bekerja. Di dalam keluarga Opiates terbahagi ia kepada beberapa mother group; iaitu morphine, codein dan heroin. Walaupun dalam ujian thin layer chromatography ini hanya 2 standard solution yang digunakan iaitu morphine dan codein. Namun kehadiran heroin masih juga dapat dikesan, kerana pembezaannya dengan structure morphine didalam urin adalah sama. Heroin berbeza ketika didalam tubuh manusia iaitu mempunyai hydroxyl group tambahan dari morphine.
                Biarlah apa pun jenis dadah yang diambil, penagih tidak akan pernah terlepas. Ini kerana senstivity setiap ujian yang dijalankan adalah tinggi. Buat perokok tegar, berhati²lah dengan setiap hisapan anda. Jika sekali anda terhisap rokok yang mengandungi ganja/marijuana/cannabis (THC). Anda telah pun termasuk dalam kalangan penagih bahan terlarang tersebut. Jalan terbaik adalah cuba jauhi segala benda² mengarut ni untuk kehidupan yang lebih sejahtera. Selesai update LI
Saturday, May 28, 2011

buat yang berada diatas... ^

Permudah madahmu tatkala berdiri,
agar yang duduk mengerti..
fahami dan terus menjalan amanah,

seketika dirimu masih bernadi,
berbumbungkan langit,
berinjakkan bumi..
jangan mendongak tatkala diatas,
kerna sekecil batu dibumi,
mampu menjatuhkan air muka

membentuk ruh yang baru..
adakah semudah memberi motivasi!?
adakah semudah menelan pil duniawi!?
TIDAK..!!


Sunday, May 22, 2011

Sepatutnya entry 19 May 2011 (siri ke3)

Uncle Morgan
                Dikala mata sang penconteng warQah ini memandang batang tubuh seorang lelaki tua yang amat dikenalinya, berbangsa India pada sesetengah anggapan manakala sesetengah yang lain mengatakan bahwa lelaki itu berbangsa Malaysia. Biarlah bangsa apa sekali pun, kerna perbezaan bangsa itu jika sering dilihat dan diperkatakan akan timbul pula perasaan berpuak-puak. Maka ambillah jalan terbaik, cari titik persamaan yang paling mudah.. penconteng warQah menganggap lelaki itu adalah salah seorang dari hamba ALlah.
                Lelaki tua itu merupakan orang yang pernah berulang alik mengambil dan menghantar aku pulang dari sekolah; setiap hari. Rutin isnin hingga jumaat~ Sepaginya dijemput untuk menghadirkan diri ke Sekolah Kebangsaan Semenyih, dan sepetangnya pula dihantar pulang dari Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih. Kenangan itu tidak sedikit luntur dari ingatan, manakan tidak!! Kita tidak akan tahu dengan apa Uncle Morgan datang pada hari ini. Kebiasaannya pasti dengan bas, tapi kemungkinan untuk dia hadir dengan van atau teksi mercedesnya juga agak tinggi! Andai kata menaiki teksi, sahabat cuma perlu mambayangkan bagaimana muatan sekali gerak boleh mencapai 10-12 orang dalam satu-satu masa.

Lencana SK Semenyih

Penconteng warQah gagal menjumpai softcopy
Lencana SR Agama Pekan Semenyih
                Sekilas pandangan kepada lelaki tua itu, sudah cukup memutar ligat memori ini untuk kembali ke zaman sekolah rendah, keduanya punya memori indah baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. Terima Kasih abah, emak sebab sanggup mengeluar duit lebih, mengerah tenaga untuk menghantar anak²mu ke dua² jenis sekolah tersebut. Terima Kasih jugak buat semua cikgu dan ustaz/ustazah yang pernah mendidik dan mengajar diri ini.

apabila Tuhan berkata 'jadi'lah...

Ilustrasi kejadian adalah ihsan KOSMO

Enam belas yang terkorban ialah: 
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10
اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافه واعف عنهم
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

إن لله وإن إليه راجعون

16 Terbunuh, 9 Cedera Dalam Kejadian Tanah Runtuh


KUALA LUMPUR: Runtuhan tanah lumpur yang merempuh sebuah rumah anak yatim di Kampung Gahal, Hulu Langat, telah membunuh 16 mangsa selepas hujan lebat monsun melanda Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya hari ini.

Sehingga 5.30 pagi tadi, 15 kanak-kanak dan seorang penjaga telah disahkan mati dan sembilan lagi cedera.
Operasi menyelamat yang bermula sejak 2.45 ptg semalam, diberhentikan buat sementara waktu pada kira-kira jam 5.30 pagi selepas mayat terakhir ditemui pada 5.05 pagi. Kerja-kerja mencari mangsa kemudiannya disambung semula pada jam 8.00 pagi tadi bagi memastikan semua mangs dapt dikeluarkan.

Polis berkata sembilan kanak-kanak yang tercedera telah diselamatkan dari bawah lumpur yang menutupi sebahagian rumah anak yatim di Selangor.

Insiden tanah runtuh itu berlaku sekitar jam 2.30 ptg Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Usaha-usaha menyelamat dihalang oleh hujan berlanjutan.

“Hujan membuatkan kerja menyelamat sukar seperti lumpur yang masih bergerak,” Ketua Polis Negara Ismail Omar berkata semalam.

Kanak-kanak ini sedang mengikuti program perkhemahan motivasi di rumah anak yatim itu apabila tanah runtuh melanda, menurut media tempatan.

Mangsa yang terselamat adalah kanak-kanak yang berumur diantara 11 dan 17 tahun dan seorang dewasa berumur 22 tahun yang dipercayai pekerja di rumah anak yatim. Kanak-kanak yang meninggal dunia berumur di antara 11 dan 14 tahun.


Mangsa terselamat telah dikejarkan ke Hospital Kajang Hospital and Hospital Ampang Hospital, menurut Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah di dalam sidang akhbar.

Katanya rumah anak yatim, bertempat hampir sebuah bukit, mempunyai 49 penduduk, lima daripada mereka penjaga-penjaga. Semua penduduk-penduduk rumah anak yatim lelaki.

Lima daripada sembilan mangsa tanah runtuh di Hulu Langat telah disahkan Hospital Ampang petang semalam dalam keadaan stabil. Yang lain telah disenaraikan sebagai kritikal.

Mereka dibawa ke hospital di antara 4.46 ptg hingga 8.23 malam. Mangsa-mangsa yang di dalam keadaan stabil mengalami kecederaan rusuk dan kecederaan leher.



Runtuhan dari tanah runtuh itu meliputi keseluruhan kem yang didirikan di atas lereng bukit. Sebuah surau juga ditimpa tanah runtuh.

“Kami difahamkan dua kejadian tanah runtuh berlaku dalam selang beberapa saat. Kesemua mangsa yang berada di dalam kem itu telah terperangkap,” Tun Hisan berkata di tempat kejadian.

Katanya para penyelamat terdiri daripada kakitangan Jabatan Kebakaran dan Penyelamat, Polis dan Jabatan Pertahanan Awam.
Saturday, May 21, 2011

Sepatutnya entry 19 May 2011 (siri ke2)


Wanie Sakan
                Kelam langit menjadi tanda titisan hujan bakal turun, sunnatuLlah yang difahami manusia dibelahan bumi timur mahupun barat. Menapaknya kaki penconteng warQah menuju ke bangunan terbesar di pekan batu baru itu buat perlindungan dari kebasahan. Tatkala baru menjejak kedalam bangunan berkeliling sejarah itulah, mata beliau dipanggil untuk menoleh ke arah sebuah kedai perhiasan diri dengan punya cermin yang amat besar.

Wanie   : eh macam kenal je mamat neyh~ ^_^
zaCk       : la ko still keje kat sini ke wanie!? O.o
Wanie   : dah 3 tahun pun aku kat sini...!!

                Cerita punya cerita... dari perihal kerja ke perihal yang lain, penconteng warQah akhirnya meminta untuk mengundur diri. Kerna tujuan asal penconteng warQah adalah kedai ‘Ayam Goreng’ yang terletak disudut belakang bangunan besar tersebut. Sementara menunggu keadaan di luar lebih ‘tenang’, bagus juga bagi beliau melayan dan meratah ayam goreng sehingga menjilat jari ^_^, sekali lagi kenangan lama terimbas, pengalaman bekerja lepas tamat zaman persekolahan memberi impak besar dalam diri penconteng warQah... membentuk dirinya yang lain~