Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, June 29, 2010

29 June...


                Seawal jam 4 pagi lg mak aku da kejutkan sumer orang. Hahaha.. memang da taw da, dialah orang yang paling eX-cited nak antar aku ke kuantan ari tuh. Katenya takot terlambat~ huhuhu. Waktu pendaftaran aku kat campus tuh sebenarnye jam 11 pagi. Tak mungkin terlambat kan.. kami merancang perjalanan ambil masa lebih kurg 5 jam coz speed limit abah aku bawak kete 110 km/jam je [pemanduan selamat]. Itu tak termasuk traffic jam Kajang-KL, berhenti kat toilet n minum pagi kat RnR Gambang. Jadi kami bertolak sesudah je Solat Subuh iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi. Seperti yang dirancang…
                Jam 8 pagi; tepat berada kat atas Jambatan yang merentasi Sg Pahang berhampiran RnR Temerloh. “Ko katne skang?” aku type msg ringkas pastu sent kat sumer eX-classmates aku kat Foundation dlu. Tak smpai 3 minit ber(lumbe)² msg masok phne aku. N ni antare sebahagian msg yg aku masih ingat smpai skrg. “Ak bru je lpas tol karak” dari Nasr, “Aku baru nak kuar rumah” dari Faisal, “aku dah sampai uia dah, kat gombak. hahaha” dari Fahmi. Hurm.. aku ingat betol la da smpai kat uia (ktn) pkul 8 pagi, gilew semangat budak neyh. Rupenya baru lpas tol gombak… huhuhu yg plg x tahan pesa arr baru nak kuar rumah. Neyh case malas sesak² dtg awal la neyh~
                Mase minum pagi kat RnR Gambang; jumpe sorang eX-classmate aku kat Foundation dlu, tapi die neyh sister lor~ Jadi aku x knal sgt, cuma yg aku pasti die budak SMAKL.. mksdnye kawan baek Fahmi arr tuh. Pas minum pagi kami terus sambung perjalanan ke UIA (kuantan), berdasarkan map yang dibekalkan dalam booklet tuh macam Tol Gambang lagi dekat, jadi kami kuar ikot susur tuh. Tapi kete sister tadi terus ikot highway, so taw lah yg dia akan kuar ikut Tol Kuantan. Takdelah banyak beza pun coz dua² memg akn smpai jgak ke destinasi sma kn. Rupenya perkiraan aku silap, peta tuh x ikot skala sebenar, jadi dari Tol Gambang kami kena ikot jalan bese yang lebih kurang setengah jam jarak perjalanan die. Smpai je kat Gate aku nmpak kete sister tadi kat belakang kete aku. Huh~ aku smpai dlu jgak. Pak Guard kate “Masuk” bersama senyuman selamat datang. Kami masuk cari parking, pastu abah pegi jumpe ayah sister tuh. Menurut ayah sister tuh, “Jarak keluar dari highway ke UIA memg berbeza tapi jarak tempuh perjalanan dari susur keluar Gambang tuh same je!”. Jadi pilihan aku tepat lah, kurang bayar tol cume melilau sket arr nak cari jalan. Ngee >_<
                Ini arr kali pertame aku jejakkan kaki ke Kuantan, kali pertama sampai kat UIA Kuantan, dan kali pertama aku tengok campus yang emmm… HIJAU. Heheh, memg terkilan sket bile taw bebudak kat Gombak punye condition jaoh berbeza. Bagai Langit dengan Bumi jaohnye, tapi semangat untuk stuDy n timba pengalaman baru kat sini tak luntur sket pun.
Selang 2 minggu lpas tuh, aku masuk kat WacKOS, tmpat lepak budak² Kulliyyah of Science, IIUM Kuantan neyh. Terpampang satu lukisan budak² tgh tanam pokok kat tepi sebuah kolam, dan bayang dekat air kolam tu plak tunjukkan sebuah pokok yang besar merimbun berdiri pada dasar akar yang sama; menjadi tempat permainan sebuah keluarga. Pada gambar tu ditulis sesuatu yang benar² bagi aku inspirasi bahwa pengalihan Mahasiswa/i Kulliyyah of Science dari UIA Gombak ke campus baru UIA Kuantan adalah satu rahmat besar yang tidak ternilai. [aku merupakan generasi ke-2 student KOS yg masuk ke UIA Kuantan.]
“What we stand for today is THE GRASS OTHERS WILL THREAD ON TOMORROW. As PIONEERS TO our YOUNG CAMPUS, we are SECURING THE ROOTS OF FLOURISHING STUDENT community with passion for knowledgs, creativity and life…”
Since dari situlah aku da tak fikirkan lagi pasal Gombak Campus. Ape yang penting sekarang aku adalah salah sorang dari Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hari neyh 29 June 2010, menggenapkan 2 tahun aku bergelar Pelajar di tempat tuh dan masih berbaki 2 tahun lagi untuk aku mendapatkan segulung Ijazah.
Manakala cerita yang aku tulis kat atas tuh berlaku pada 29 June 2008; Hari Pendaftaran Masuk Pelajar baru ke UIAM 2008. [berbanding ke‘HIJAU’an 2 tahun lepas, aku percaya admin UIA berusaha sebaek mungkin untuk me‘nyelesa’kan pelajar²nya. Berita gembira terbaru yang diterima, Mahallah baru da siap dan boleh diduduki semasa pendaftaran masuk awal sem neyh.] aku jugak berharap dapat bertarawikh Ramadhan tahun neyh kat masjid baru. ^_^

P/s: Bagi sesape yg x tahu, UIAM neyh terkenal kat luar negara sebagai International Islamic University Malaysia (IIUM),  jadi jgn keliru kalau abb words utk UIA ber(ubah)². Dan sebagai pengetahuan bersama, post kali ini merupekn n3 terpanjang dalam sejarah warQah daUn papYrus [sbb tarikh neyh begitu bermakne buat-ku], thanx ea sumer coz sudi bace. hehehe
Sunday, June 27, 2010

Tulisan untuk Mohd Syafiq


                Salam’alaykum FiQ.. Mula² sekali abg ucapkan TaHNiaH sebab Syafiq bakal menjadi Mahasiswa untuk jurusan Kejuruteraan Awam kat UiTM tuh sebaik je mendaftar masuk hari neyh. Walaupun rasa sedikit terkilan atas sebab² tertentu. erm.. takpe abg taknak hilangkan mood gembira hari neyh. Abg percaya kalaulah arwah Pak Lang masih ada mesti dia pun bangga dengan Syafiq. Walaupun Syafiq tak sempat tunjukkan keputusan PMR dan SPM yang lepas, jugak keputusan untuk diterima masuk ke peringkat setinggi neyh pada Abah FiQ~ tapi ingatlah masih ramai yang sedang mengharapkan yang terbaek dari Syafiq. Mak FiQ (a.k.a Maklang abang) mesti nak anak² dia jadi yang terbaek dari yang terbaek. Contohilah apa saja yang baek dari abang² FiQ yang laen. Along Wan dengan Angah dah tunjukkan yang terbaek dari diorang. Mamat jugak dah tunjukkan pada kita apa yang mampu dia buat. Ternyata dia lebih kuat dari yang kita sangka. Maksudnya selaen ilmu yang kita tuntut kat sekolah atau pun universiti, kita sebenarnya perlu menuntut ilmu yang sebenar-benarnya iaitu ilmu kehidupan realiti. Itulah yang Mamat dah tunjukkan pada abang. Dan abang jugak banyak belajar dari dia. Walaupun abang tau yang dia tu kadang² penakut sikit, hahaha.
                Abang tak taw sama ada FiQ baca atau tak tulisan neyh. Tapi abang akan tetap menulis walaupun sampai takda orang yang sanggup baca hasil tulisan² abang lagi. Hurm.. berkenaan dengan kemasukan ke Peringkat Pengajian yang lebih tinggi neyh. Abang nak pesan sikit 2,3 perkara. Selaen persiapan document dan barang² keperluan asas. Abang harap Syafiq dah bersedia dari persiapan mental jugak. Sebab inilah masa paling sukar bagi seorang pelajar untuk menentukan hala tuju kehidupannya di masa depan. Abang akui, abang jugak pernah jatuh dan itu memang lumrah untuk seseorang menjadi lebih matang. Tapi disaat nilah keputusan 100% terletak kat tangan kita, kawan² yang kita dampingi, keadaan semasa semuanya turut memberi impak untuk keputusan yang kita akan buat tapi ingatlah kita yang membuat pilihan.
                Sepanjang melanjutkan pengajian peringkat tinggi neyh. Banyak yang abang dah lihat, ada sahabat² yang gagal dan akhirnya di buang dari pengajian. Perangai sahabat² yang berubah dari sesorang yang baek mula menjadi sedikit liar. Semuanya boleh berlaku kalau kita tak punya jati diri sendiri. ABANG HARAP SYAFIQ SENTIASA TEGUH DENGAN PENDIRIAN DI BAWAH RAHMAT ALLAH SWT. Paling penting solat jangan terabai, sebab itu lah pengikat kita dengan Tuhan. Walau sesibuk mana pun kita. Jangan anggap solat perkara remeh temeh yuk. Kalau kita selalu solat maghrib dah dekat waktu ‘isya nanti orang ingat kita nak buat solat jama’ pulak. Takut pulak diorang nak solat dengan kita nanti, sedangkan Solat neyh la penghubung kasih sayang Manusia-Manusia dan Manusia-Tuhan. Paling penting FiQ  sentiasa kena ingat, stuDy neyh jugak adalah sebahagian daripada ‘ibadah. Maaf ye ayat tak berapa tersusun sebab ni je cara yang abang boleh buat untuk pastikan takda idea yang hilang.
-method penulisan: 7 minit tanpa henti-
Saturday, June 26, 2010

eksperimen I


Membuat orang senang dengan kita bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bila caranya tidak kena pada tempatnya. Jadi sebagai perkara pertama sekali yang perlu kita ambil peduli adalah cuba mengenal diri kita sendiri.
BAGAIMANA ?
                Untuk eksperimen pertama ini, kita hanya memerlukan 3 benda iaitu sebuah bilik bertutup, cermin dan diri kita sendiri. Caranya cukup mudah, berdirilah di hadapan cermin tersebut sambil membuat reaksi muka yang selalu kalian lakukan dalam kehidupan sehari-hari, dan juga reaksi muka yang tak pernah kalian bayangkan sebelum ini. Riak muka gembira, menangis, marah, tertekan, ketawa, senyum, bengang, blur, bengis, menyampah, meluat, mengejek, relax, sempoi, bangga, takut, terkejut dan sebagainya. Dari situ kalian lihatlah sendiri rupa kalian yang mana paling menarik, menenangkan orang yang memandangnya, dan paling memberi inspirasi pada orang sekeliling. Pasti riak senyum menjadi pilihan, riak ketawa yang mencantikkan, dan sempoi yang mendebarkan. Fitrahnya manusia sukakan segala yang baik-baik, Ada sabdaan dari Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw berbunyi (lebih kurang begini) maksudnya;
“Kamu tidak akan dapat memenangi hati manusia dengan harta kekayaan-mu, tetapi kamu boleh memenangi hati-hati mereka dengan senyuman dan akhlaq yang baik
Jadi mulai sekarang apa kata kalian murahkan senyuman kalian, pada semua orang yang kalian jumpa, kenalan atau tidak bukanlah faktor utama. Jika kalian senyum percayalah semua orang senang dengan kalian, kerna senyuman adalah bahasa antarabangsa. Merentas masa dan benua, satu isyarat yang difahami seluruh dunia… mulakan senyuman pertama anda selepas titik noktah diakhir ayat ini. :)
Ada diantara sabahat-sahabat bertanya saya, “Kenapa kita memerlukan bilik tertutup?”. Saya jenis manusia yang tidak suka menjawab pertanyaan melainkan mempersoalkan kembali! “Apa agaknya reaksi kalian bila melihat seseorang bermain reaksi muka di hadapan cermin dalam tandas awam?”. Pasti ini yang timbul dalam benak fikiran kalian, “Kurang siuman kot…”
Hipothesis             : Saya sukakan yang baik-baik dan cantik-cantik sahaja, saya juga senang orang disekeliling melayan saya dengan baik. Maka saya yakin, saya juga perlu lakukan perkara yang sama untuk orang lain pula senang berada di sisi saya.
Wednesday, June 23, 2010

dari keping² hati


                Pagi tuh aku lihat mereka kecil, se(olah)² mereka tak mampu mengharung dunia. Bagiku mereka terlalu kecil hingga dunia akan menghimpitnya. Kadang² mereka berdiri dihadapanku dengan gelak ketawa, tak kurang jugak yang berdiri dalam duka. Bagiku, mereka hanye hiasan tanpe makna. Tanpa sedar  fikiranku jaoh meninggalkan mereka. Sejauh realiti dalam maya; sebuah fatamorgana.
                Dalam kesesatan mencari diri, selepas PeNCiPTa dijauhi. Baru tersadar dari lamunan mimpi ngeri. Bukan hujung tepian perigi aku berdiri, tapi di GiGi²… sebuah api, neraka; Bahan Bakar tanpa umbi, sejak azali selamenya membakar tanpe henti.
                Dengan usaha mencabar diri, kembali meniti titian ukhrawi. Demi sebuah harge diri yang pernah hilang, luput di mamah kebuasan manusia golongan ‘asi. Aku bangun dan jatuh, demi kembali ke pangkal jalan. Bukan semudah melebar kain dari benang, bukan semudah mengumpul air seluruh lautan… sesat dalam nikmat, hanya tersentak bila di rembat.
                Tengah hari tadi aku tinjau lagi, mereka yang dulu bukan lagi mereka yang kini. Bagai sebuah organisasi raksasa, mereka membina rangkaian gergasi pautan alam. Tersentak dadaku, mereka berdiri megah di pusat² ibadat. Berulang-alik dari sebuah khayalan ke ‘alam kekal tanpa sempadan. Mereka berdiri jauh lebih tinggi. Lebih tinggi dari ketinggian mereka sendiri. Malah sehingga kadang² gagal dikecapi ketinggian derajat manusia.
                Dari sebuah kesederhanaan, dari puncak pertengahan, dari lembah kemakmuran, dari langit kebiruan, dari kehijauan sebuah hutan, dari kesesakan dunia iman, dari diri seorang teman, dari sebuah kehidupan. Tiada himpunan guru tanpa makna, mereka hadhir dengan satu tujuan; SEBUAH PEMBERITAHUAN~ yang ...
p/s: ... Kita Punya Tuhan, o,;”)_
Tuesday, June 22, 2010

22 June 2010


                Salam’alaykum.. alhamduliLlah, masih lagi diberi peluang untuk aku melihat dunia, menyentuh, menghayati, dan ber’ibadah untuk waktu yang sementara neyh! Hari demi hari yang berlalu kadang² menyedarkan aku bahwa waktu untuk pergi semakin hampir, dan kadang² menjadikan aku leka dengan kehidupan yang masih tak diketahui penghujungnye. Ntah lah, yang pasti aku perlu selalu menadah tangan memohon dari-Nya~ Ya Rabb.. Semoga Engkau hanya berikan yang TERBAEK untuk hamba-Mu yang lemah ini. o,;”)_
                Setelah hampir seminggu dalam keadaan yang kurang seyhat, hari neyh bermula hari yang baru selepas pulih sepenuhnya dari keadaan yang kurang selesa tuh. Dan sebaek je aku bukak dashboard blog neyh berlambak update blog baru dari kawan² semua. Aku tetap akan bace satu-persatu keyh~ dan yang lebih menyenangkan hati neyh bile aku lihat yang follower blog neyh makin bertambah se(hari)², syukur sgt².. mungkin bagi yang baru mengikuti blog neyh x faham sgt pembawaan penulisan-ku dalam blog warQah daUn papYrus neyh. Secare ringkasnye aku menulis tanpe ade sebarang pengkhususan dalam style penulisan-ku. Semuanye aku redah sendiri, tapi dalam mase yang same aku tetap pastikan ade input² bergune untuk semua keyh, ^_^
                22nd June 2010, banyak perkare yang berlaku hari neyh, antarenya; sepatutnye aku gerak dari rumah maksu-ku kat Subang untuk bermalam sehari pulak kat rumah maklang-ku di Bandar Sunway. Tapi nenek-ku kat sini ber(iya)² menghalangku dan mintak untuk aku bermalam sehari lagi disini. Jadi aku terpakse ikutkan je, taknak pulak bagi orang tua neyh susah hati. Hurm~ jadi aku delay sehari lewat balik ke rumah. Esok aku akan bermalam kat rumah maklang, lepas tuh lusa aku akan gerak balik ke rumah. Hari neyh jugak Shameer Haqeem akan mendaftar kat Kolej Mara Banting (KMB), dan untuk pagi neyh je aku da wish 4 orang punye birthday kat FB.
                Pesanan aku untuk semua follower blog neyh, atau sekadar datang jenguk dan singgah harap sangat dapat tulis kehadiran dan blog link korang kat chatbox tuh. Nanti boleh aku buat lawatan balas pulak… hehehe, (“,) itu je buat mase neyh >>> insyaAllah nanti aku sambungkan cerita Pengembara Masa Lampau tuh ea, assalamu’alaikum
Thursday, June 17, 2010

Melaka ke Subang


Maaf sahabat², agak lama aku x menulis kat warQah daUn papYrus neyh. Ape lagi nk bace artikel² baru yg korang tulis. BUKAN MALAS, cuma sejak seminggu kebelakangan neyh keadaan kesihatan x mengizinkan. Twitter dan Facebook jugak same x di Update; taPi aku janji untuk review balek semua yg da terlepas tuh. Sebab aku hargai ape² je yg korang coretkan kat blog/wallpost/profile korang.
Saat jari² neyh sibuk menaipkan ape yang patot, aku sebenarnye dah pun berada kat rumah maksu aku di Subang 2. Semalam; aku gagahkan jugak untuk datang ke sini, w/pun batuk masih lagi x hilang, selsema masih lagi x kering. Tapi disebabkan aku da berjanji untuk datang, maka aku tunaikan jugak janji aku tuh. Dari Melaka semalam aku naik bas ke Seremban, sebab aku tahu bas x behenti di Puduraya buat masa neyh tapi dihentikan kat Bukit Jalil; Kalau aku turun sane susah sket sebab nak kena tukar banyak tren, lagi letih~ jadi aku pilih ke Seremban. Smpai kat Seremban pulak dihentinya aku kat Terminal 2, kena la aku naik transit bus untuk ke Terminal 1. Sebab hanye dari situ, dekat untuk aku berjalan ke Stesen Komuter Seremban. Sebelum ambik transit bus aku makan dulu kat Marrybrown n Solat Jama’ terus. Sebab da dapat agak aku akan tersekat lama dalam tren, jadi aku BUAT LA BENDA² PENTING DULU. Kat sini la aku banyak bertanye orang ramai, sebab terlalu banyak perubahan landskap yang aku lihat. Sampaikan aku hampir² sesat kat bandar yang da dekat 4 tawon aku x turun tuh. Tulah kan, asyik ikut Highway jah… :p
Dari S’ban beli tiket untuk ke Subang Jaya, sebab da janji dengan maksu yang die akan tunggu aku kat Subang Parade. 7 ringgit senang² je aku hulur kat akak kaunter tuh. Naik tren confirm ade tempat duduk sebab b’gerak dari stesen pertama. S’ban >> KL Sentral. Tukar pulak tren ke P. Kelang. Waktu sampai kat KL Sentral da masuk peak time. Faham² la bagi korang yg da bese naek Komuter neyh kan. w/pun aku tau dalam tuh da macam sardin aku tetap menyumbat jugak. Aku x nak ketinggalan tren sebab tengah mengejar mase. Nasib baek sampai je TEPAT DENGAN WAKTU maksu aku arrive kat stesen tuh. Jadi masing² x perlu menunggu.
Sepanjang perjalanan semalam, aku dapat jumpe ramai orang. Macam² ragam (+)perangai pelik², tapi tulah realiti kehidupan. w/pun bukan pengembaraan merentas benua tapi banyak yang dapat AKU BELAJAR. Dan pagi neyh insyaALlah seperti yg dirancang kami akan bertolak ke Cameroon, itu je yang mampu aku citer buat mase neyh. Batuk masih lagi berkokol neyh; Harap sahabat² Doakan kesejahteraan Muhamad Rizqan Aizzaini yarkh~ ^_^
Sunday, June 13, 2010

TRAVELOG dua orang RizQan:~


           Hari yg ternyate memenatkan seluroh cell² dalam tubuh, wooo… pagi² lagi da gerak dari rumah nk ke Semenyih, yg paling eX-cited emak la! Maklum la nak jumpe kekawan lame kn, ngahaha ^_^, sbenarnye abah yg ade meetg pentg kat sane [s’nyih] hari neyh, tp satu keluarge angkut pegi~ sbb msg² da ade plan senDri, alang dgn alin nak jumpe bf dorng.. aku pulak da rancg dgn kakak n tunang die nk tengk wayang, citer ‘Karate Kid’. Pagi tuh kitorang bekfes kat RnR Seremban, hurm~ bg sesape yg familiar dgn RnR neyh mesti taw ape yg special punye kn… utk yg x bese meh aku gitaw, kbnykan org² dr selatan yg nk ke KL akan berenti kejap kat sini sbb ade ‘Yong Tau Foo’ [sory kalo salah eja~]; da la sedap gilew (+) harge pulak berbaloi sgt!! Rasenye last aku makan kt sini 2 bulan lpas, mase nk pegi S’nyih jugak… huhuhu >_<
            Sampai je kt rumah terus siap² nk ke alamanda, sbenrnye awal lagi tp kami saje nk jalan² dlu sbelum tgk wayang. 1st kedai yg kami masuk MPH, ingtkn nak la cari buku baru tp xde pulak yg berkenan, last² along yg beli 2 buah buku (aku yg cadang ke situ tp x beli papepn, hahaha), naseb baek da tempah ticket on9, kalo x~ hohoho… beratur pnjg kot, mgkn sbb skrg neyh cuti skola (“,) abes dlm pukol3, kami gi solat dulu kt musolla pastu trus lunch kat A&W >>> last time aku msk A&W neyh kt S’ban mase skola rendah dlu, pastu sbb branch die makin berkurgn jadi susah nak cari da… trus xtaw ape prubahan yg da berlaku kt prodct makanan dorg. Jadi bile mule² aku rase burger die tadi fuh~ boleh kate lg sdap dr McD kot, ntah ape ntah name set die x ingat plak… ahakz~ thanx along coz blanje makan… hehehe >_<
            Mulenye ingat nk trus pegi ke Subang, tp patah balik ke S’nyih sbb t’tnggl brg.. mase ambik brg tu la aku diLema, nk trus balik dgn mak dgn abah (melaka) atau ke rumah maksu aku dlu (subang) dgn along n tunang die, fikir punye fikir.. akhirnye aku ckp yg aku nk trus balik la.. x tahan, penat sgt da bdn neyh, jadi kami berpecah~ abg ise, along n alin ke Subang; aku, abah, emak n alang trus grak nk balik dlu. Tp sbelum tuh kami brenti kt S’nyih Sentral coz abah nk beli canopy kechik utk walimah along nnt, berbaloi sgt nk bndg beli kt Melaka… kt s’nyih boleh dapat Quality yg same dgn harge lbh Murah~ smentara abah buat urusn die; aku dgn emak pulak pegi pasar malam kjap cri makanan utk makan dlm p’jalanan nnt. Dalam p’jalann tuh, hujan skejap kat S’ban pastu cerah balek kat Senawang, aku plak on9 je dalam kete smpai la aku nmpk signboard Pedas/Linggi. Pandangan aku tibe² gelap~ La aku tertido rupenye.. huhuhu terlampau letih arr tuh, sedar² mak aku kejut nak pegi makan dlu kat Selandar sbelum balik rumah, hurm… itu tandenye mak kau pn da letih la tuh sbb tu makan kt kedai je, smpai rumah siap² mandi, solat, bagi kucing makan pastu mengadap lappy untuk tulis benda neyh.. hahaha >>> along plak baru je smpai rumah dalam pkul 11, kire 2 jam lewat la dari kitorg sumer. SeLeSaI~

p/s: sbelum ade yg tanye knape travelog dua orang rizqan? Baek aku jawab kat sini… sebab ia melibatkan aku ngan kakak aku ^_^
Saturday, June 12, 2010

name2


>rizqzaini< merupakan kombinasi dua nama yang biasanya beliau gunakan untuk dunia maya; BUKAN adamaya tapi Dunia Cyber… fahamkan!? Type je dekat google search mesti jumpa punya,
>zaini< hanya hazwan [kawan darjah 4] sorang pernah gunakan nama ini untuk rizqan ketika zaman sekolah dan syafiq [cousin] pulak gunakan nama neyh semasa rizqan study di CenFOS
>zack< syafiq [cousin] pernah gunakan nama neyh untuk rujuk pada rizqan
>rizquan< kesalahan ejaan dan seterusnya membawa kepada kesalahan sebutan oleh cikgu salmiah [cikgu kelas] semasa darjah satu, akhirnya setahun pembelajaran dalam darjah satu tuh rizqan mempunyai nama baru!! Hohoho~
>ridzuan< kalau cikgu kelas tadi panggil rizquan, hah yang ni pulak adalah nama beliau untuk teacher yang ajar english masa tuh~ adeyH.. kelas yang same, tawon yang same tapi beliau punye 2 name berbeze,
>rizgan< disebut oleh Sir Nagarajan yang ajar math sepanjang beliau mengikuti tuisyen di Pusat Tuisyen Cemerlang [1999]
>rizkhan< hah yang ini tidak disebut tapi dirujuk, ustaz zaiful punya kerjalah neyh… masa tuh dia nak gunakan tulisan rumi sedangkan rekod pelajar sraps semuanya dalam tulisan jawi, jadi senang² je dia tukar رزقان  --> rizkhan, aiyyo… camne neyh ustaz name beliau huruf ‘Qaf’ bukan ‘Kho’
>ikan< beliau diejek di sekolah rendah dengan nama neyh la.. tapi tak hairan sangat pun sebab beliau pun mengejek nama orang lain masa tuh, kata pun budak² kan; tapi bila dah faham peri pentingnya nama dalam kehidupan, beliau tidak akan lagi mempermain-mainkan nama sesiapa.. sebab nama adalah doa orang yang menyebut istimewa bagi mereka yang di rujuk, SubhanALlah
 >   عبدالله< adalah se(baek)² nama, semoga Allah memudahkan kalian untuk menyebut nama ini sebagai rujukan kepada Muhamad Rizqan Aizzaini ^_^
…Bahagian2 [TaMaT]

name1


Buat julung kalinya, warQah daUn papYrus akan MEMBONGKARKAN NAMA² panggilan yang telah digunakan keatas makhluq bernama rizQan neyh~
>mamat< datuk rizQan yang memanggil dengan panggilan neyh, sehingga berumur 2tahun (stop bila datuk Manaf meninggal)
>dobot< ini pulak adalah gelaran dari mak angkat rizQan ketika tinggal di bandar baru bangi satu ketika dulu, terma ini tidak ditemui dalam kamus dewan; dan masih tidak diketahui maksudnya tapi mungkin ia merujuk pada tubuh beliau yang tembam ketika itu dengan ekor rambut hampir mencecah punggung… adeyh~ ranggi rupanya beliau neyh,
>angah< kebanyakan mereka yang menggunakan terma neyh pulak terdiri daripada keluarga & saudara mara terdekat, jugak kawan² rapat rizQan semasa di sekolah rendah,
>asif< beberapa orang pelajar aspura memanggil rizQan dengan panggilan neyh ketika beliau di tingkatan 3, hanya ketika itu; sebelum dan kemudiannya tidak lagi (xtau la mana datangnya name neyh)
>boy< hanya kamil sorang yang panggil rizQan dengan julukan neyh, ketika bekerja di Pasaraya Fajar Semenyih selepas SPM, kata kamil rizQan tuh susah nak sebut… kamil²
>akhi rizq< digunakan oleh sesetengah sahabat beliau di Matric IIUM,
>kadi< nama yang diberikan oleh abi semasa tahun pertama beliau tinggal di asrama sekolah
>rizqan< hah yang ni kira komersial, hampir 85% dari orang disekeliling beliau menggunakan panggilan neyh~ urusan rasmi atau tidak dua² boleh guna tapi hati² sebab nama KAKAK BELIAU PUN RIZQAN JUGAK, “err.. nak jumpa muhamad rizqan ke nor rizqan?” hurm,
>abang rizqan< digunakan oleh kesemua junior beliau ketika disekolah menengah, sama ada di sekolah ataupun asrama, beliau LEBIH MENGHARGAIPANGGILAN ini daripada menggunakan terma angah bagi mereka yang lebih muda dari usia beliau… sebab ada sesuatu yang bermakne bila name sendiri disebut instead of sesuatu yang cuma memberitahu beliau adalah anak ke-2,
>rizq< labos adalah orang pertama yang memanggil rizQan dengan nicknama neyh ketika di asrama dulu, kini beberapa pelajar uia turut menggunakan panggilan yang sama untuk merujuk pada beliau~
Bahagian1…
Friday, June 11, 2010

ade ape dengan name?


Hahaha.. agak² korg la knape aku nak citer psl name neyh ea!? ^_^
Hurm~ xtaw kn? Biar aku citer…~

Baru² neyh eX-warden ostel aku dikurniakn sorg lagi ‘LITTLE KHALEEFAH’, alhamdulillah murah rezqi die n kak Dila sbb nie yg ke-4 sjak dorg nikah. Slamat je lahir baby tuh, warden aku trus ltak status kt fb die utk minx ‘ILHAM NAMA’ dr sumer bebudak ostel n eX-ostel. Woo… ini da kire penghargaan besar kn, jadi ber(timbun)² la komen bebudak neyh nk bagi idea msing².
Mcm² name yg kluar, tp aku lbh suka ambk sikap berkecuali sbb aku xde pengalamn nk ltak² name org neyh. Lbh² lagi name tu plak nk gune utk smpi ke tue. Tp x bermksd aku buat bodoh je dgn permintaan warden aku tuh, jadi aku ambk pluang neyh utk “BELAJAR SIKIT²”. Sbb smpi mase nnt aku kna apply utk anak² aku plakkn kn. Ngee >_<… Aku pun study dengan google search, click je b’lambak artikel psal name neyh yg kuar, bace dr satu page ke satu page. Baru aku sedar betape pntgnye name neyh di sisi Allah.
It is reported that the Prophet (peace be upon him) said:
"On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names."
(Hadith Abu Dawud).

                >>>nama<<< 
APA YANG ALLAH AKAN ISTILAHKAN KITA PADA HARI QIYAMAT.
Thursday, June 10, 2010

Penstrukturan Semula


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

            Seperti kalian sedia maklum, ini adalah penstrukturan semula yang pertama kali dilakukan bagi blog warQah daUn papYrus. Jika sebelum ini telah dilakukan perubahan url blog ini daripada cintatuhan-ihy.blogspot.com kepada contengataskertas.blogspot.com adalah kerana halatuju blog ni yang terlalu umum selain lebih mudah untuk di ingati. Nama blog warQah daUn papYrus dikekalkan sesuai dengan maksud asal penulis blog ini bahawa ‘tanpa sesuatu yang bermaknaianya tidak bernilai langsung’ adalah sifat diri manusia itu sendiri. Diharapkan dengan tinta yang ditumpahkan oleh penulis keatas daun papyrus ini sedikit sebanyak membawa manfaat kepada pembaca sekalian. Template asal daun papyrus yang digunapakai satu masa dulu kini telah ditukarkan kepada template baru iaitu bertemakan lautan. Penukaran template baru bukan sahaja melazatkan mata yang melihat malah bagi memastikan blog ini sentiasa segar dan menjadi titik permulaan ke arah yang lebih baik. Penggunaan Tema lautan adalah bagi menyatakan keluasan ilmu dan nikmat Allah itu sendiri yang mana terlalu banyak untuk dihitung.
            Bagi (sahabat)2 yang sentiasa mengikuti warQah daUn papYrus, pasti menyedari pendekatan ber(ubah)2 yang dibawa oleh penulis. Termasuklah cara penyampaian, penggunaan kata nama yang ber(beza) seperti saya, aku, ana, abang, dan sebagainya.  Malah bahasa yang digunakan dalam artikel juga kadangkala ditulis bukan dalam bahasa ibunda, atau pun ditulis dalam bahasa pasar sahaja. Seperti yang telah penulis maklumkan pada kalian melalui ruangan About Me, ia adalah berdasarkan pertimbangan penulis sendiri. Ini kerana terdapat artikel yang penting seperti da’wah makanya English akan digunakan sebagai medium perantaraan keseluruh dunia, sesuai dengan peranannya sebagai bahasa antarabangsa dizaman ini. Penggunaan kata nama berbeza yang digunapakai adalah kerana setiap artikel mempunyai golongan sasar tertentu, tidak juga dinafikan adakalanya ia adalah atas kekhilafan penulis sendiri. Bagi sahabat yang memahami dengan situasi ini mereka dapat menafsirkan bahawa penulis sedang mencari identitinya sendiri. BENAR penulis memang sedang mencari identiti-nya yang pernah hilang satu ketika dulu, diharapkan sahabat di sini sentiasa menyokong penulis untuk berubah ke arah yang lebih baik. Akhir kalam, penulis akan cuba menggunakan pendekatan terbaik yang mampu membuatkan pembaca memahami mesej yang cuba disampaikan. Ingatlah kita perlukan ilmu dan akhlak seperti daun papyrus memerlukan tinta emas bagi membuat ia dipandang mulia.
Wednesday, June 9, 2010

A Tribute to My LOVE


Muhammad – You must know this man!
You may be an atheist or an agnostic; or you may belong to anyone of the religious denominations that exist in the world today. You may be a Communist or a believer in democracy and freedom. No matter what you are, and no matter what religious and political beliefs, personal and social habits to be –YOU MUST STILL KNOW THIS MAN!-

He was by far the most remarkable man that ever set foot on this earth. He preached a religion, founded a state, built a nation, laid down a moral code, inatiated numberless social and political reforms, established a dynamic and powerful society to practice and represents his teachings, and completely revolutionized the worlds of human thought and action for all times to come.

HIS NAME IS MUHAMMAD, peace and blessings of Almighty God be upon him and he accomplished all these wonders in the unbelievably short span of twenty-three years.

Muhammad, peace and blessings of God Almighty be upon him was born in Arabia on the 20th of August, in the year 570 of the Christian era, and when he died after 63 years, the whole of the Arabian Peninsula had changed from paganism and idol-worship to the worship of One God; from tribal quarrels and wars to national solidarity and cohesion; from drunkness and debauchery to sobriety and piety; from lawlessness and anarchy to disciplined living; from utter moral bankruptcy to the highest standards of moral excellence. Human history has never known such a complete transformation of a people or a place before or since!

The Encyclopedia Britannica calls him “the most successful of all religious personalities of the world”. Bernard Shaw said about himthat if Muhammad were alive today he would succeed in solving all those problems which treaten to destroy human civilization in our times. Thomas Carlysle was simply amazed as to how one man, single-handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades. Napoleon and Gandhi never tired of dreaming of a society along the lines established by this man in Arabia fourteen centuries ago.

Indeed no other human being ever accomplished so much, in such diverse fields of human thought and behavior, in so limited a space of time, as did Muhammad, peace and blessings of God Almighty be upon him. He was a religious teacher, a social reformer, a moral guide, a political thinker, a military genius, an administrative colossus, a faithful friend, a wonderful companion, a devoted husband, a loving father – all in one. No other man in history ever excelled or equaled him in any of these difficult departments of life.

The world has had its share of great personalities. But these were one sided figures who distinguished themselves in but one or two fields such as religious thought or military leadership. None of the other great leaders of the world ever combined himself so many different qualities to such an amazing level of perfection as did Muhammad, peace and blessings of God Almighty be upon him.

The lives and teachings of other great personalities of the world are shrouded in the mist of time. There is so much speculation about the time and the place of their birth, the mode and style of their life, the nature and detail of their teachings and the degree and measure of their succes or failure that it is impossible for humanity today to reconstruct accurately and precisely the lives and teachings of those men.

Not so this man Muhammad, peace and blessing of God Almighty be upon him. Not only was he born in the fullest blaze of recorded history, but every detail of his private and public life, of his actions and utterances, has been accurately documented and faithfully preserved is vouched for not only by faithful followers but also by unbiased critics and open-minded scholars.

At the level of ideas there is no system of thought and belief-secular or religious, socila or political-which could surpass or equal ISLAM – the system which Muhammad peace and blessing of God Almighty be upon him propounded. In a fast changing world, while other systems have undergone profound transformations, Islam alone has remained its original form for the past 1400 years. What is more, the positive changes that are taking place in the world of human thought and behavior, truly and consistenly reflect the healthy influence of Islam in these areas. Further, it is not given to the best of thinkers to put their ideas completely into practice, and to see the seeds of their labors grow and bear fruit, in their own lifetime. Except of course, Muhammad, peace and blessing of God Almighty be upon him, who not only preached the most wonderful ideas but also succesfully translated each one of them into practice in his own lifetime. At the time of his death his teachings were not mere precepts and ideas straining for fulfillment, but had become the very core of the life oftens of tens of thousands of perfectly trained individuals, each one whom was a mervelous personification of everything that Muhammad peace and blessings of God Almighty be upon him taught and stood for. At what other timeor placeand in relation to what other political, social, religious system, philosophy or ideology-did the world ever witness such a perfectly amazing phenomenon?
Tuesday, June 8, 2010

masa untuk berubah!!


Ketika aku kecil...
...aku ber(cita)² ingin MERUBAH DUNIA,
Seiring ber(+)nya usiaku,
Kudapati bahawa dunia tak kunjung berubah

Akhirnya kupersempitkan (cita)
²ku...
...hanya untuk
MERUBAH NEGERIKU,
Tapi ternyata negeriku pun tak mau berubah

Kupersempitkan lagi...
...hanya untuk
MERUBAH KELUARGAKU & (ORANG)
² TERDEKATKU,
Apalah daya,
Ternyata mereka pun tak mampu ku ubah

dan,
akhirnya aku sedar,
bahawa ternyata aku harus
MERUBAH DIRIKU SENDIRI,
mungkin dengan merubah diriku,

Siapa Tahu...?
...KELUARGAKU, NEGERIKU bahkan DUNIA BISA BERUBAH
Monday, June 7, 2010

o,;”)_ep2


sambungan daripada o,;”)

           “Hei.. warQah, bila sampai?” Terkesima PeNa, bila terpandangkan warQah yang tekun memerhatikannya. “agak lama, cuma sengaja tidak mahu mengganggu hiburanmu!” tenang jawapan warQah, setenang bayu malam yang berhembus…
           Salam dihulur dan bersambut, semoga Allah merahmati keduanya. Masing-masing dihimpit kebisuan, sebelum…
           “Boleh ku-tanyakan sesuatu PeNa?”… warQah bersuara memecah kebuntuan. ‘Si PeNa TiNTa eMaS’ tenang sambil mengangguk, matanya yang sebelum ini menatap langit (malam) mula ditenungkan pada (wajah) warQah. Bergetar hati warQah papYrus tatkala PeNa memandang -tepat- pada anak matanya. “Perlu ke aku tanyakan? atau Lebih baik aku berdiam diri dan terus dihimpit kejahilan!” getus suara halus dari dalam diri warQah~
           warQah menguatkan hatinya, “KeJaHiLaN aMaT DeKaT DeNGaN KeSeSaTan.” Masih jelas di ingatan warQah pesan dari guru mursyid-nya >>>
           “Kalau tidak ku-ambil peluang ini, pasti aku terus-terusan tidak mengetahui!” akhirnya warQah nekad untuk melerai semua persoalan dalam benak hatinya~ Dengan lafaz …

بسم الله الرحمن الرحيم


           “Apa yang menarik benar perhatian-mu (di langit itu) akHi?” tanya warQah jelas tanpa berselindung. “Oh itu..! Ku fikirkan persoalan apakah yang begitu serius sampai meminta kebenaran” senyum terukir di mulut PeNa.
           “Menunggu PeNgEmBaRa MaSa LaMPaU!” jelas jawapannya namun warQah minta untuk di ulang. “Suara dan jawapan-mu terang PeNa, mungkin telingaku silap mendengar!” kata warQah.
           “Aku mengatakan bahawa aku sedang menyambut PeNgEmBaRa MaSa LaMPau..” terang PeNa panjang sedikit. “Pengembara masa Lampau!?” terpacul persoalan baru dari mulut warQah papYrus.
           “Ya warQah… setelah menempuh ribuan tahun perjalanan mereka akhirnya tiba di sini!” Maha Suci Allah, yang telah memberikan keizinan kepada mereka untuk bertemu dengan kita sekarang ini. Sambil bercerita PeNa BeRTiNTa eMaS selang-selikan dengan memuji-muji Kebesaran dan Keagungan Tuhan-nya, Tuhan kita semua. Tiada yang lain dari-Nya,
           warQah senyap membisu sambil memutarkan ‘aqal fikirannya.. cuba menafsirkan maksud SaHaBaT BaiK-nya itu~ Siapakah PeNgEmBaRa MaSa LaMPaU? Dari manakah aSaL-uSuLnya? Apakah TuJuAn KeDaTaNGaN mereka? Apakah hebat-nya tentang mereka sehingga PeNa begitu ta’jub dengan kehadirannya >>> nampaknya makin berserabut fikiran warQah daUn papYrus,
           tiba-tiba PeNa mencelah.. “Yang ku-ta’jubkan bukan pada sang pengembara-nya warQah TETAPI pada PeNCiPTa sang pengembara!” kemudian PeNa diam dan tersenyum, seolah-olah memberikan ruang buat warQah menggunakan ‘aqal kurniaan istimewa dari Illahi itu.
           “akan ku-biarkan warQah menajamkan pemikirannya sesuai dengan Firman Tuhan yang menggalakkan hamba-Nya berfikir” getus suara kecil dalam diri PeNa TiNTa eMaS.

Bersambung…

jom tengok siapa yang salah?


            Marah, panas hati, geram dengan gelagat israel laknatuLlah.. sudahlah membina negara secara haram, kemudian berusaha pula melebarkan jalur jajahannya keseluruh tanah suci al-Quds. Arab Palestin yang dari dulu ditindas.. terus-terusan menjadi mangsa bangsa laknat tersebut, tak cukup dengan israel yang memang sudah pasti kejam; ganasnya. Tambah pula lagi dengan kebanyakan pemimpin² dunia Islam (KONONnya) yang duduk berdiam diri, membuat bodoh dan yang hebat sikit mampu berkata “We condem the Israeli government!!”, woo takutnya israel bila dengar mereka ni bercakap macam tu.. seolah-olah israel hanyalah seorang budak kecil yang senang digertak dengan kata-kata. Huh~ tapi tidaklah aku meletakkan 100% kesalahan dan kelemahan tu pada para pemimpin semata-mata sebab memang sudah terang lagi bersuluh… naiknya mereka bukan atas dasar agama (KEBANYAKANnya), ada yang sibuk memperjuangkan agenda bangsa tidak kurang juga yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri. Semuanya sudah diatur kemas oleh musuh antarabangsa ni, hebatkan!
            Umat Islam keseluruhannya juga perlu melihat, menilik dan muhasabah kembali diri sendiri. Apakah kita ini hanya Muslim pada jasmani atau Muslim yang sebenar-benarnya? Hari ini sahaja jika dipersoalkan tentang Solat, aku yaqin sebilangan besar umat Islam tidak mendirikan solat fardhu seperti yang sepatutnya. YAQIN aku cukup yaqin, belum kira mengenai melakukan sunnah² yang lain. Na’uzubiLlahu minzalik o,;”)_ Lupakah pada sabdaan Junjungan Besar kita mengenai solat? Solat jamaah itulah yang menjaga perbatasan-sempadan orang² Islam! Lupakah kita? Oleh kerana itu sedarlah wahai saudaraku, selagi kita tidak berada di atas landasan yang betul janganlah berharap kejayaan itu sudah dekat.

Ada petikan dari Rabbai Yahudi mengatakan "Umat Islam hanya mampu mengalahkan orang2 yahudi apabila bilangan mereka yang hadir Solat Subuh Berjamaah (di masjid) adalah bersamaan dengan jumlah mereka yang hadir pada solat hari Jumaat!"

Sunday, June 6, 2010

saye dah pulang... ^_^

           SaLaM’alaikum.. maaf kwn2 terlalu lame aku meninggalkan blog ni, dah berhabuk pun rasanya! Bagi msg yg lame terperap x berbalas aku minx maaf sgt2, aku akan cuba balas satu2 lpas neyh~ sabar ea (“,).. sbenrnya peruntukn mase utk aku menulis sbarang artikel sem lepas x kesampaian bilamane maseku sepenuhnya digunakn utk project2 dlm campus, stuDy lagi.. jadi terdapat unsur2 keletihan (+)malas di situ. hehehe~ Antara factor laen yg aku rase ade kaitan; sbb ramai jgak rakan blogger yg turut same berhenti menulis… aku xtaw knape, tp factor tu menyebabkan aku jarang nak pegi usha2 page dorg, jd jarg jgak la aku on9 melaenkn utk melayan kwn di fb dan skrg berjinak pulak dgn twitter.. utk along wan (cousin-ku), thanx sesgt cz sentiasa mengikuti perjalanan blog neyh.. w/pun citer yg along ikut tu x bersambung2 jgak smpi skrg, anyway angah akn cuba utk smbg balek k~ kalo x silap psl pengembara dari jaoh kot.. hurm ntahlah ape name die, huhuhu nanti da smbg angah text fb je k ;p

           Mungkn jgak ade yg tertanye2.. knape plak tetibe mamat neyh menulis balik? Sbnarnye aku nk kongsikan ape yg aku dpt mase aku usha2 kat google search tadi, tgh dok layan surfing tetibe terpandg satu link blog baru, erm aku rase aku knal pemilik die coz url-nya guna name sendiri.. akhirnya aku pun mask n bace la ape yg patut, ok lah ‘Good Start’.. perjalanan yang jaoh bermula dgn langkah pertama, betol x? hurm.. citer psal diri sndri, ini part yg memg aku suke >>> rasenye sumer rakan blogger memg taw, kbnykan blog yg aku ikot memg yg dok tulis artikel psl pengalaman sndr ^_^ sbb aku rase seronok bile dpt berkongsi pengalaman dgn org laen, part yg paling menarik minat aku bile pemilik neyh citer pasal teman sepermainan die sejak kechik (boleh kate sjak dr dlm perot.. heheh).. hurm aku rase die da mule rase kesunyian bile twin die smbung study tmpt laen dan die akn ditmptkn di pusat study yg laen, xpe dik bukan berpisah lame, lgpun inilah peluang utk msg2 mengenal diri.. n abg percaye taqdir ni mrupekan guru terbaek yg akan ajar korg berdua utk jd lebh sempurna. Good Luck k utk korg berdua shameer haqeem n ismael haqeem, utk shameer teruskn menulis ea.. abg akn support >_< n utk sahabat shameer name ashraf tuh jage la die leklok.. coz susah nk dpt sahabat yg betol2 memahami kite zaman skrg neyh, XD

P/s: da lame sbenrny aku x bertemu dgn twink neyh, erm sjak diorg kuar ostel [1 april 2005] n naseb baek still keep in touch dr zaman frenstr, myspc n skrg via fb… kire ok lah tu kn (“,) erm utk rakan blogger insyaAllah aku akn cuba pastikn blog neyh keep updated mcm dlu, FREE PALESTINE