بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
25 Ramadhan 1433 [Malaysia]
6.38 AM
Sepanjang Ramadhan ini,
video langsung dari Makkah akan terus di‘tanam’ [baca : embeded] di bahagian
teratas Blog warQah daUn papYrus™ khusus disediakan bagi sesiapa yang merindui
Tanah Haram tersebut. ^_^ dan insyaAllah; sebaik sahaja bulan mulia ini
meninggalkan kita semua, saya akan memastikan satu pautan khas disediakan untuk
sahabat² mencapai video siaran langsung tersebut dengan mudah.
letaknya video live dari makkah di atas warQah daUn papYrus |
Saya yakin sahabat² juga dapat
melihat perkataan ini التعليقات
diatas setiap entry yang telah saya postkan [baca : at-Ta’liqot]. Sebenarnya
ia adalah perkataan arab untuk comments atau ulasan, saya sendiri tidak
pasti bagaimana untuk menukarkan perkataan ini kembali ke perkataan asalnya. Perkara
ini berlaku sebaik sahaja saya menukarkan language interface dashboard
saya daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Arab beberapa bulan yang lalu. Jadi
saya berharap, sahabat² tidak mengalami kesukaran untuk menghantar sebarang
ulasan [baca : comments] ke atas warQah daUn papYrus™ lagi selepas ini. Sebarang
teguran dari sahabat², amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih,
Penulis,
0 التعليقات:
Post a Comment