Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, August 14, 2012

terbaru di atas warQah rmdhn1433


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

25 Ramadhan 1433 [Malaysia]
6.38 AM

Sepanjang Ramadhan ini, video langsung dari Makkah akan terus di‘tanam’ [baca : embeded] di bahagian teratas Blog warQah daUn papYrus™ khusus disediakan bagi sesiapa yang merindui Tanah Haram tersebut. ^_^ dan insyaAllah; sebaik sahaja bulan mulia ini meninggalkan kita semua, saya akan memastikan satu pautan khas disediakan untuk sahabat² mencapai video siaran langsung tersebut dengan mudah.

letaknya video live dari makkah di atas warQah daUn papYrus

Saya yakin sahabat² juga dapat melihat perkataan ini  التعليقات  diatas setiap entry yang telah saya postkan [baca : at-Ta’liqot]. Sebenarnya ia adalah perkataan arab untuk comments atau ulasan, saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk menukarkan perkataan ini kembali ke perkataan asalnya. Perkara ini berlaku sebaik sahaja saya menukarkan language interface dashboard saya daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Arab beberapa bulan yang lalu. Jadi saya berharap, sahabat² tidak mengalami kesukaran untuk menghantar sebarang ulasan [baca : comments] ke atas warQah daUn papYrus™ lagi selepas ini. Sebarang teguran dari sahabat², amat saya hargai dan saya  dahului dengan ucapan terima kasih,

Penulis,

0 التعليقات: