بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di mana letaknya noktah kehidupan !?
semalam bukan! hari ini pun bukan!
esok kah~? ..
persoalan ini jauh lebih sukar jika hidup
tidak berpandu syari’at,
noktah kehidupan dunia itu masanya amat
dekat,
terkadang manusia lupa bahawa kehadirannya
tidak dapat disenggat;
walau sesaat,
jadi apakah maksud pada kewujudan semalam dan
hari ini!?
tanya sang Qalbu,
lama jua diri ini memikir-mikir bahasa rasa
untuk menterjemah bahasa makna,
dan jawapan yang tersembur adalah;
mungkin untuk memastikan wujudnya hari esok,
dan lebih penting~ mungkin ..
menyediakan jalan untuk esok yang lebih baik
atau,
entahlah!
Esok yang baik adalah hasil tuaian yang baik
dari tanaman semalam dan hari ini,
Yang buruk.. ):
na’uzubiLlahimin zalik
noktah kehidupan selepas ‘kepulangan’ nanti !?
TIADA.. kerna sistemnya berganti dengan
suasana abadan abada,
Moga agen penentu hari esok kan merangsang kita
semua untuk memulakan langkah hari ini,
insyaALlah,
29 + 6 = 35 365
2 التعليقات:
at: September 1, 2012 at 7:29 PM said...
Walau apa pun, semoga kita sentiasa berusaha supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. =)
at: September 4, 2012 at 9:45 AM said...
insyaAllah.. kena doa selalu macam tu ^_^
Post a Comment