Peningkatan trafik
ke blog warQah daUn papYrus™ sejak akhir-akhir ini dipercayai ada kaitannya
dengan pembukaan semula kampus universiti-universiti seluruh negara.
Berdasarkan kata kunci carian popular adalah seperti berikut :
mahallah talhah (+) mahallah maimunah, uia kuantan (+) mahallah maimunah (+)
mahallah iium kuantan, mahallah talhah (+) mahallah talhah blog (+)
bilik mahallah talhah (+) pintu gerbang universiti (+)
bilik mahallah talhah sisters (+) mahallah maimunah dalam ke luar (+)
bilik mahallah talhah (+) pintu gerbang universiti (+)
bilik mahallah talhah sisters (+) mahallah maimunah dalam ke luar (+)
mahallah maimunah uia kuantan
.. dapat saya simpulkan disini bahawa kebanyakan carian
trafik adalah berkenaan dengan penempatan pelajar di UIAM Kuantan. Pastinya
trafik ini adalah hasil enjin carian yang digesa oleh pelajar-pelajar baru;
bagi mengetahui suasana dan keadaan mahallah / kolej kediaman di UIAM Kuantan.
Ringkasan pada lokasi dan nama mahallah di UIAM Kuantan,
seperti dinyatakan ^_^
2 Kompleks Mahallah di dalam kampus adalah~
Mahallah Maimunah
Mahallah Talhah
1 Kompleks Mahallah di luar kampus adalah~
Mahallah at-Tabari [IM2 & IM7]
Kebetulan, selama 4 tahun berada di Bumi UIAM Kuantan
saya dan rakan-rakan ‘berpeluang’ menginap di 3 jenis buah bilik berbeza dengan
suasana yang pastinya berbeza dari satu bilik ke bilik yang lain. Tahun pertama
di dalam kampus [baca: mahallah talhah],
Tahun kedua di luar kampus [baca: mahallah talhah im2 à mahallah at-tabari im2],
Tahun ketiga & keempat di luar kampus [baca: mahallah
franky à mahallah at-tabari im7].
Maka dapatlah saya membantu para pencari maklumat dengan
menyediakan pelan lantai bilik-bilik di mahallah yang pernah saya duduki.
Pertama jenis bilik di Mahallah Talhah; sebuah bilik yang
mengandungi 4 compartments. Setiap compartment akan mempunyai
tingkap sendiri. Sedia maklum bahawa jenis pelan lantai standard
mahallah di UIAM baik di Gombak atau Kuantan adalah sama seperti di bawah.
Bekas penghuni mahallah UKC1 biasa dengan susun atur bilik seperti ini :~
Bilik e3.17 |
Bilik e3.18 |
Kedua adalah jenis bilik di Mahallah Talhah IM2 yang kini telah dikenali sebagai Mahallah at-Tabari (Tab5 & Tab6). Adapun mahallah ini tidak mempunyai susun atur yang sama pada setiap tingkatnya. Bilik di bangunan ini mempunyai akses pintu keluar dan masuk lebih dari satu. Jenis dan saiz compartment yang berbeza-beza adalah identiti kepada mahallah ini. Ada yang mempunyai pintu bilik peribadi dan ada juga yang berkongsi. Malah ada yang pintunya tidak wujud sama sekali. Ada yang bertingkap dan ada yang langsung tidak dapat melihat matahari. Huhu.. sadis, tapi tandasnya tidak seperti di mahallah-mahallah lain. Tiada pelan lantai untuk deskripsi ini =_=
Ketiga adalah jenis bilik di Mahallah Franky yang kini dikenali sebagai Mahallah at-Tabari, terletak di IM7 berdekatan sangat dengan pagar masjid UIAM Kuantan. Tetapi lokasinya masih berada dilingkungan luar kampus. Terdapat 4 bangunan yang ditanda dengan Tab1,2,3 dan Tab4. Pelan lantai di ambil adalah menerusi bilik penulis dan bilik sahabat-sahabatnya yang telah ‘menjajah’ bilik berkenaan sejak awal pembukaannya. Bilik-bilik terlibat adalah 2.9, 2.10, 2.11 dan 2.12. Ringkasnya bilik yang menghadap ke bahagian luar adalah lebih lebar berbanding bilik yang menghadap bangunan lain. Bilik hujung mampu memuatkan kapasiti lebih tinggi berbanding bilik yang terletak di tengah-tengah. Sedikit kelebihan bangunan di IM7 berbanding di IM2 adalah kerana mempunyai saiz musolla yang lebih besar, bilik TV, bilik mesyuarat dan kiosk. Cafe berada di kedua-dua mahallah,namun lebih ramai pelajar membiasakan diri membeli makanan di luar. ^_^ pelan lantai adalah seperti berikut:~
Tab2 Bilik 2.9 |
Tab2 Bilik 2.10 |
Tab2 Bilik 2.11 |
Tab2 Bilik 2.12 |
Sila click gambar untuk
tumbesaran yang sihat,
petunjuk gambarajah:
Warna biru adalah lantai
kawasan umum, tidak dimiliki oleh sesiapa.
Warna kuning adalah
kedudukan tingkap di dalam bilik berkenaan.
0 التعليقات:
Post a Comment