Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, August 22, 2012

update raya 1433H


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

4 syawal 1433H / 22 Ogos 2012
9.41 AM

...artikel kali ini didahului dengan status MukaBuku saya, yang telah di terbitkan pada hari pertama kita semua menyambut Hari Raya Aidilifitri 1433H, ^_^

“dengan kerendahan hati; saya memohon jutaan ampun dan maaf di atas segala khilaf
dalam perlakuan dan mahupun bicara sepanjang mengenali kalian semua, eiD mubarak :)”

...jujur mengetahui, bahawa diri ini tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan terhadap ahli keluarga, sahabat handai, para pendidik, dan juga sesiapa sahaja yang pernah bertemu muka, bertentang mata ataupun terasa hati dengan kehadiran penulisan saya yang kadang-kadang sedikit berbisa. Di kesempatan yang ada ini, saya menyusun 10 jari memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri saya ..  ):

...eiD Mubarak - kullu ‘am wa antum bikhoir,
taqobaLlahu minna wa minkum ^_^

...berpeluang menyambut aidilfitri kali ini dengan kehadiran insan baru dalam keluarga Ramlan Zahara, [‘Ainnul Mardhiah] yang di lahirkan pada 16 Julai 2012. Memberikan suasana yang memang jauh berbeza dari sambutan raya2 sebelum ini. Cicit pertama buat keluarga Nafsiah (+) Manaf (+) Toyah, cucu pertama buat keluarga Ramlan (+) Zahara, anak pertama dari keluarga Hisham (+) Nor Rizqan Aizni. Dan yang menjadikan ia lebih istimewa adalah, ‘Ainnul ini adalah cicit pertama dari cucu pertama, dari anak pertama Datuk Manaf b Dol.

...jemputan ke Majlis walimah sahabat2 dalam musim perayaan kali ini mungkin tidak dapat dipenuhi kesemuanya atas sebab-sebab tertentu, faktor jarak, masa dan kewangan adalah pemberat utama. Namun, insyaALlah selagi mampu saya akan berusaha untuk menghadiri sebanyak mungkin jemputan yang telah pun dihulurkan. Semoga majlis yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar hendaknya~ ameen ^_^

...tiada sekeping pun kad raya yang sempat saya poskan pada sambutan aidilfitri kali ini, insyaALlah jika mempunya rezeqi lebih, akan saya gandakan jumlahnya pada sambutan yang akan datang .. (:

Akhir kata, semoga persahabatan dan ukhuwah yang  pernah terbina di antara kita akan terus membunga mekar hingga ke jannah, saya redha dengan apa yang pernah berlaku dan berharap ada lembaran baru yang lebih baik untuk kita semua, insyaALlah

Yang Ikhlas,
Penconteng warQah~

3 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: August 22, 2012 at 10:22 PM said...

cicit, cucu & anak pertama~ wah...bestnya 'ainnul (^-^)

so skang rizqan ke yang jaga 'ainnul? hehe :)

perindu_خلافة says:
at: August 23, 2012 at 11:30 AM said...

ada la jugak tolong kakak jaga sikit2.. ^_^ haha

Norlyana Nasrin says:
at: August 24, 2012 at 10:29 PM said...

haha bagus2..praktis ma~