Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55
Bendera Malaysia half |
"Sekiranya Patriotik yang dilaungkan oleh mereka itu bermaksud rasa kasih sayang terhadap tanah air, merasa mesra dengannya, cinta dan merasa kasih terhadapnya,
maka ini adalah sesuatu yang telah tersedia dalam fitrah manusia dari satu sudut.
Dari satu sudut yang lain pula ianya adalah merupakan suatu perintah dalam Islam.."
"Sekiranya Patriotik yang mereka maksudkan itu bererti kewajipan bekerja dengan seluruh tenaga dalam usaha memerdekakan negara dari tangan-tangan perampas,
kemudian memenuhkan tuntutan kemerdekaan dan menanam prinsip keagungan juga kemerdekaan dalam jiwa anak-anak negara,
maka dalam hal ini, kita juga bersama-sama dengan mereka dan Islam telah pun menitik beratkan perkara ini dengan dengan kuat.."
"Sekiranya mereka maksudkan dengan Patriotik itu mengeratkan pertalian antara penduduk serantau dan membimbing mereka agar menggunakan kekuatan yang ada pada mereka untuk kebaikan mereka,
kita juga bersetuju dengan mereka dalam hal ini dan Islam memandangnya sebagai suatu kewajipan yang pasti. "
"Kita menganggap bahawa batas Patriotik kita ialah aqidah, sedang mereka menganggap bahawa batas Patriotik itu adalah berdasarkan bumi dan sempadan geografi.."
“Jika Nasionalis yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi hari ini yang perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, cemerlang, dihormati, berkeyakinan tinggi lalu menjadikan mereka (generasi dahulu) sebagai contoh yang baik,
dan jika Nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lalu menjadi pembakar semangat dan perangsang kepadanya (anak).
Jika ini yang dimaksudkan, maka ia adalah suatu tujuan yang baik yang disokong dan digalakkan.
Bukankah usaha kita membangkitkan semangat generasi masa kini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi masa silam ?”
“Jika Nasionalis yang dimaksudkan ialah keluarga dan bangsanya adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan dengan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar.
Siapakah yang tidak merasa bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya ? ”
“Jika Nasionalis yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap kumpulan untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan.
Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.”
“Semua nilai Nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam..
Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita menyokongnya..”
NAMUN
"Jika apa yang dimaksudkan dengan Nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus..
Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh..
Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat Nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik,
sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab, termasuklah mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya Jahiliyyah yang telah sekian lama pupus,
jika inilah Nasionalisme yang dimaksudkan, maka Nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk.”
“Jika apa yang dimaksudkan dengan Nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggahan sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan.”
Risalah Dakwatuna |
Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna
0 التعليقات:
Post a Comment