Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, October 29, 2011

tengkujuh baru bermula,

            Kegelapan jam 8.23 pagi hari ini tidak ubah seperti jam 7 pagi pada hari² yang biasa. Memaksa diri ini dan sahabat² mengekalkan sistem pencahayaan dalaman dilanjutkan ke beberapa unit waktu ke hadapan. Sedang di dunia luar tingkap, hujan rintik masih terus berpesta riang dengan berpentaskan kelopak air di tanah bumi. Tidaklah jelas lebatnya, sekadar mahu membukti; bahawa kehadiran graviti itu masih wujud. SunnatuLlah itu masih berjalan~ seperti biasa...
Dingin beku air tangki pula, setakat ini sudah berjaya menggetarkan zarah² tubuh di badan. Tatkala sentuhan kasih pertama di pagi hari, air wudhu’ subuh menyelam jauh ke dalam liang kulit dan pori-pori halus. Lalu mencium tulang dengan tujuan memberi kejutan dan memberi tahu bahawa Tuhan sedang menunggu untuk di Agungkan buat permulaan hari baru seorang insan. o,;'")_

3 التعليقات:

Nuryn Weida says:
at: October 29, 2011 at 10:01 AM said...

cuaca macam ni, kesihatan kena jaga..lagi2 musim exam..

cuaca macam ni gak,semangat kena kuat..jangan asyik nak bermalasan atas katil je..hehe ;-)

Unknown says:
at: October 29, 2011 at 3:38 PM said...

selamat pagii!!!
#walaupundahtengahari~
hujan itu best! hauahuauh

perindu_خلافة says:
at: October 29, 2011 at 4:55 PM said...

aien..
betul tu aien, kesihatan mudah sgt terganggu dalam suasana x menentu macam skrg ni, sebolehnya kita kena buat indoor activity yg boleh keluarkan peluh utk kekalkan kecerdasan minda dan kecergasan tubuh badan kita ni ^_^

RuBy..
Yep Selamat 'tenghari yang macam pagi' lagi.. Hujan itu rahmat,
jom sama-sama kita tadah tangan minta doa yg hebat², :D