T A L I . L E H E R . P E N G A W A S – cerita tali leher pengawas; oleh disebabkan itu, penconteng warQah merupakan kumpulan terakhir pengawas lelaki tingkatan satu yang mendapat belaian kasih sayang dari kakak-kakak pengawas senior dari tingkatan dua. ^_^
P E N G A W A S . S E S I . P A G I – badan disiplin SMK Engku Husain telah meletakkan satu garis panduan bagi kod etika uniform seorang pengawas. Pengawas sesi pagi perlu memakai seluar berwarna putih bagi lelaki dan wajib pula mengenakan kemeja biru berlengan panjang. Pada bulan Mei tahun 2003, penconteng warQah telah mengalami keretakan tulang pada pergelangan tangan kirinya akibat kecederaan semasa bermain bola sepak bersama teman-teman asrama. Bertitik tolak dari itu, penconteng warQah terpaksa mengenakan baju kemeja berlengan pendek semasa sesi persekolahan (bagi memberi ruang kepada fiber pengukuh tulang). Semenjak dari itu juga wujud suara-suara halus di belakang badan pengawas sesi pagi bahawa pemakaian kemeja biru berlengan panjang perlu dimansuhkan atas beberapa alasan yang munasabah.
M C I I U M . C F S I I U M – kemasukan ke Matriculation Center of IIUM (Pusat Matrikulasi UIAM) pada 2 Julai 2006 tidak membawa kepada tamatnya pengajian penconteng warQah di bumi Petaling Jaya itu. Kerana pada tahun ke-2 di tempat yang sama, penconteng warQah tidak lagi berpijak di bumi Pusat Matrikulasi tetapi telah pun berdiri di atas Pusat Asasi. Ya, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di PJ itu satu masa dahulunya dikenali sebagai Pusat Matrikulasi. Bila ditanya di manakah penconteng warQah menyambung pengajiannya selepas zaman persekolahan dan lebih tepatnya sebelum berada di UIAM Kuantan, jawapan beliau pastinya... di tengah-tengah; antara Pusat Matrikulasi dan juga Pusat Asasi.
4 التعليقات:
at: October 5, 2011 at 1:16 PM said...
hahaha~
tetiba aku nak cakap batch '88 selalu jadi experiment...*takde kaitan pun~
hahahaha..
p/s: lama aku tak melawat sini aku rasa...hehe
at: October 5, 2011 at 2:54 PM said...
Assalamualaikum
Rizqan,
lama gila x dengar cerita..
mana menghilang????
at: October 6, 2011 at 5:15 PM said...
RuBy
err RuBy, aku rasa macam betul je kenyataan tu.. huhu :D
RuBy, sila meneruskan update2 terbaru ko XD
Nurul Damia
yup, sebab x berpeluang nak update blog skrg ni.. damia skrg dah rajin post article kn, kalau free rizQan ada je singgah baca ^_^
at: October 7, 2011 at 11:26 PM said...
aku takde cite la~ jadi takleh nak update bagai... huahuahua
=p
Post a Comment