Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, October 18, 2011

Qisah dalam Cerita PTA

Perhimpunan Pelajar Jurusan Sains Bio-perubatan
Nostalgia Rindu Mengimbau Kenangan

Gambar Kenangan bersama abang-long Bob (pegang iphone)
 
                Setelah beberapa unit waktu bergerak dan berganjak, jari-jemari ini seperti mula mendapat semangat baru untuk kembali aktif dalam dunia penulisan blog. insyaALlah.. untuk penulisan kali ini, cukuplah sekadar saya menceritakan suasana dan keadaan peribadi selepas sepurnama ditambah beberapa hari bergelar pelajar tahun akhir di sini.
                Semalam (malam tadi 17oct2011); biarpun saya tidak mempunyai kamera peribadi untuk merakam pelbagai aksi sahabat se-kulliyyah dalam me‘retro’kan diri masing-masing. Namun yakin saya, melalui lensa mata penconteng warQah ditambah lagi cakera keras penyimpan memori dalam minda telah melakukan  usaha terbaiknya tanpa diduga. #plastiktidaksamadengandenganmutiara,
Persediaan untuk projek tahun akhir juga sedang giat dijalankan sebermulanya semester kali ini.

“...saya cuba belajar untuk jadi orang yang tahu,
selepas mengetahui bahawa saya tidak tahu!!”

Pelajar Tahun Akhir Sains Bio-perubatan UIAM (2011/2012)

Buat sahabat-sahabat yang sudi membantu saya dalam pencarian journal dan bahan bacaan tambahan mengenai antithrombin deficiency, saya ucapkan jutaan terima kasih. Sahabat-sahabat boleh kirimkan melalui e-mail saya: rizqzaini@gmail.com Buat pengetahuan sahabat, tajuk projek tahun akhir saya adalah seperti berikut:~

"Serpin Peptidase Inhibitor, Clade C (Anti-thrombin), Member1 (SERPINC1)
Mutation Analysis In A Patient With Functional Deficiency of Anti-thrombin."

Analisis Mutasi Perencat Serpin Peptidase, Klad C (Antitrombin), Member1 (SERPINC1) pada Pesakit yang Menghidap Kekurangan Fungsi Antitrombin. 
[...tajuk yang telah di Melayu kan...]

#alihan tajuk Projek Tahun Akhir saya ke dalam Bahasa Melayu adalah ihsan daripada Szakif Translation, Proofreading and Editing Services :) Terima Kasih aki~

                Usrah dijalankan seperti biasa pada semester ini, namun diri saya masih tidak berkesempatan untuk menghadiri sesi MABIT, daurah dan sebagainya atas desakan waktu. insyaALlah.. segala kelemahan itu akan saya baiki agar dapat membahagi masa antara tugas da’wah dan tugas khalifah.

Bergambar dengan abang-ngah Jimmy (duduk tengah)
                Cukuplah kiranya sampai sini dulu, minggu ini saya akan pulang ke Melaka bagi menunaikan tanggungjawab pada kedua ibu-bapa, ^_^

6 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: October 18, 2011 at 7:22 PM said...

waa takutnye tgk tajuk FYP rizqan...

huhu jimmy mmg stylo abisla ;p

slmt pergi & pulang ye (^-^)

perindu_خلافة says:
at: October 19, 2011 at 1:47 AM said...

ringkasnya rizQan cuma kena buat analisis kat atas DNA patient jep.. yg mgkn susah sikit adalah masa extraction proses tu ^_^

jimmy mmg stylo kot.. abang-ngah kan :)

insyaALlah, selamat pergi dan balik~

Unknown says:
at: October 19, 2011 at 6:13 PM said...

pergh pergh pergh~
tajuk tak menahan~
hahahah
marila bersama2 menempuh 4th year ngan amannya~ HAHAHA
#amanlasangattakatnikan~ haha

perindu_خلافة says:
at: October 19, 2011 at 6:30 PM said...

tajuk x menunjukkan apa yg disebalik tabir FYP aku RuBy..
coz everythg depends on my objective for this project, same to urs I guess ^_^

insyaALlah moga segala urusan kita dipermudahkan-Nya :)

Nuryn Weida says:
at: October 20, 2011 at 12:27 PM said...

all the best for your fyp!
insyaALLAH segala kesusahan yang ditempuhi sekarang akan membawa kesenangan di masa akan datang.. =)

like this "Saya cuba belajar untuk jadi orang yg tahu selepas mengetahui bahawa saya tidak tahu.."

perindu_خلافة says:
at: October 20, 2011 at 1:53 PM said...

^_^ thanx aien,
insyaALlah Ill try my best XD