Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, October 29, 2011

KECURIAN dan KELIBAT SUSUK BADAN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya begitu tertarik untuk mengulas kes kecurian yang semakin menjadi-jadi di Bumi UIAM Kuantan hari ini. Sebelum bergerak lebih jauh lagi, marilah sama-sama kita imbas kembali rentetan peristiwa pengkhianatan ini berlaku. Dua (2) tahun pertama saya berada di sini [UIAM Kuantan], peratusan kes kecurian itu bolehlah dikatakan tiada langsung.

Sepanjang pengetahuan saya, hanya terdapat satu kes sahaja yang berlaku di Mahallah Talhah IM2 pada sesi 2008/2009 [tahun pertama Mahallah IM2 digunakan]. Di mana kes ini disyaki melibatkan orang luar, dalam kejadian tersebut 2 buah tayar motosikal seorang pelajar telah hilang dan diyakini telah dicuri. Selepas pihak keselamatan [IM2] mengetatkan proses kawalan, tiada lagi kes yang dilaporkan berlaku di IM2. Dua kes lain yang berada dalam pengetahuan saya adalah berlaku di bangunan kulliyyah. Pertamanya di Kulliyyah Sains [KOS]; iaitu melibatkan kehilangan beberapa buah notebook dan laptop dari Resource Center yang lebih dikenali sebagai WacKOS. Dan yang keduanya pula berlaku di Kulliyyah Perubatan [KOM] beberapa minggu kemudian, juga melibatkan kehilangan laptop dan juga notebook. Ketiga-tiga kes yang dilaporkan ini dan diketahui umum berlaku pada sesi 2008/2009 (tahun pertama saya di UIAM Kuantan), dan yakin saya kes ini berhenti tanpa sebarang lanjutan.

Tahun kedua di sini pada sesi 2009/2010 (saya mula menghuni Mahallah Talhah di IM2); alhamduliLlah tiada sebarang kes yang kedengaran ke telinga saya mengenai kes kecurian sepanjang sesi 2009/2010 berlangsung sama ada di dalam kampus mahupun mahallah di luar kampus. Jika terdapat khilaf sila betulkan saya.

Bermulanya tahun ketiga di Bumi UIAM Kuantan, pengkhianatan demi pengkhianatan berlaku sebermulanya minggu pertama semester 1 sesi 2010/2011 bermula. Beberapa orang pelajar senior [tahun 2,3,4,5] mula merungut dan menuduh perbuatan ini adalah angkara pelajar yang baru mendaftar masuk ketika itu. Atas beberapa alasan seperti berikut;
  1. Rantaian kes yang berlanjutan pertama kali seumpamanya berlaku di Bumi UIAM Kuantan. (kemungkinan untuk dilakukan oleh pelajar senior ketika itu adalah mustahil kerana kejadian curi adalah bukan budaya pelajar UIAM Kuantan, berdasarkan rekod bersih tahun-tahun sebelumnya)
  2. Tiga siri kes pertama bermula dari IM2 sebelum merebak ke Franky T11 dan kemudian berselang-seli. (hampir keseluruhan pelajar senior di IM2 telah di evakuasi ke Mahallah Franky dan IIUM Guest House IM6, kejadian berlaku ketika mana IM2 hampir keseluruhannya di huni oleh pelajar baru)
  3.  Hampir setiap kes yang berlaku adalah mengikut pola waktu kejadian curi budaya MCIIUM/CFSIIUM .. iaitu bermula pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah petang hari Jumaat. (waktu kritikal sekitar jam 3 - 5 pagi), cara menghilang jejak adalah balik ke rumah pada hujung minggu.

Terdapat juga andaian-andaian yang mengatakan bahawa ia dilakukan oleh pihak luar; berdasarkan kes kerosakan pagar yang berlaku dalam beberapa siri kejadian di mahallah IM2. Dan juga cerita mengenai kelibat lelaki tidak dikenali yang mundar-mandir di kawasan kediaman pelajar. Dalam kejadian yang berulang kali berlaku ini, penghuni rumah sewa dan penghuni sementara IIUM Guest House di IM6 juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Kes yang paling dikesalkan berlaku adalah ketika cuti semester panjang yang lalu, di mana hampir keseluruhan locker  pelajar di mahallah IM2 di pecahkan dan laporan kecurian yang di laporkan melibatkan ribuan ringgit Malaysia.
Kes ini berlanjutan dengan lebih teruk pada sesi pembukaan baru 2011/2012 apabila berlakunya kes pertamanya di Mahallah Tabari [TAB3 dan TAB4] yang dihuni pelajar perempuan (tahun pertama) ketika program Taaruf sedang berlangsung. Sebermulanya semester baru ini, Dua (2) laporan kes pengkhianatan berlaku di IM2, dua kes di Mahallah Tabari (sister), dan puluhan laporan kes dari mahallah dalam kampus terutamanya melibatkan Mahallah Maimunah. Antara laporan yang turut terdengar itu adalah mengenai kehadiran susuk tubuh tak dikenali di dalam kawasan kampus pada awal pagi :(

Tujuan saya menulis dan mengulas isu ini bukanlah ingin menuding jari menyalahkan sesiapa. Kerana dalam isu seperti ini; apa yang terbaik adalah kita duduk bersama-sama mencari jalan penyelesaian agar kes seumpama ini tidak terus berlanjutan dan berpanjangan. Bagi saya, tindakan setiap sesuatu itu adalah lebih baik jika dapat dimulakan dari diri sendiri dahulu. Apabila setiap individu menjalankan tanggungjawab sendiri dengan menjaga barangan/property peribadi sebaik mungkin, insyaALlah urusan yang selebihnya pula akan dipermudah oleh DIA. ^_^

                Menjaga barang sendiri, Menjaga barang sahabat, Menjadi mata-mata pihak keselamatan, Lengkapi diri dengan pendinding dari ayat suci yang diturunkan. ^__^


In case of emergency !!

IIUM SECURITY MANAGEMENT  - 09 571 6555
POLICE HOTLINE09 513 2222

P/s~: ...anggap sahajalah ‘pengkhianat’ itu ada di sebelah anda, memerhatikan gerak-geri anda dan bersedia pula untuk menyambar apa sahaja yang terdapat di dalam zon santapannya...Paling Penting,

JANGAN TERLEKA !!

10 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: October 29, 2011 at 4:30 AM said...

Ok agak terkejut..
hmmm dulu kat Cenfos byk gak dgr kes curi n bl msk kuantan ni krg skit awl2 dl..
la ni la..haih manusia2..xpe la jg brg2 sndr n kwn2, kunci bilik bl nk kuar n klu nmpk org yg m'curigakan sila call security

Nuryn Weida says:
at: October 29, 2011 at 9:59 AM said...

memang banyak sangat kes sejak akhir2 ni.. roomate ain yang selalu stay up pun skarang da tak stay up lagi..nak gi toilet malam2 pun dah x berani...huhu. Takut, risau semua ada..

Btw, memang kita sendiri pun kene ambik langkah berjaga-jaga..ingatkan kawan2 yang lain gak ..

perindu_خلافة says:
at: October 29, 2011 at 4:50 PM said...

lyana..

Betul tu; sejak 2 tahun kebelakangan ni byk sgt dah berubah, kita kena lebih aware dgn keadaan sekeliling. Usaha saling membantu pelu dalam mengekang jenayah ni daripada terus mengkhianati Bumi UIAM Kuantan yang aman satu masa lalu :(

Aien..
rizQan rasa, stay up malam dgn pintu dan tingkap bertutup rapat xde masalah.. lgpun 'makhluq' ni mesti x berani dekat dgn bilik yang lampu compartment/meja dia tengah menyala terang,

p/s: walau apa pun budaya pesan-memesan mesti diteruskan pada semua, n take action semampu ada utk ada connection kuat dgn IIUM security~ mudah bila nk berurusan nanti, ^_^

Nuryn Weida says:
at: October 29, 2011 at 7:46 PM said...

but haritu,ain ada dengar cerita yang mahluk tu siap ketuk pintu bilik lagi...and dulu pun kawan ain pernah mengalami macam tu masa shortsem first year...huhuh..

perindu_خلافة says:
at: October 29, 2011 at 10:48 PM said...

aien..
rasanya lebih elok selepas ni, pintu bilik pastikan senantiasa terkunci x kiralah sama ada siang atau pun malam, kalau ada kawan2(bkn rumate) yg nak dtg bilik call atau msg bila dah sampai depan pintu bilik, then baru bukak pintu ^_^

bukan apa sbg lgkah berjaga-jaga je~

Nuryn Weida says:
at: October 29, 2011 at 11:04 PM said...

yup2..mmg itula langkah kitorg berjaga2..siang malam kunci..kalau ada org ketuk pintu selagi xpanggil nama n bg salam,susah la nak bukak...huhu

tp,honestly, susah hidup dalam ketakutan dan kerisauan ni...huhu

btw thanjs for the reminder =)

perindu_خلافة says:
at: October 30, 2011 at 7:55 AM said...

betul.. memg x seronok langsung =_=' malaun tuh dah ragut suasana aman kt sini, semoga manusia yg berkenaan dibukakan hati utk bertaubat!!

dulu masa 1st n 2nd yr rizQan kat UIA Ktn ni, tinggalkan je wallet + laptop kat atas meja cafe utk pegi solat kat musolla, sekali pun x penah ada kes hilang... kdg2 terfikir jugak, adakah Bumi UIA Kuantan ni dah x dpt perlindungan khas dari DIA macam satu masa dulu, :(

Nuryn Weida says:
at: October 30, 2011 at 8:46 AM said...

yup..semoga dibukakan pintu hati dia untuk bertaubat..

huhu..wallahua'lam..kita doa je la semoga bumi UIA Kuantan ini sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat-NYA...

perindu_خلافة says:
at: November 4, 2011 at 10:31 AM said...

betul tu aien.. semoga ada perubahan dan anjakan besar yang dia buat masa hari raya eiDuladha kali ni :(

Nuryn Weida says:
at: November 4, 2011 at 11:55 PM said...

insyaALLAH =)