P E R T E N G A H A N – melalui pengalaman penconteng warQah, beliau sentiasa sahaja merujuk keadaan pertengahan itu adalah sebagai sebaik-baik pilihan! Berada di tengah-tengah menjadikan beliau lebih tahu perihal kedua yang berada di sampingnya; yang lebih dan yang kurang, yang kaya dan yang miskin, yang lapar dan yang kenyang, dan yang paling dekat dengan penconteng warQah adalah... beliau akan tahu dan lebih faham perbezaan di antara sebelum dan selepas.
A N G A H – merupakan kata ganti nama diri ke-2 beliau ketika di rumah, dan panggilan yang diguna pula oleh teman rapatnya di sekolah. Sebagai anak kedua dari 4 orang adik-beradik, kedudukan pertengahan itu tidaklah terlalu signifikan bagi sesetengah orang kebanyakan. Tetapi percayalah!! hakikat sebenarnya penconteng warQah ini merupakan anak ke-4 dari tujuh orang adik-beradik. Jika ditanya akan kehilangan yang tiga, emak lebih mudah menjawab... mereka lebih dahulu bertemu Tuhan.
S E K O L A H . R E N D A H – ketika penconteng warQah berada di dalam darjah 4 pada tahun 1998. Sekolah beliau telah pun menjangkau ulang tahun pembukaannya yang ke-100 tahun. Ya seratus tahun itu adalah perkiraan dalam Masihi~ perubahan bukan sahaja berlaku pada namanya malah lagu sekolahnya juga. Bila dipersoalkan sekolah rendah penconteng warQah ini adalah jawapannya:
“..saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih bermula dari tahun 1995 sehinggalah ke pertengahan tahun 1998, kemudian dari itu saya menyambung pula pelajaran saya di Sekolah Kebangsaan Semenyih sehingga mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2000!!”
Bersambung...
0 التعليقات:
Post a Comment